Promosi Buffet Ramadhan 2017 | AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


Bismillah,

Untuk kali ini aku nak review promosi buffet Ramadhan di salah sebuah hotel di sekitar ibu negara Kuala Lumpur. Lokasinya tak jauh dari Plaza Rakyat, boleh dikatakan sebelah sahaja dan berada setentang dengan Plaza Kotaraya. Jadi boleh korang agak di mana kan? Tak susah nak cari AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ni sebab memang berada di pusat tumpuan orang ramai.


Aku amat tertarik dengan harga yang ditawarkan kerana tak semua hotel di sekitar Kuala Lumpur mampu memberikan tawaran harga serendah itu dengan hidangan menu yang pelbagai dan menarik. Sekejap lagi aku ceritakan bab harga yang ditawarkan AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ye. Mohon bertenang haha.


Tema buffet Ramadhan yang dibawakan oleh AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur tahun ini adalah berkonsepkan 'Selera Desa Kembara Iftar di Kuala Lumpur'. Dengan tema ini, pelbagai variasi menu sepanjang zaman dan menu-menu yang mengimbau kenangan lama akan dihidangkan dan ditampilkan kerana menu-menu seperti ini sukar untuk dilupakan. Ia juga bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan menu-menu tradisi tempatan kepada pengunjung-pengunjung luar yang datang ke dalam negara sepanjang bulan Ramadhan ini.


Lebih daripada 100 jenis menu tempatan dan luar negara yang akan dihidangkan secara bergilir setiap hari sempena promosi buffet Ramadhan di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Juadah-juadah yang akan diperkenalkan pada tahun ni hasil idea dan buah fikiran empat orang chef yang berpengalaman dalam seni kulinari dan menu masakan Melayu iaitu Chef Yohanis, Chef Mariam, Chef Syukri dan Chef Alias. Gabungan idea mereka memang memberikan gabungan rasa dan pilihan menu yang menarik.


Antara menu-menu yang akan dihidangkan di dalam promosi buffet Ramadhan AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur tahun ini adalah Ikan Bakar Stail Portugis, Nasi Tumpang Jawa Timur, Siput Sedut Dan Keladi Masak Lemak Cili Api, Kambing Golek, Ayam Percik, Rojak Mamak, Skewer, Asam Laksa, Sup Rusa, Serawa Durian dan macam-macam lagi. Aku ada cuba murtabak yang ada di sana, memang terbaik. Sangat tebal isinya dan kuah karinya memang kaw. Nampak macam biasa jumpa je kat pasar malam tapi percayalah dah lama aku tak jumpa murtabak macamni sekarang. Selalu yang aku jumpa banyak telur dan bawang je.


Lagi satu aku terkejut pertama kali aku jumpa roti canai yang pelbagai warna. Ada warna merah, hijau, kuning dan macam-macam lagi. Aku diberitahu roti canai pandan itu adalah salah satu tarikan promosi buffet Ramadhan yang ada di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur tahun ini. Paling best kuah karinya. Perghh marvellous, rasa kari India.


Bagi penggemar durian pula, bersempena promosi buffet Ramadhan di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur tahun ini semua menu dan hidangan yang berasaskan durian turut diperkenalkan. Antaranya adalah Serawa Durian, Bubur Durian, Wajik Durian, Dodol Lempuk, Kek Durian, Cucur Durian, Talam Durian, Mousse Durian dan Puding Durian. Amacam best kan? Hahaha.


Okay sekarang baru aku nak ceritakan berkenaan harga yang ditawarkan sempena promosi buffet Ramadhan di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur Bagi yang ingin mendapatkan baucer awal, korang boleh mendapatkannya pada harga serendah RM58 bersih sahaja. Murah kan? Tawaran ini dibuka sehingga 15 Mei 2017 sahaja dan selepas dari tarikh tersebut, korang boleh dapatkan baucer pada harga RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak. Pergh masih lagi murah. Mana la korang nak dapatkan harga buffet serendah ini sejak akhir-akhir ni kan? Aku rasa berbaloi dan boleh jimat banyak kalau korang nak bawa seisi keluarga, kawan-kawan atau untuk event pejabat korang.


Jadi kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut berkenaan promosi atau membuat sebarang tempahan, bolehlah rujuk maklumat yang tertera di bawah.


Telefon :
03-20266060 samb. 7703
(Saffron Brasserie)

03-20266060 samb. 7900
012-6903927
(Pn. Uma Koenen Rengarajoo)



3 Comments