Konsert Jom Tonton Sempena Ulang Tahun Pertama Tonton


Bismillah,

Baru-baru ni pada 22 April 2017 telah berlangsungnya Konsert Jom Tonton yang bertempat di ruang Piazza, The Curve Mutiara Damansara. Konsert Jom Tonton tersebut turut membariskan ramai nama artis tempatan dan ianya bermula sekitar pukul 10 pagi sehingga pukul 10 malam.


Konsert Jom Tonton tersebut diraikan bersempena ulang tahun pertama portal penstriman video nombor satu di Malaysia. Portal tersebut kini telah mencatatkan penambahan ahlinya seramai 22,000 orang setiap minggu dan kini telah mencecah seramai 5.6 juta orang pengguna. Jadi sekaligus Konsert Jom Tonton itu sendiri bertujuan untuk meraikan pengguna-pengguna VIP nya yang sentiasa setia bersama Tonton.


Konsert tersebut membariskan beberapa nama artis ternama antaranya Ayda Jebat, Redza Rosli, Thomas Jack dan Dato' Seri Vida sebagai duta Tonton yang baru, Diana Danielle yang merupakan pelakon untuk slot drama Tonton yang baru iaitu Raisha, bintang Youtube terkenal Jin, Rueben dan JinnyBoyTV, Wany Hasrita, dan beberapa selebriti Cina yang lain seperti Dr. Soo Winci, Orange Tan dan Jieying Tha.


Penonton juga boleh bertemu dan beramah mesra dengan pelakon-pelakon drama I Am Not A Loser seperti Coby Chong, Evan Siau, Shawn Wai, Sherlyn Seo, Ivan Low, Joyce Harn, Josiah Lim dan Lim Jian Wen. Bagi penonton-penonton cilik yang turut hadir ke Konsert Jom Tonton tersebut, mereka berpeluang bertemu dengan Ejen Ali dan Boboiboy.


Kemuncaknya pada malam konsert apabila penonton-penonton dihidangkan dengan persembahan daripada selebriti terkenal antaranya Ning Baizura, Waris, Juzzthin dan Aboz, Kaka Azraf, Sufian Suhaimi, Alvin Chong, Azlan & The Typewriter dan Bunkface. Happening sangat event pada hari itu kerana penonton-penonton bukan sahaja dihiburkan dengan persembahan artis malahan juga ada disediakan juga Street Market dan kemudahan eksklusif di gerai-gerai yang menyediakan diskaun hebat.


Aku sempatlah beramah mesra dan bergambar dengan Wany Hasrita dan Ayda Jebat sebab aku tiba pun sekitar pukul 3 petang. Time tu pun ruang legar sekitar Piazza, The Curve sudah dipenuhi dengan pengunjung. Kemudian kami dihiburkan dengan persembahan dari kumpulan tarian Elecoldxhot dan 3 lagu daripada Wany Hasrita. Manakala Ayda Jebat dan Azlan & The Typewriter menghiburkan penonton yang hadir di sebelah petangnya pula.


Tahniah kepada Tonton kerana penganjuran Konsert Jom Tonton pada tahun ini begitu meriah dan menyatukan komuniti daripada pelbagai kaum menjadi satu. Kepada korang yang masih belum melanggan dan ingin melanggan sebagai ahli VIP Tonton, boleh lah memilih pelan langganan VIP yang bermula daripada serendah RM3 (sehari), RM5 (seminggu), RM10 (sebulan) dan RM96 (setahun).

Untuk maklumat lanjut, korang boleh lah rujuk maklumat yang aku sertakan di bawah.


Contact :
03-2717 2020


1 Comments