Online Food Delivery Terbaik Buat Kaki Makan


Bismillah,

Lately ada ramai tanya aku mana mana lagi tempat makan yang aku nak terjah. Haha sabar.. sabar. Satu satu la ye. Makan, makan jugak. Tapi kesihatan dan perut kena jaga. Kang makan banyak-banyak sakit plak aku haha. Tapi hari ni aku nak list kan beberapa online food delivery yang boleh korang cuba. Bukan sahaja sedap malah menjimatkan masa bagi mereka yang sentiasa bizi dengan kerja dan tiada waktu untuk keluar. So check it out.


Saleduck merupakan portal membeli belah online dan tidak asing dikalangan warga kota. Sejak kebelakangan ini, trend online food delivery mula popular di Lembah Klang. Daripada Nasi Lemak Salad hingga ke Nutella French Toast yang dihantar terus ke rumah korang, semua vendor  ini menawarkan pelbagai jenis hidangan yang unik dan lazat.

Pilihan ini sesuai untuk hari di mana korang memerlukan makanan yang enak tetapi malas untuk keluar atau menyediakannya sendiri. Di Saleduck, korang boleh dapatkan beberapa senarai online food delivery yang boleh korang pilih sendiri. Sebelum itu, jangan lupa untuk lawati laman web
Saleduck untuk tawaran hebat daripada beberapa laman web di bawah untuk lebih banyak penjimatan.

Chai Salad Bar

Ucapkan selamat tinggal kepada salad dengan sayur-sayuran yang membosankan dan selamat datang kepada sayur-sayuran segar dan topping lazat. Chai Salad Bar membolehkan pengunjung memesan makanan mereka secara online dan pesan home delivery. Pilih daripada senarai gabungan signature mereka ataupun buat salad korang sendiri daripada pilihan yang terdiri  dengan 70 bahan dan 15 jenis kuah seperti mi soba, quinoa, labu panggang, kimchi dan banyak lagi. Bukan hanya untuk vegetarian, Chai Salad Bar juga memenuhi pencinta daging dengan Steakhouse Salad mereka, satu  kombo enak yang terdiri daripada daging panggang, caramelised onions, kentang, bayam dan diakhiri dengan sos blue cheese. Untuk selera Malaysia yang asli, pilih Nasi Lemak Salad atau Chicken Rice Salad - rasa yang sama tetapi lebih sihat!

Dish by Ili

Jika korang minat makanan yang dimasak penuh dengan kasih sayang, Dish by Ili adalah pilihan terbaik. Daripada masakan ala kampung seperti Ayam Masak Rendang Api ke kegemaran peranakan seperti Ayam Pongteh, korang boleh harapkan masakan gaya tradisional dengan sentuhan dari Ili. Dihantar dalam bekas tiffin gaya old school, Dish by Ili dibina atas konsep bahawa makanan seharusnya dikongsi dengan orang yang anda hargai. Menu di Dish by Ili amat sesuai untuk dikongsi bersama dua atau tiga orang - bergantung kepada saiz selera korang.

Foodmatters.me

Foodmatters.me adalah perkhidmatan “healthy meal delivery” yang mempunyai menu fusion, Asia dan Barat dengan karbohidrat rendah, rendah lemak, pilihan vegetarian dan bebas gluten. Menu di Foodmatters.me direka oleh pakar pemakanan Alexandra Prabaharan, yang disahkan oleh AFPA turut  menawarkan hidangan tempatan seperti Nasi Ulam, Ayam Percik dan Nasi Lemak - semuanya berada di bawah 500 kalori dan sesuai ketika korang mempunyai keinginan untuk makanan tradisi Malaysia yang sihat. Dengan hidangan yang bermula dari RM10, Foodmatters.me adalah bukti bahawa pemakanan yang sihat tidak perlu datang dengan harga yang mahal.

Yumcious

Sebuah online marketplace untuk masakan halal, Yumcious terdiri daripada online komuniti yang menyediakan hidangan lazat dengan pelbagai jenis cuisine. Menjadi salah satu pilahan aku kerana ia membolehkan kita mencari makanan yang lazat di seluruh KL di samping mewujudkan platform untuk tukang masak berkongsi ciptaan mereka dengan komuniti pencinta makanan. Naikkan selera korang dengan pilihan seperti Mee Kari dan Mee Siam atau cuba sesuatu yang baru seperti Spiced Chicken Rissoles atau Soft Shell Crab Spaghetti dengan daun kari beraroma dan cili padi, komuniti Yumcious bersedia untuk membawakan pilihan makanan enak terus ke rumah korang.

DahMakan


Dapatkan makanan yang sihat setiap hari dengan DahMakan. Korang boleh pilih daripada tiga hidangan setiap hari dan ia akan dihantar terus ke rumah korang secara PERCUMA. Langgan pakej hidangan dan pesan sehingga 100 jenis hidangan. Antara hidangan kegemaran aku termasuklah French Lamb Stew with Wild Rice dan Peri Chicken with Tomato Pilaf Rice. Beritahu keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja korang dengan pilihan Group Order daripada memesan makanan yang tidak sihat seperti pizza yang kebiasaannya berminyak. 

Jadi amacam dengan juadah pilihan makanan yang aku syorkan melalui portal online Saleduck? Menarikkan? Bukan itu sahaja, korang boleh dapati perbagai lagi jenis makanan dan juadah menarik di sana. Lagi menarik bila segalanya terletak dihujung jari korang. 

Selamat menjamu selera!

6 Comments

  1. wah menarik ni untuk mereka yang sibuk. boleh klik klik saja. entry sangat membantu sis.

    jemput singgah baca entry terbaru di blog saya sis..:)

    http://dotneeda.blogspot.my/2017/03/set-penjagaan-wajah-nutriwhite-yang.html

    ReplyDelete
  2. pernah beli kat dah makan ni.. tp kan kawasan beranang tak cover la.. husband kena ambik kat ofis huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. adoi !! lagi bertambah malas la kite nak masak ha.. hahahaha~

    ReplyDelete
  4. memang tak keluar rumah la jawabnya lepas ni..hihi

    ReplyDelete