Pusat Servis Dan Pakar iPhone Chamo Bangi


Bismillah,

Aku boleh cadangkan beberapa pusat servis telefon area Bangi, Kajang dan Putrajaya bila ditanya kengkawan tapi aku hilang punca bila ditanya tempat terbaik untuk baiki iPhone. Ini kerana bukan semua pusat servis mampu membaiki iPhone kerana alatan, mesin dan barang-barang gantinya agak mahal dan limited. Jadi nak tak nak korang terpaksa juga hantar ke iPhone Center. Kalau adapun pusat servis yang menawarkan servis iPhone, kebanyakan mereka juga akan menghantar ke pusat servis iPhone. Jadi korang terpaksa bayar 2 kali, caj orang tengah dan caj baiki di pusat servis iPhone. Rugi kan?


Tetapi baru-baru ni aku folo kawan aku baiki iPhone nya di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Aku yang duduk Bangi ni pun tak tau adanya pusat servis dan pakar iPhone di Bangi. Nama kedai itu Chamo Bangi. Asalnya kedai mereka terletak di Teras Jernang, tetapi atas alasan keselesaan dan pelanggan yang semakin ramai mereka berpindah ke Seksyen 7, Bangi.


Apa yang menariknya di Chamo Bangi ni, mereka membaiki phone korang secara berdepan atau lebih mudah aku katakan face to face dengan pelanggan. Jadi anything masalah pada telefon korang akan diberitahu di situ juga. Korang juga boleh tanyakan sebarang masalah telefon kepada staf. Nampak tak betapa pakarnya staf-staf Chamo Bangi? Dari sini pelanggan akan rasa lebih puas hati kerana dapat melihat sendiri telefon mereka dibaiki di hadapan mereka. Dan lebih mengagumkan aku, servis ini hanya memakan masa 30 minit sahaja. Perghh memang pakar ni.


Lagi satu aku nak bagitau, untuk masalah skrin pada iPhone kebiasaannya kita dikehendaki menukar skrin baru kan kerana skrin iPhone melekat sekali dengan body. Sebab tu la tukar skrin iPhone boleh mencecah beratus-ratus ringgit. Mana nak cekau duit sebanyak tu kalau tiba hujung bulan? Lagi-lagi plak kita student kan? Tapi di Chamo Bangi korang tak perlu tukar skrin telefon kerana mereka mempunyai mesin yang mampu membaiki skrin tanpa perlu menukarnya. Nah, dah boleh jimat dah kat situ kan? Duit beli skrin tu dah boleh cover duit minyak sebulan. Amacam? Terbaik tak?


Staf-staf yang attend kitorang pun peramah dan tak kedekut ilmu. Sementara tunggu dorang baiki phone, dorang pun banyak share ilmu pasal phone. Cara penjagaan luar dalam, apa yang perlu dan tak perlu dilakukan dengan phone dan macam-macam lagi. Dorang memang terlatih dan aku diberitahu dorang kerap dihantar menghadiri kursus berkaitan servis telefon di luar. Lagipun dorang bukan sahaja membuat servis baiki iPhone, malahan semua jenis telefon dan android pun boleh. Aku tekankan iPhone kerana tak semua pusat servis sepakar dorang.


So kalau korang nak singgah baiki telefon korang tu, pin point nya ialah Chamo Bangi ni sederet dengan Restoran Urat Ketin Seksyen 7 Bangi, bangunan tengah sebelah Israk Optical. Untuk pengetahuan korang Chamo Bangi ini dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dan kalau korang repair any phone di Chamo Bangi, korang hanya maklumkan kod AFZALSUKASUKI untuk nikmati diskaun sebanyak 10%. Menarik kan?

Korang boleh rujuk maklumat dibawah untuk sebarang pertanyaan dan maklumat.


Chamo - Smartphone Repair Centre

No. 50, Jalan 7/7A, Bandar Baru Bangi, 43650, Bangi, Selangor.
Landmark: Sebaris Sup Urat Keting (Blok tengah).

Waktu Operasi
10 pagi - 9 malam (Tutup Ahad).
Hubungi: 018 988 6531 (Admin).


5 Comments