'> L'Heritage Steak House | Royale Chulan Kuala Lumpur | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, March 27, 2017

L'Heritage Steak House | Royale Chulan Kuala Lumpur


Bismillah,

"Alahai comelnya. Boleh kenyang ke ni?", getus hati kecil aku tatkala aku dihidangkan dengan dua potong daging (steak).


Aku tak tunggu lama untuk potong daging tersebut. Tetiba air daging (juice) terpercik. Tergamam aku. Serius daging ni juicy. Aku potong perlahan-lahan. Mak aih lembutnya. Aku pasti ni bukan daging biasa. There is something special about this steak.


"Daging yang kami hidangkan ini adalah hasil daripada lembu kacukan baka Australia dan Korea. Kita panggilnya wagyu", ujar Eksekutif Chef L'Heritage Steak House Royale Chulan Kuala Lumpur, Chef Sobri Soid.

Dengan kepakarannya lebih 20 tahun dalam mengendalikan fine dining, western dan french cuisine, Chef Sobri Soid yakin yang menu yang diketengahkan di L'Heritage Steak House mampu membawa kelainan dan kepuasan untuk para pelanggannya.


Patutlah sedap, lembut dan juicy. Harganya pula mampu mencecah RM200/100gram. Aku rasa itu antara yang termurah pernah aku dengar malah harga wagyu steak boleh mencecah puluhan ribu untuk 100 gram!


Tapi rasa steak yang ada dihidangkan di L'Heritage Steak House Royale Chulan Kuala Lumpur ini memang terbaik. Selain daripada itu korang patut cuba signature dish yang ada di sini iaitu French Onion Soup. Luarnya crunchy macam kulit luar apple pie tetapi dalamnya ada sup yang super duper awesome. Sangat wangi dan sedap. Dapat cicah dengan roti memang terbaik.


L'Heritage Steak House yang baru beroperasi dalam sebulan itu mengetengahkan menu masakan Barat kerana menu tersebut sangat mudah diterima dan dekat di hati para pengunjungnya. Hiasan dan susun atur restoran sangat indah bertemakan english style dan mampu memuatkan sehingga 150 orang dalam satu-satu masa.


Di sini pengunjung boleh memilih menu ala cart atau dihidangkan by course. Antara menu yang mampu menarik minat para penggemar menu barat adalah seperti Caprese Roma Of Tomato, Eggplant dan Smoked Salmon Roulade. Korang juga boleh memesan hidangan lain seperti seafood, ayam mahupun daging kambing.


L'Heritage Steak House ini juga menerima sebarang tempahan untuk majlis korporat, majlis persendirian dan candle light dinner. Ia dibuka setiap hari daripada 12 tengahari sehingga 2.30 petang untuk makan tengahari dan 6 petang sehingga 20.30 malam untuk makan malam.


Korang boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah berkaitan servis dan hidangan yang ada disediakan di L'Heritage Steak House Royal Chulan Kuala Lumpur



www.instagram.com/theroyalechulankl

Royale Chulan Kuala Lumpur
Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur

2 comments:


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com