Jom Sihat Bersama Coway Run 2017


Bismillah,

Siapa tak kenal dengan jenama Coway kan. Produk yang membekalkan air minuman kesihatan untuk seisi keluarga. Jadi bersempena dengan itu ada berita baik untuk semua di mana Coway akan mengadakan acara Coway Run 2017 tidak lama lagi.


Menurut Pengarah Urusan Coway Mr Kyle Choi Ki Ryong, acara yang bakal berlangsung pada bulan 7 Mei 2017 itu nanti bakal mensasarkan seramai 5000 orang peserta untuk dua kategori iaitu ketegori cabaran 5 km dan 10 km.


Starling Mall, Uptown Damansara telah dipilih sebagai lokasi untuk acara kali ini. Acara ini terbuka kepada 4 kategori perserta iaitu kategori lelaki dan wanita veteran dan juga kategori lelaki dan wanita terbuka yang berumur 18 tahun ke atas.


Dengan mengadakan acara sihat seperti ini, ia seiring dengan kehendak Coway itu sendiri sebagaimana mereka membekalkan air kesihatan kepada masyarakat, mereka juga mahu melihat masyarakat kekal aktif dan sihat dalam kehidupan sehari. Matlamat acara ini adalah untuk menyatukan masyarakat dalam satu program sihat, menguji daya tahan diri dalam menempuhi cabaran dan meluangkan lebih masa bersama keluarga tersayang.


Acara yang julung-julung kali diadakan ini juga telah mendapat tajaan daripada syarikat pengeluar minuman tenaga terkemuka 100Plus dan juga Starling Mall.


Kepada mereka yang berminat untuk terut serta dalam acara larian Coway Run 2017 ini, bolehlah mendaftarkan diri korang di laman web www.myraceonline.com atau layari laman facebook mereka di www.facebook.com/CowayMalaysia.

1 Comments