Kediaman Hijau Permai di Radia Bukit Jelutong

10:32 AM


Bismillah,

Bila sebut pasal Bukit Jelutong, aku bayangkan kawasan pinggir kota yang terpencil jauh daripada hiruk pikuk dan kesesakan bandar semata-mata. Tapi sangkaan aku meleset 100% bila aku mula jejakkan kaki aku di Radia Bukit Jelutong. Tak sangka dalam sana ada sebuah penempatan elit yang dikelilingi kehijauan taman.


Aku dan keluarga sempat untuk melihat dengan lebih dekat kawasan kejiranan yang bakal dibangunkan dalam tempoh 5 tahun lagi. Hari Ahad minggu lepas, Radia Bukit Jelutong ada mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina. Pada masa yang sama menjemput pengunjung-pengunjung yang datang untuk melihat sendiri rumah contoh yang dibina di sana.


Serius aku terkejut sebab mulanya bila aku lihat rumah contoh yang ada, aku ingatkan itu merupakan rumah atas tanah atau rumah teres tetapi sebenarnya adalah rumah contoh jenis apartment. Kenapa aku terkejut? Sebab sangat luas dan selesa, ada balkoni, 3 bilik dan dua bilik air. Tak ada masalah untuk memuatkan sebuah keluarga yang besar macam aku. Keluasannya dianggarkan antara 695 sqft sehingga 2126 sqft. Selain daripada itu parasarana lain seperti spa pools, trek jogging dan kolam ikan koi turut ditawarkan kepada pembeli untuk merasai sendiri suasana dan persekitaran yang tenang dan mendamaikan.


Difahamkan juga design nya diinspirasi daripada perkataan 'fauborg' dalam bahasa Perancis yang bermaksud 'pinggir bandar'. Ia mengingatkan aku tentang Las Rambles di Barcelona, Sepanyol yang terkenal dengan stail, design bangunan serta seni arkitektural yang awesome. Tak hairanlah kerana Radia Bukit Jelutong ini dibangunkan hasil kerjasama dua syarikat hartanah terbesar negara iaitu Sime Darby Property dan UEM Sunrise. Jadi hasilnya semestinya gah dan hebat.



Apa yang menariknya di Radia Bukit Jelutong ini, walaupun dibina dengan ciri moden dan esklusif, tetapi masih mengekalkan persekitaran hijau dalam taman. Aku dimaklumkan dalam tempoh 5 tahun lagi akan dibangunkan pusat membeli belah di sana tetapi bukan seperti yang biasa kita jumpa. Ada ciri-ciri menarik yang akan diperkenalkan khas untuk penduduk dan mereka yang berkunjung di situ. Nak tau? Tunggu 5 tahun lagi ye haha.


Aku tak risau bila mengetahui yang ada sistem sekuriti 24 jam yang akan mengawal penempatan ini dan lengkap dengan CCTV. Hanya penduduk sahaja akan diberikan kad akses untuk keluar dan masuk ke dalam kawasan perumahan. Di sini juga terdapat sebuah masjid yang sangat besar dan cantik untuk penduduk yang ingin menunaikan solat. Senang kata memang terancanglah penempatan yang ada di sana.


Personally aku rasa seronok dan selesa berada di situ. Aku rasa ia adalah tempat yang sangat baik untuk membesarkan anak-anak kerana terdapat banyak infrastruktur dan prasarana yang lengkap. Jadi aku tak perlu keluar jauh untuk mendapatkan apa yang aku perlukan dan aku tak perlu bimbang tentang keselamatan keluarga ketika aku keluar bekerja.


Harga yang ditawarkan dari RM507,000 dan ke atas. Tetapi ada rebet diberikan sehingga RM18,888 kepada mereka yang membuat tempahan dalam bulan Februari 2017 ini. Radia Bukit Jelutong bukan sahaja membuka tempahan rumah apartment, malahan juga untuk lot retail dan bangunan pejabat. Untuk lot retail yang berkapasiti antara 376 sqft hingga 2779 sqft, harganya bermula pada RM966,000 ke atas. Jika korang ingin mendapatkan maklumat berkenaan bangunan pejabatnya pula, korang boleh terus ke Radia Bukit Jelutong Sales Gallery.



Radia Bukit Jelutong ini boleh diakses dari Lebuhraya Guthrie, Lebuhraya NKVE dan Lebuhraya ELITE.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Radia Bukit Jelutong, korang boleh hubungi maklumat yang tertera di bawah.


Radia Bukit Jelutong Sales Gallery
2A (Lot 64406), Persiaran Tebar Layar,
Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-7859 9801

(Waze : Radia Bukit Jelutong)



You Might Also Like

4 comments

  1. Wahhh.... nice view... Tapi mcm jauh je nak g keje kalau beli situ

    ReplyDelete
  2. wahh, sangat cantik, IQ pun tengah mencri2 rumah tapi kawasan bukit jelutong ni macam jauh sikit dari tempat yang IQ target, harga pun kus semangat..hihi...terima kasih untuk perkongsian =)

    ReplyDelete
  3. kalau gini harga mmg glurp jugak la. hehehe

    ReplyDelete