Printing Online Mudah Dan Cepat Di Gogoprint


Bismillah,

Sekarang ni nak itu nak ini semuanya di hujung jari. Tak perlu lagi nak keluar bersesak dengan trafik, duit minyak tol dan parkir lagi. Nak shopping baju, lampin anak hatta nak makan pun sekarang order online. Dan aku nak bagitau servis printing pun boleh ditempah secara online skarang seperti yang dilakukan oleh Gogoprint ni.


Gogoprint ni dah terkenal meluas di negara Thailand dan kini telah berpusat dan mengembangkan sayapnya di Malaysia. Sekarang korang tak perlu susah-susah nak keluar cari kedai printing sebab korang boleh print bermacam-macam benda di Gogoprint bila-bila masa korang suka.


Korang boleh tempah business card, leaflets, presentation folder, gift voucher, tags, flyers, booklet, sticker, greeting card dan macam-macam lagi pada harga yang berpatutan. Yang penting servis penghantarannya ke seluruh negara adalah PERCUMA!


So untuk kali ni aku nak tempah business card memandangkan aku memang memerlukannya bila bertemu client. Mula-mula korang daftar dulu akaun korang masukkan alamat penghantaran atau alamat pengeposan.


Kemudian korang boleh klik pada tajuk 'Business Card'. Pilih la kualiti kad yang korang nak dan cetakan. Letak poskod alamat korang dan configure. Korang akan dapat jadual penghantaran beserta jumlah bayaran yang korang perlu lakukan.


Kalau dah pilih boleh proceed terus dan lakukan pembayaran. Kemudian baru lah korang boleh upload design korang dalam format PDF secara percuma. Kemudian proceed plak untuk penghantaran. Siap!


Senang kan? Yang bestnya ada banyak template contoh yang boleh korang jadikan contoh untuk design-design korang. Apa-apa pun Gogoprint banyak menjimatkan masa aku dan urusan aku jadi lebih mudah.

Korang apa lagi jom tempah sebarang design korang di Gogoprint.


4 Comments

  1. Boleh print gambar ke? Kita bagi softcopy?

    ReplyDelete
  2. ingat nak order photobook tp x de dlm menu.

    ReplyDelete
  3. Such a informative blog you are doing a great job check this site of mine too its good too
    Printing Malaysia

    ReplyDelete