Promosi Buffet Ramadhan 2017 | Bangi Golf Resort Restaurant

2:01 PM


Bismillah,

Lokasi ke 7 buffet Ramadhan kali ini aku nak bawa korang untuk mencuba menu-menu yang ada disediakan di Bangi Golf Resort Restaurant. Bangi Golf Resort Restaurant terletak di Bandar Baru Bangi dan merupakan antara lokasi kebanyakan pilihan pengunjung untuk berbuka puasa. Kenapa? Haa jap lagi aku reveal ye.


Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant akan bermula dari 29 Mei 2017 sehingga 23 Jun 2017. Kali ini sebanyak lebih kurang 200 jenis menu akan diperkenalkan dan sentiasa berubah-ubah setiap hari. Tahun ini tema yang ditampilkan oleh Bangi Golf Resort Restaurant adalah ala Melayu, Timur dan Barat jadi korang akan dapat lihat beberapa variasi makanan sewaktu berbuka puasa nanti.


Pengunjung akan disajikan beberapa killer menu antaranya Kambing Bakar, Sup Kambing Mamak, Satay, Chicken Drummet dan bermacam-macam lagi. Selain daripada menu juadah masakan Melayu, kali ini Bangi Golf Resort Restaurant turut memperkenalkan Nasi Lemak Istimewa di mana kali ini menu ini disertakan sekali dengan beberapa jenis lauk lain seperti Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato. 



Untuk menu ala Barat pula, korang boleh cuba beberapa menu pilihan yang ada iaitu Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma. Menu ni merupakan signature dish yang akan ditampilkan setiap tahun sempena buffet Ramadhan. Untuk pilihan lain korang boleh mencuba Lasagna Ayam, Golden Sand Spaghetti Carbonara, Peri-Peri Chicken Drumlets dan bermacam-macam lagi.

Tahun ini ada kelainan daripada tahun-tahun sebelum kerana tahun ini pengunjung turut disajikan dengan beberapa menu yang berasaskan daripada durian antaranya Gelato Musang King. Pengunjung juga boleh membeli durian kerana ada promosi "Durian Runtuh" di buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant kali ini. Durian Musang King ini dibawa khas dari ladang di Raub, Pahang. Jadi diskaun eksklusif akan diberikan khas kepada pengunjung-pengunjung buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Restaurant. Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik secara live dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari.


Harga baucer bermula dari RM58 bagi dewasa dan RM28 bagi kanak-kanak dan untuk tempahan secara berkumpulan pula, harga serendah RM49 untuk dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak. Murah kan? Jangan bimbang tentang status halal kerana Bangi Golf Resort Restaurant telah mendapat sijil HALAL JAKIM sejak tahun 2009 lagi.

Jadi kalau korang nak buat sebarang tempahan atau sebarang pertanyaan boleh rujuk maklumat di bawah.



Bangi Golf Resort Restaurant
No. 1, Persiaran Bandar
Bandar Baru Bangi
43650 Selangor
Malaysia

Tempahan/Pertanyaan :
1-700-81-8557

Email :

Koordinat GPS :
2.95716N, 101.76518E

You Might Also Like

1 comments