Keseronokan Cabaran Di Sunway Lagoon Aqua Run


Bismillah,

Baru-baru ni aku berkesempatan untuk mengikuti dan mengalami sendiri keseronokan melalui cabaran di Sunway Lagoon Aqua Run. Aku tau event ini pun selepas beberapa kali aku dengar dari corong radio. Jadi apa salahnya aku bawa keluarga aku sekali untuk uji kemampuan diri kan?


Seawal 7 pagi kami dah berada di Sunway Lagoon untuk pendaftaran peserta. Kami diberi taklimat oleh krew yang bertugas sebelum acara dimulakan. Tapi sebelum terus ke acara utama, awal pagi kami dimulakan dengan sesi memanaskan badan oleh coach yang bertugas dengan aktiviti senamrobik selama 15 minit.


Kemudian kami dibawa ke garisan permulaan dimana kami akan dilepaskan secara batch by batch untuk mengelakkan sebarang kemalangan atau kejadian yang tidak diingini. Aku boleh katakan dianggarkan hampir 1000 orang yang turut hadir untuk mengikuti Sunway Lagoon Aqua Run tersebut. Dalam aktiviti ini, kesemua peserta terpaksa mengharungi 6 cabaran yang disediakan di sepanjang perjalanan sehingga ke garisan penamat.


Antara cabaran-cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh peserta-peserta Sunway Lagoon Aqua Run ini adalah seperti Splash Attack, Puddles Mattress, Climb & Slide, Wall Diving, Water Disco dan Get Through The Wall. Terkejut gak aku bila melepasi Get Through The Wall kerana di sebalik dinding tu menanti makhluk dan raksasa yang menakutkan hahaha.


Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memberikan peluang kepada semua peserta mendapatkan peluang dan pengalaman berada di Sunway Lagoon dengan aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang sihat dan meninggalkan memori dan kenangan manis di sana.


Setelah peserta menghabiskan larian, kami diberikan medal sebagai tanda penghargaan di atas penglibatan kami di dalam Sunway Lagoon Aqua Run. Aku rasa gembira sangat sebab ini adalah kali pertama aku mengikuti aktiviti seperti ini bersama keluarga.


Aku harap penganjurannya dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang dan lebih ramai lagi peserta yang akan turut terlibat menjayakan Sunway Lagoon Aqua Run ini. Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah.


1 Comments

  1. Seronoknya.. best nie kalau gi ngn family.. Aktiviti fun dan menyihatkan..

    ReplyDelete