Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya


Bismillah,

Bila tiba hujung minggu, mulalah aku fikirkan ke mana nak aku bawa family berjalan-jalan. Seminggu berulang alik menghadap kerja di ofis, sesekali cuba mencari peluang merehatkan diri dan menghabiskan masa bersama keluarga. Kalau tak bawa berjalan, aku akan pilih satu destinasi percutian atau short vacation sama ada di Cyberjaya apartments atau Cyberjaya hotel.


So hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku sewaktu menginap di Cyberview Resort & Spa yang terletak di Cyberjaya. Sebenarnya dah lama aku teringin nak pegi Cyberview Resort & Spa ni kerana tertarik dengan permandangannya. Walaupun terletak di Cyberjaya, namun suasananya sangat mendamaikan dikelilingi dengan taman dan pokok hutan.


Kebiasaannya kebanyakan hotel dan resort yang aku pergi, gambar-gambar yang diiklankan tak mencerminkan keadaan sebenar tetapi di Cyberview Resort & Spa tempatnya memang cantik seperti yang digambarkan. Staf-stafnya pun mesra belaka, daripada pak guard sehingga ke penyambut tetamu.


Ketika di Cyberview Resort & Spa, aku booking bilik Superior Premier. Keadaan bilik sangat selesa, ada 1 katil Queen dan 1 katil single. Ada blower, seterika, water heater, peti ais, tv LCD, tab mandi, shower dan siap ada sejadah. Bilik aku berbalkoni dan ada kerusi rehat di luar. Katil empuk, siap ada bantal spare. Bilik berpenghawa dingin. Senang kata bilik Superior Premier yang aku sewa tu ada dua partition. Satu untuk ruang tidur dan satu lagi ruang make-up/bersiap selepas mandi. Sangat luas untuk kami tiga beranak.


Harga yang ditawarkan hanya RM420++. Tetapi sewaktu check out aku diberi baucer penginapan untuk bilik yang sama pada harga RM280 nett dengan breakfast 2 dewasa dan 2 kanak-kanak pada hari biasa (bukan weekend atau pelepasan am)


Kolam renang pula terletak di hadapan kafe Verandah dan terdapat dua jenis kolam khas untuk dewasa dan kanak-kanak. Selain daripada itu korang juga boleh mencuba beberapa fasiliti yang disediakan oleh pihak pengurusan Cyberview Resort & Spa ini secara percuma seperti bilik permainan kanak-kanak, sauna dan gim. Semuanya percuma melainkan caj akan dikenakan jika korang ingin mendapatkan khidmat urut di Sembunyi Spa.


Bercerita pula bab makan pagi, korang pasti sangat berpuas hati kerana menu sarapan yang disediakan oleh pihak pengurusan Cyberview Resort & Spa sangat banyak. Tidak tertumpu pada nasi lemak dan roti bakar semata dan boleh aku anggarkan lebih daripada 30 jenis juadah disediakan untuk sarapan. Air pula ada beberapa jenis air buah-buahan, belum termasuk lagi air panas. Adakalanya aku musykil sama ada aku makan sarapan atau makan malam. Memang terbaik!


Di Cyberview Resort & Spa, korang boleh memandu kenderaan korang dan parkir terus di hadapan bilik masing-masing. Jika korang nak bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan, korang boleh menelefon talian perkhidmatan resort untuk mengambil korang dengan menaiki buggy. Sewaktu pendaftaran masuk pula, korang perlu menyediakan wang deposit sebanyak RM200 sebagai cagaran dan akan dipulangkan kembali sewaktu korang check out. 

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms

Kalau korang berada di Cyberjaya, nak rasai sendiri pengalaman berada di Cyberview Resort & Spa korang boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah.


www.cyberviewresort.com
www.instagram.com/cyberviewresort
www.facebook.com/cyberviewresort

Cyberview Resort & Spa
The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7
63000 Cyberjaya
Selangor, Malaysia



Tel: (603) 8312 7000
Fax: (603) 8312 7001





GPS Coordinate
Latitude: N 2 55.440
Longitude: E 101 40.020


8 Comments

  1. Wah bestnya bersantai kat cyberview resort ni, boleh juga berspa nak relaks kan badan

    ReplyDelete
  2. x pernh lg stay sini....tp tgk mcm best

    ReplyDelete
  3. kalau ada buffet best mcm ni mmg seronok!

    ReplyDelete
  4. LeYa hari tuh baru kursus di sana.. Memang cantik sangat.. Cumanya belum berpeluang untuk menginap lagi di biliknya sebab kursus sehari dan kawasan yg sama dgn office.. Hehehe...

    ReplyDelete
  5. nampak macam best kan.. lagi2 part kat kolam tu. hehehehe

    MrEjoy

    ReplyDelete
  6. Wow..syoknya..banyak kemudahan,bilik yang cantik dan selesa..

    ReplyDelete
  7. menarik ni!
    bileh masok list jjcm saya :-)

    ReplyDelete