Keenakan Masakan Thailand di Restoran Streat Thai, Petaling Jaya


Bismillah,

Bagi peminat menu masakan Thailand, apa kata aku cadangkan sebuah restoran yang terletak di Petaling Jaya tak jauh daripada Pusat Asasi Sains UIAM Kampus Petaling Jaya. Restoran yang aku maksudkan ialah Streat Thai yang terletak di Jaya One. Restoran Streat Thai terletak di tingkat G, bangunan The School. Jangan risau pasal parkir kerana ruang parkirnya banyak dan ratenya juga affordable.


Konsep yang diperkenalkan oleh restoran Streat Thai ini adalah ruang terbuka dan ada banyak stall di dalamnya yang menyajikan berbagai variasi menu Thailand. Aku anggarkan seramai 100 orang pengunjung boleh memenuhi ruang restoran dalam satu-satu masa. Restoran Streat Thai ini sememangnya arif dalam menyajikan menu dan masakan halal negara Thailand. Namun begitu restoran Streat Thai ini tidak menyediakan menu yang berasaskan khinzir walaupun ada banyak menu asal negaranya itu yang menggunakan ramuan tersebut kerana ia percaya rata-rata pengunjung dan pelanggannya juga terdiri daripada kalangan Melayu muslim.


Kelmarin aku sempat memesan beberapa killer menu yang ada di Restoran Streat Thai antaranya adalah Panaeng Curry, Green Curry, Steamed Tilapia With Lime & Garlic Sauce, Papaya Salad With Salted Eggs, Streat Thai Tomyum Noodles, Tomyum Creamy Porridge With Seafood & Minced Chicken dan banyak lagi. Untuk air pula aku order Jasmine Tea With Honey, Salak Fruit Milk Tea dan Iced Cappucino.


Kalau korang datang ke restoran Streat Thai ni, tak lengkap lah kalau korang tak pesan menu utama mereka iaitu Tom Yum. Perghh Tom Yum yang disajikan di restoran Streat Thai ni memang marvellous. Aku rasa tak cukup satu mangkuk. Kalau ada mihun ke, ada mee ke confirm aku celup dalam mangkuk Tom Yum tu. Tetiba rasa menyesal plak pesan semangkuk je. lagi satu aku suka rasa Streat Thai Fried Chicken nya sebab sangat crispy dan lembut isi dalamnya


Pada setiap hari Jumaat dan Sabtu dari pukul 7.30 malam hingga 10.30 malam, pengunjung akan dihidangkan dengan persembahan daripada LIVE Band sebagai halwa telinga sesambil korang menjamu selera. Jadi kalau korang nak cuba menu-menu yang ada diperkenalkan di restoran Streat Thai, Jaya One ni boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah.

www.eatatstreat.com
www.facebook.com/streatatthai
www.instagram.com/streatatthai



Streat Thai
100-G.001 The School
No. 72A, Jalan Universiti Petaling Jaya
46200 Selangor, Malaysia
  • Contact : 03 7496 1297 | 012 907 3581

  • Operating Hours
    Monday to Thursday: 11:30am to 10pm
    Friday & Saturday: 11:30am to 11pm
    Sunday: 11:30am to 10pm


6 Comments

  1. Semua nampak sangat menyelerakan...yang last tu apa..yang macam ais kepal tu..

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok gambarr,,kalau masih study dkt asasi uia ni confirm kerap pergi

    ReplyDelete
  3. Pork free shj. Tanda halal Jakim tiada. elakkan makanan yang di ragui status halalnya.
    Jadi lah muslim yang bijak. jgn jadi bodoh sbb nafsu makan. haha

    ReplyDelete
  4. tak ada sijil halal. konon sebab saji arak. dah kalau nak halal biar halal terus. jangan nak separuh halal

    ReplyDelete