Bismillah,
Weekend hari tu aku sekali lagi bawa keluarga aku repeat di restoran
Kitchen Pot's yang terletak di Jalan Reko, Kajang. Memandangkan kami dari Rompin, Pahang dan dalam keadaan yang sangat lapar jadi
Kitchen Pot's sememangnya pilihan terbaik yang kami ada kerana
portion yang disediakan sangat besar.
Kali ini bila kami datang, kami diberikan beberapa pilihan menu baru yang lebih sihat. Ada
Kitchen Pot's Combo yang mana menu ayam tempayan yang diperap ini didatangkan dengan 3
side menu lain. Ada dalam 10 ke 12 side menu lain yang boleh menjadi pilihan korang.
Aku diberitahu sendiri oleh
owner restoran, Encik Erul yang mana menu terbaru yang disajikan di
Kitchen Pot's ini merupakan menu sihat dan sangat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet. Menu ini juga diilhamkan daripada menu sihat
Kenny Rogers cuma harganya jauh lebih murah berbanding
Kenny Rogers. Sebab menu baru dan puan isteri sedang bajet-bajet berdiet, menu ini menjadi pilihannya.
Selain
Kitchen Pot's Combo with 3 Side Dishes, ada 3 menu pilihan yang boleh diberikan kepada anak-anak kita. Antaranya set ayam goreng dan
set burger. Harganya pun tak mahal mana dan berbaloi kerana
portion yang besar. Sesuai untuk anak-anak yang tidak tahan makan makanan pedas. Tetapi anak aku tetap dengan pilihan tekak dia hari tu iaitu
Kitchen Pot's Spaghetti Carbonara. Menu ada gabungan ayam tempayan yang diperap madu, jagung, sayur dan
spaghetti carbonara.
Kali ini aku nak cuba pula merasa menu western yang juga ada disajikan di
Kitchen Pot's. Aku memilih menu
Sizzling Lamb Chop. Apa yang menariknya dengan menu ini, daging kambingnya tak berbau kambing dan kuah lada hitamnya
kaw dan pekat. Ada kentang yang dibakar bersama
cheese dan kuah
spaghetti bolognese dan juga jagung rebus yang manis.
Untuk air pula puan isteri dan Jasmeen memesan air
fresh orange dan limau ais manakala aku memesan
Bonsai Coffee. Kenapa? Sebab aku tertarik dengan rupa bentuknya. Daun pudina yang diletakkan di atas cebisan biskut oreo pada kopi. Kombinasi kopi dan biskut coklat memang menarik dan iti kali pertama aku cuba.
Sementara menunggu anak aku Jasmeen menghabiskan makanannya, aku sempat memesan lagi secawan
capuccino. Yela nak gak rasa
capuccino yang dihasilkan daripada mesin kopi yang berharga hampir RM50 ribu haha. Biasanya aku minum
cappucino tin je, ni kali pertama aku cuba dibuat sendiri oleh barista
Kitchen Pot's. Mereka menggunakan
Santosh Coffee yang diimport daripada
Brazil.
Jadi untuk hari tu aku berpuas hati dengan menu yang disajikan. Sangat sedap dan mengenyangkan. Kalau korang penggemar makanan dan suka mencuba sesuatu yang baru, aku cadangkan korang cuba menu-menu yang ada di
Kitchen Pot's. Pada aku harganya berbaloi dengan
portion yang ditawarkan dan ayam, ikan dan udang-udangnya juga gemuk-gemuk haha.
By the way sebelum aku terlupa kalau korang memesan
code menu yang bermula dengan huruf M, korang akan dapat roti dan
mushroom soup secara
PERCUMA huhu. Tapi bergantung gak selagi stok masih ada ye.
Sebelum ni aku dah cuba
Kitchen Pot's Signature Dish yang lain. Kalau korang nak tengok boleh baca artikel yang aku sediakan sebelum ini di bawah :
Jadi kalau korang berminat nak cuba menu yang ada di sini, boleh la rujuk maklumat yang tertera di bawah.
Kitchen Pot's
18G Jalan Reko Sentral 8
Reko Sentral, Kajang.
Tel : 0387308831
Landmark
Berdekatan dengan stesen Petronas
Berhadapan dengan pasaraya Econsave
Berdekatan downtown Jalan Reko
4 Comments
Menu dia best jugak. Nampak menyelerakan dalam gambar 👌
ReplyDeletesedapnya....
ReplyDeletelebih kurang mcm kenny rogers kannnn
ReplyDeletesedapnya nengok
ReplyDelete