Jom Meriahkan Konsert Jom Tonton Di The Curve Damansara


Bismillah,

Apa program korang dan keluarga hujung minggu ni? Kalau masih tak decide sebarang program atau aktiviti, apa kata korang ke The Curve Damansara kerana di sana akan berlangsungnya Konsert Jom Tonton bersempena ulangtahun mereka.


Ada ramai artis yang turut terlibat menjayakan Konsert Jom Tonton tersebut antaranya Azlan & The Typewriter, Bunkface, Wany Hasrita, Ning Baizura, Juzzthin, Abon, Waris, Dr Soo Winci, Forteen, Ara AF, Suffian Suhaimi, Redza Rosli, Kaka Azraf dan banyak lagi. Malah Dato' Seri Vida juga akan ada bersama-sama memeriahkan Konsert Jom Tonton tersebut.


Bukan itu sahaja ada banyak juga aktiviti yang disediakan kepada para pengunjung jadi jangan lupa bawa keluarga dan kawan-kawan juga. Jadi details berkenaan Konsert Jom Tonton ada seperti di bawah :



Konsert Jom Tonton
Tarikh : 22 April 2017
Hari : Sabtu
Tempat : The Curve Damansara 
Masa : 10 pagi - 10 malam.


Jadi kepada mereka yang berkelapangan, ada di sekitar Kuala Lumpur atau Lembah Klang boleh la turun bersama-sama kami memeriahkan Konsert Jom Tonton yang akan berlangsung esok ya.

Jumpa di sana esok!

1 Comments