Pine n Dine Cafe Di Bandar Baru Bangi


Bismillah,

Kali ni aku nak ajak korang mencuba salah sebuah cafe yang terletak di Bangi Gateaway, Bandar Baru Bangi iaitu Pine N Dine Cafe. Tak susah nak cari kedai ni sebab kedai ini berada di bahagian sisi bangunan yang menghadap gelanggang futsal.


Mengetengahkan menu fusion western dan asian, korang boleh pilih menu kegemaran korang mengikut citarasa masing-masing. Harga pun tak mahal dan standard cafe hipster yang lain kerana pada aku berbaloi jika hendak dibandingkan dengan portion yang dihidangkan.


Sebab Jasmeen tak berapa nak makan pedas jadi aku pesan Chicken Pasta untuknya dan puan isteri pula memesan set Chicken Chop. Aku sebenarnya teruja bila melihat set menu burger yang ada di situ kerana saiznya besar kemain. Jadi pilihan aku kali ini semestinya Chicken Burger.


Patty burgernya tebal, ada hirisan bawang yang digoreng dan ada sos istimewa cili api. Memang terbaik sebab burgernya memang besar dan gemuk. Set aku ini didatangkan sekali dengan kentang goreng. Puas aku makan malam tu.


Cafe ini mampu menempatkan dalam 50 ke 70 orang pelanggan untuk satu-satu masa mengikut saiz kedai. Suasananya tenang, bersih, kemas dan pelayan yang melayan kami pun mesra. Jadi tak mustahil kami akan ke sini lagi untuk repeat order tetapi untuk menu lain la. Dengar kata di Pine N Dine Cafe ni pun ada menu Shell Out. So nak tau lebih lanjut aku kena datang lagi la jawabnya.


So kalau korang berada di Bangi Gateaway atau sekitar Bandar Baru Bangi, jangan lupa untuk singgah dan cuba menu yang ada disediakan di Pine N Dine Cafe. Selain di Bangi, korang juga boleh datang ke cawangan lain Pine N Dine Cafe yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan dan juga di Taman Kota Syah Bandar, Melaka.


Korang boleh rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan promosi dan menu menu yang ada di Pine N Dine Cafe.


5 Comments

  1. terliur IQ dibuatnya, nampak sedap sangat!

    ReplyDelete
  2. selalu je pegi bangi gateway tapi tak penah try lagi kafe tu...tgk burger tu terliur pulak..dekat dah ngan ukm ^^

    ReplyDelete
  3. Saya biasa mkn di pine & dine senawang...2 hari lepas try mkn di bangi...pada saya senawang much more better dari segi rasa dan food prrsentation..mmg saya bg tau staff di sana kenapa x sama seperti senawang outlet? Pasta buttermilk tawar..kupang x ada..sotong ring goreng mcm hangus sedikit..fish & chip pun presentation mcm main letak jer..mmg beza sgt dgn senawang outlet..

    ReplyDelete
  4. Saya biasa mkn di pine & dine senawang...2 hari lepas try mkn di bangi...pada saya senawang much more better dari segi rasa dan food prrsentation..mmg saya bg tau staff di sana kenapa x sama seperti senawang outlet? Pasta buttermilk tawar..kupang x ada..sotong ring goreng mcm hangus sedikit..fish & chip pun presentation mcm main letak jer..mmg beza sgt dgn senawang outlet..

    ReplyDelete