'> Lobbee Thai Connection | Steamboat, Grill And Thai Cuisine | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, March 27, 2017

Lobbee Thai Connection | Steamboat, Grill And Thai Cuisine


Bismillah,

Kepada peminat-peminat grill dan steamboat, korang dah boleh tambah lagi koleksi lokasi steamboat korang kerana Lobbee Thai Connection kini menjanjikan salah satu kepuasan dengan hidangan steamboat mereka sebagai menu baru.


Terdapat dua jenis variasi hidangan diperkenalkan iaitu Chicky Refill yang berharga RM19.80 untuk dewasa dan RM15.80 untuk kanak-kanak manakala untuk Premium Refill pula berharga RM38.90 untuk dewasa dan RM25.90 untuk kanak-kanak.


Kedua-duanya mempunyai kelainan yang tersendiri tetapi jika korang menikmati hidangan yang ditawarkan melalui Premium Refill, korang dapat beberapa jenis hidangan seperti black pepper beef, ribeye cube, slice rib eye, squid, salmon, scallop dan pelbagai lagi. Tetapi untuk hidangan Chicky Refill, korang boleh menikmati hidangan yang berasakan ayam.


Selain daripada grill dan steamboat, Lobbee Thai Connection juga ada menyediakan menu ala cart yang dimasak sendiri oleh chef yang berasal dari negara Thai. Bahan-bahan yang digunakan juga asli dan halal. Korang boleh cuba beberapa jenis menu lain di sini seperti Tomyam Seafood Combo, Lobster Combo, River Thai Tomyum, Salmon Steak Tomyum dan banyak lagi. Semuanya nampak sangat menyelerakan.


Untuk pencuci mulut pula, korang patut cuba beberapa jenis air yang ada dan beraneka rasa. Tetapi aku lebih gemar dengan rasa Coconut Shake with Ice Cream nya. Sangat smoothie dan rasa kelapanya. Rasanya sangat asli dan di blend untuk setiap pesanan.


Jadi kalau korang berminat untuk mencuba grill dan steamboat di Lobbee Thai Connection ini, korang boleh datang di beberapa lokasi cawangannya seperti di Publika Shopping Gallery, IOI City Mall Putrajaya dan Empire Damansara (HQ)



Korang patut cuba kerana rasa tomyum thai nya memang awesome. Try it and you will never regret.


4 comments:

  1. Yang nenas tue yang buat tak tertahan... Kena try juga nie nanti.

    ReplyDelete
  2. Menarikkkk! memang suka steamboat yang grill ni. boleh cuba ni satu hari nanti bila duit banyak sikit hehe thanks for sharing.

    ReplyDelete
  3. bestnya! nampak sedap. lama dah tak makan steamboat.

    ReplyDelete
  4. Terliur tengok! memang nampak sedap! gambar pon awesome!

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com