Promosi Buffet Ramadhan 2017 | Kota Seriemas Golf & Country Club


Bismillah,

Bergerak kita ke lokasi ke-5 seterusnya, kali ini aku jangkakan kelainan kerana menu yang ditampilkan oleh Kota Seriemas Golf & Country Club bukan seperti menu cliche seperti mana lazimnya dihidang sewaktu menjelang bulan Ramadhan. Kali ini aku dapat lihat perbezaan kerana tema buffet Ramadhan di Kota Seriemas Golf & Country Club tahun ini adalah 'Laluan Sutera - Menu Dari Lagenda Silam'.


Untuk makluman Kota Seriemas Golf & Country Club terletak di Nilai, Negeri Sembilan dan anggaran jaraknya dari Kajang adalah sebanyak 35KM. Korang boleh menggunakan lebuhraya LEKAS untuk tiba ke sini dan ianya mengambil masa sekitar 20 hingga 30 minit perjalanan.


Tertarik dengan tema menu Laluan Sutera, aku melihat sendiri menu-menu yang dikhabarkan mampu menarik minat pengunjung untuk berbuka puasa di sini. Antara killer-menu yang ada diperkenalkan adalah Shuwa iaitu kambing yang di perap dengan pelbagai rempah ratus, dibalut dan dipanggang di bawah tanah menggunakan bara. Kaedah memasak ini banyak digunakan di beberapa negara Asia Tengah kerana suhunya yang panas. Ini pertama kali aku mencuba resepi kambing dengan menggunakan teknik memasak begini nak rasanya memang tak sama macam kambing yang dipanggang biasa. Kalau korang nak tau rasanya, korang boleh datang cuba sendiri Shuwa di buffet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club.


Selain daripada itu korang juga boleh mencuba menu-menu lain yang sukar untuk kita temui di negara ini antaranya seperti Xian Braised Chilli Tofu With Brocolli, Lagman Yangrou Paomo, Mujadara, Moutabel, Lamb Osso Buco Cremolata, Prawn Creole dan banyak lagi. Menu-menu yang disajikan ini diambil dari negara-negara purba yang menjadi Laluan Sutera bermula dari utara negara China sehingga ke Kota Rom.


Menu-menu yang disajikan di buffet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club kali ini diambil dari beberapa buah negara Laluan Sutera antaranya Mongolia, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Afghanistan, Iran, Iraq, Syria, Istanbul dan akhir sekali Kota Rom. Jadi pada aku ini adalah peluang terbaik untuk korang untuk mencuba resepi dan menu eksotik dari negara-negara Timur Tengah sebab peluang seperti ini bukan selalu ada lagi-lagi bila ia ditampilkan dalam menu buffet Ramadhan.


Dari tarikh 30 Mei 2017 hingga 6 Jun 2017, menu-menu yang akan ditampilkan pada buffet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club adalah dari utara China dan Asia Tengah (Chang'An - Dunhuang - Kashgar - Tashkent - Samarkand). Dari tarikh 7 Jun 2017 hingga 14 Jun 2017 pula, menu-menu dari Afghanistan, Iran dan Timur Tengah pula dijadikan pilihan (Bukhara - Parthia - Mesopotamia - Semenanjung Arab - Syam - Antioch) manakala untuk kembara terakhir dari tarikh 15 Jun 2017 sehingga 22 Jun 2017, menu-menu yanh berasal dari Mediterranean pula diperkenalkan (laut Mediterranean - Byzantium/Constatinople (Istanbul) - Kota Rom). Jadi korang boleh pilih tarikh yang sesuai dengan citarasa korang atau lagi menarik kalau korang dapat merasai ketiga-tiga tempoh tarikh tersebut. Semua menu ada di dalamnya.


Menu yang dihidangkan dalam buffet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club bukan sahaja tertumpu pada menu negara Laluan Sutera malah kita juga boleh merasai beberapa menu tempatan terutamanya menu Negeri Sembilan seperti Udang Masak Lemak Cili Api, Paru Belado, Gulai Kawah dan lain-lain lagi.


Jangan bimbang kerana Kota Seriemas Golf & Country Club menyediakan kemudahan parkir yang luas dan surau baik lelaki dan wanita bagi mereka yang ingin menunaikan solat. Sepanjang bulan Ramadhan ni, Kota Seriemas Golf & Country Club juga akan melaksanakan solat tarawih secara berjemaah. Bagi mereka yang penat berjalan atau membawa ibu dan bapa yang kurang upaya, perkhidmatan buggy juga turut disediakan sepanjang bulan Ramadhan ini.


Walaupun hidangan yang dihidangkan di buffet Ramadhan Kota Seriemas Golf & Country Club eksotik belaka, tetapi harga yang mereka tawarkan sangat murah dan berbaloi. Sebab itulah aku syorkan agar korang boleh datang dan cuba sendiri kerana harga biasa yang ditawarkan hanya serendah RM74.20 untuk dewasa dan RM37.10 untuk kanak-kanak. Bagi mereka yang ingin berbuka puasa dari tarikh 30 Mei 2017 hingga 2 Jun 2017 (4 hari), boleh dapatkan baucer yang berharga RM53 nett dan bagi baucer biasa, harga RM61.50 dikenakan bagi setiap orang dewasa. Sangat-sangat berbaloi.


Jadi untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan promosi, menu yang akan dihidangkan dan tempahan boleh lah rujuk maklumat di pautan di bawah.



Seriemas Golf & Country Club
No. 1, Persiaran Seriemas Golf, 
Kota Seriemas, 
71800 Nilai, 
Negeri Sembilan. 

Contact :
017-7292129 (Cik Belle Hamzah) /
011-29005042 (Cik Ain Suraya Zainal)

Email :


2 Comments

  1. semua mengoda haihhh nasib iman kuad haha

    ReplyDelete
  2. Haaaii.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..

    ReplyDelete