Pelancaran Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan Dan Kempen #SeringgitSeribuKebaikan


Bismillah,

Baru-baru ini aku sempat menghadiri majlis pelancaran aplikasi Jalan Jalan Cari Makan yang bertempat di Jibby East, Sunway Montana. Majlis berlangsung sekitar pukul 8 malam setelah pendaftaran daripada media, wartawan dan para blogger.


Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan sebenarnya telah lama berada di dalam aplikasi Google Play Store dan digunapakai oleh komuniti food hunter di Malaysia tetapi ia dilancarkan secara rasminya pada 21 April 2017 dengan beberapa fungsi baru untuk penggemar dan pencinta makanan di Malaysia. Aplikasi ini diilhamkan daripada rancangan Jalan Jalan Cari Makan yang sudah menjangkau usia 15 tahun, membolehkan pengguna mendapatkan info menarik yangpernah dikunjungi oleh krew produksi Jalan Jalan Cari Makan selain berkongsi tempat makan yang popular sesama pengguna dan pencinta makanan.


Pengurus aplikasi Jalan Jalan Cari Makan, Li Ee Kee memaklumkan fungsi terbaru yang ada dipaparkan pada aplikasi tersebut membolehkan pengguna mendapatkan diskaun harga dan tawaran hebat daripada restoran dari seluruh negara menerusi kerjasama dengan Offpeak. Pengguna boleh mendapatkan potongan dan diskaun harga sehingga 70% menerusi paparan 'Offpeak Deals' yang sentiasa dikemaskini setiap hari.


Antara fungsi lain yang diperkenalkan melalui aplikasi Jalan Jalan Cari Makan itu juga ialah pengguna boleh membuat tempahan restoran secara dalam talian tanpa perlu beratur panjang atau menunggu giliran. Dengan beberapa langkah mudah, pengguna boleh membuat tempahan dengan memasukkan nombor telefon bimbit, tetapkan tarikh, masa dan bilangan pengunjung. Lagi menarik pengguna tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan sekiranya membuat tempahan melalui aplikasi tersebut. Nah senang kan?


Pada masa yang sama juga pihak Media Prima Digital turut melancarkan tabung derma untuk kempen #SeringgitSeribuKebaikan. Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana dan berkongsi rezeki bersama rumah kebajikan terpilih Ramadhan ini. Wang kutipan yang terkumpul akan digunakan bagi membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sekitar Johor dan Terengganu. Kenapa Johor dan Terengganu? Itu hanyalah pilihan secara rawak dan Media Prima Digital mengkhususkan dua negeri sahaja supaya kutipan yang dikumpulkan dapat digunakan sebaiknya oleh 4 rumah kebajikan tersebut. Mungkin tahun ini Johor dan Terengganu, insyaAllah mana tahu tahun hadapan untuk negeri lain pula.


Selain bulan untuk beribadat, di bulan Ramadhan ini jugalah kita disaji dengan pelbagai jenih juadah dan makanan. Pada masa yang sama ada mata-mata yang memerhati dari kejauhan sanggup mengikat perut akibat ketidakmampuan. Dengan sebab itulah Media Prima Digital terpanggil untuk melaksanakan kempen ini dengan niat berkongsi rezeki dengan mereka yang tidak berkemampuan pada bulan Ramadhan ini.


Sumbangan ikhlas boleh disalurkan melalui aplikasi CJ WOW SHOP, klik pada tautan #SeringgitSatuKebaikan dan pilih nilai sumbangan yang nak korang salurkan antara RM1, RM5 dan RM10. Sumbangan boleh dibuat melalui bank yang telah terpilih. Jadi jika korang ada RM1 sahaja, itu pun sudah cukup untuk menggembirakan dan mengenyangkan mereka yang tidak berkemampuan sepanjang Ramadhan ini.

Jadi jangan lupa muat turun aplikasi Jalan Jalan Cari Makan dan sudilah untuk menghulurkan derma serendah RM1 bagi membiayai juadah berbuka puasa mereka yang tidak berkemampuan Ramadhan ini.

Korang memang awesome!

2 Comments

  1. menarik! Sebelum ini tak pernah tahu pon JJCM ada apps. Lepas ini bolehlah download dan tengok apa yang menarik. Thank you for Sharing.

    ReplyDelete
  2. menarik.. dah ada apps sendiri ye JJCM.. terbaik..

    ReplyDelete