Blog Sihatimerahjambu

Menu Terbaru Di Kitchen Pot's, Jalan Reko Kajang

2:50 PM


Bismillah,

Weekend hari tu aku sekali lagi bawa keluarga aku repeat di restoran Kitchen Pot's yang terletak di Jalan Reko, Kajang. Memandangkan kami dari Rompin, Pahang dan dalam keadaan yang sangat lapar jadi Kitchen Pot's sememangnya pilihan terbaik yang kami ada kerana portion yang disediakan sangat besar.


Kali ini bila kami datang, kami diberikan beberapa pilihan menu baru yang lebih sihat. Ada Kitchen Pot's Combo yang mana menu ayam tempayan yang diperap ini didatangkan dengan 3 side menu lain. Ada dalam 10 ke 12 side menu lain yang boleh menjadi pilihan korang.


Aku diberitahu sendiri oleh owner restoran, Encik Erul yang mana menu terbaru yang disajikan di Kitchen Pot's ini merupakan menu sihat dan sangat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet. Menu ini juga diilhamkan daripada menu sihat Kenny Rogers cuma harganya jauh lebih murah berbanding Kenny Rogers. Sebab menu baru dan puan isteri sedang bajet-bajet berdiet, menu ini menjadi pilihannya.


Selain Kitchen Pot's Combo with 3 Side Dishes, ada 3 menu pilihan yang boleh diberikan kepada anak-anak kita. Antaranya set ayam goreng dan set burger. Harganya pun tak mahal mana dan berbaloi kerana portion yang besar. Sesuai untuk anak-anak yang tidak tahan makan makanan pedas. Tetapi anak aku tetap dengan pilihan tekak dia hari tu iaitu Kitchen Pot's Spaghetti Carbonara. Menu ada gabungan ayam tempayan yang diperap madu, jagung, sayur dan spaghetti carbonara.


Kali ini aku nak cuba pula merasa menu western yang juga ada disajikan di Kitchen Pot's. Aku memilih menu Sizzling Lamb Chop. Apa yang menariknya dengan menu ini, daging kambingnya tak berbau kambing dan kuah lada hitamnya kaw dan pekat. Ada kentang yang dibakar bersama cheese dan kuah spaghetti bolognese dan juga jagung rebus yang manis.


Untuk air pula puan isteri dan Jasmeen memesan air fresh orange dan limau ais manakala aku memesan Bonsai Coffee. Kenapa? Sebab aku tertarik dengan rupa bentuknya. Daun pudina yang diletakkan di atas cebisan biskut oreo pada kopi. Kombinasi kopi dan biskut coklat memang menarik dan iti kali pertama aku cuba.


Sementara menunggu anak aku Jasmeen menghabiskan makanannya, aku sempat memesan lagi secawan capuccino. Yela nak gak rasa capuccino yang dihasilkan daripada mesin kopi yang berharga hampir RM50 ribu haha. Biasanya aku minum cappucino tin je, ni kali pertama aku cuba dibuat sendiri oleh barista Kitchen Pot's. Mereka menggunakan Santosh Coffee yang diimport daripada Brazil.


Jadi untuk hari tu aku berpuas hati dengan menu yang disajikan. Sangat sedap dan mengenyangkan. Kalau korang penggemar makanan dan suka mencuba sesuatu yang baru, aku cadangkan korang cuba menu-menu yang ada di Kitchen Pot's. Pada aku harganya berbaloi dengan portion yang ditawarkan dan ayam, ikan dan udang-udangnya juga gemuk-gemuk haha.


By the way sebelum aku terlupa kalau korang memesan code menu yang bermula dengan huruf M, korang akan dapat roti dan mushroom soup secara PERCUMA huhu. Tapi bergantung gak selagi stok masih ada ye.


Sebelum ni aku dah cuba Kitchen Pot's Signature Dish yang lain. Kalau korang nak tengok boleh baca artikel yang aku sediakan sebelum ini di bawah :


Jadi kalau korang berminat nak cuba menu yang ada di sini, boleh la rujuk maklumat yang tertera di bawah. 


Kitchen Pot's
18G Jalan Reko Sentral 8
Reko Sentral, Kajang. 
Tel : 0387308831


Landmark
Berdekatan dengan stesen Petronas
Berhadapan dengan pasaraya Econsave
Berdekatan downtown Jalan Reko

You Might Also Like

4 comments