'> Little Vive Green Market | Jualan Produk Bahan Organik Dan Mesra Alam | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, March 28, 2017

Little Vive Green Market | Jualan Produk Bahan Organik Dan Mesra Alam


Bismillah,

Weekend yang lepas, 25 dan 26 Mac 2017 telah berlangsungnya Little Vive Green Market yang bertempat di The Parenthood, Sunway Pyramid Kuala Lumpur. Aku dan family rasa bertuah kerana di sana aku berpeluang melihat sendiri pelbagai produk tempatan yang diperbuat daripada bahan-bahan organik dan mesra alam.


Bersempena dengan cuti sekolah, event ini aku rasa sangat bagus dan bermanfaat lebih-lebih lagi aku dapat meluangkan masa bersama keluarga di samping dapat menunjukkan dan mengajar anak aku sesuatu tentang alam sekitar yang sihat.


Menjadikan The Parenthood sebagai tapak event, aku rasakan amat strategik kerana secara tidak langsungnya menarik ibu bapa dan anak-anak yang berkunjung di situ untuk melihat dengan lebih dekat produk-produk mesra alam sekitar yang sebenarnya telah lama berada di dalam pasaran tempatan cuma kita sahaja yang tidak tahu dan tidak sedar.


Menjadi tanggungjawab Little Vive Green Market untuk memperkenalkan beberapa usahawan kecil dengan pelbagai jenama dan barangan yang berunsur organik agar sekaligus dapat memelihara alam sekitar. Antara barangan yang ada dijual di sana adalah seperti perkakas yang diperbuat daripada fiber, aiskrim gelato, beg dan perhiasan wanita yang diperbuat sendiri (handmade), pencuci sayur dan buahan buahan, pokok bunga hiasan, pek tanaman cendawan, DIY sabun, coklat, kek, bijirin, minuman kesihatan dan banyak lagi.


Selain jualan barang-barangan, ada juga booth hiasan dan cenderamata yang sangat awesome. Semuanya direka dan dihasilkan sendiri dengan kreatif.


Bagi anak-anak, ada beberapa booth aktiviti yang disediakan di sana antaranya DIY sabun, DIY keychain dan mewarna corak batik.


Aku tertarik dengan produk macaroni yang berwarna warni. Berwarna bukan kerana mengandungi pewarna tiruan tetapi ia mengikut warna sayur-sayuran seperti warna ungu untuk keladi dan oren untuk warna lobak. Sangat cantik dan sekaligis dapat menarik minat anak-anak untuk menikmatinya.


Aktiviti ini sangat sihat dan aku harap akan ada event seperti ini di masa akan datang. Ia dapat menyuntik idea di kalangan ibu bapa dalam memberi pengetahuan dan tunjuk ajar kepada anak-anak betapa seriusnya kepentingan menjaga alam sekitar.


Tahniah Little Vive Green Market. You're did very well, great and awesome. Harap lebih banyak lagi syarikat dan usahawan dapat menceburkan diri dalam membekalkan barangan dan makanan yang diperbuat daripada bahan organik.


No comments:

Post a Comment


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com