Bismillah,
Untuk kali ini aku nak review promosi buffet Ramadhan di salah sebuah hotel di sekitar ibu negara Kuala Lumpur. Lokasinya tak jauh dari Plaza Rakyat, boleh dikatakan sebelah sahaja dan berada setentang dengan Plaza Kotaraya. Jadi boleh korang agak di mana kan? Tak susah nak cari AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ni sebab memang berada di pusat tumpuan orang ramai.
Aku amat tertarik dengan harga yang ditawarkan kerana tak semua hotel di sekitar Kuala Lumpur mampu memberikan tawaran harga serendah itu dengan hidangan menu yang pelbagai dan menarik. Sekejap lagi aku ceritakan bab harga yang ditawarkan AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ye. Mohon bertenang haha.
Lebih daripada 100 jenis menu tempatan dan luar negara yang akan dihidangkan secara bergilir setiap hari sempena promosi buffet Ramadhan di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Juadah-juadah yang akan diperkenalkan pada tahun ni hasil idea dan buah fikiran empat orang chef yang berpengalaman dalam seni kulinari dan menu masakan Melayu iaitu Chef Yohanis, Chef Mariam, Chef Syukri dan Chef Alias. Gabungan idea mereka memang memberikan gabungan rasa dan pilihan menu yang menarik.
Bagi penggemar durian pula, bersempena promosi buffet Ramadhan di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur tahun ini semua menu dan hidangan yang berasaskan durian turut diperkenalkan. Antaranya adalah Serawa Durian, Bubur Durian, Wajik Durian, Dodol Lempuk, Kek Durian, Cucur Durian, Talam Durian, Mousse Durian dan Puding Durian. Amacam best kan? Hahaha.
Okay sekarang baru aku nak ceritakan berkenaan harga yang ditawarkan sempena promosi buffet Ramadhan di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur Bagi yang ingin mendapatkan baucer awal, korang boleh mendapatkannya pada harga serendah RM58 bersih sahaja. Murah kan? Tawaran ini dibuka sehingga 15 Mei 2017 sahaja dan selepas dari tarikh tersebut, korang boleh dapatkan baucer pada harga RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak. Pergh masih lagi murah. Mana la korang nak dapatkan harga buffet serendah ini sejak akhir-akhir ni kan? Aku rasa berbaloi dan boleh jimat banyak kalau korang nak bawa seisi keluarga, kawan-kawan atau untuk event pejabat korang.
Jadi kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut berkenaan promosi atau membuat sebarang tempahan, bolehlah rujuk maklumat yang tertera di bawah.
Telefon :
03-20266060 samb. 7703
(Saffron Brasserie)
03-20266060 samb. 7900
012-6903927
(Pn. Uma Koenen Rengarajoo)
**********
Link Artikel Lokasi Berbuka Puasa 2017 :
3 Comments
wah sedap makanan ni
ReplyDeletesemua jenis makanan ada kan.. syoknya
ReplyDeletesedapnya! macam2 ada..terliur dah
ReplyDeleteJom ke www.maisarahsidi.com :)