Promosi Buffet Ramadhan 2017 | Dorsett Kuala Lumpur

12:50 PM


Bismillah,

Lokasi menu berbuka puasa kali masih lagi di sekitar Kuala Lumpur yang mana tak jauh daripada Berjaya Times Square, di sekitar Jalan Imbi iaitu Dorsett Kuala Lumpur. Setelah hampir 2 tahun membuat refurbishing cafe nya, tahun ini Dorsett Kuala Lumpur kembali untuk menyajikan menu hidangan buffet Ramadhan dengan tema Citarasa Malaysia.


Buffet Ramadhan kali ini disajikan di Checkers Cafe yang terletak di tingkat 1 bangunan Dorsett Kuala Lumpur. Cafe ini mampu memuatkan seramai 150 orang tetamu dalam satu-satu masa. Dorsett Kuala Lumpur juga ada menyediakan ruang solat untuk pengunjung dan tetamu yang mana ianya berada di tingkat 2 bangunan.


Tema Citarasa Malaysia kali ini mengetengahkan beberapa menu masakan tempatan yang dijangka mampu menarik minat pengunjung dan tetamu yang hadir antaranya Signature Dish mereka iaitu Sup Ekor, Bubur Lambuk, Nasi Briyani Beserta Kambing Golek 'Kuzi', Sambal Udang Petai, Gulai Nenas Ikan Talang Masin, Ketam Goreng Mentega dan Sotong Tumis Jintan.


Selain daripada itu tidak ketinggalan beberapa menu lain yang akan disajikan dalam buffet Ramadhan Dorsett Kuala Lumpur itu nanti adalah seperti Nasi Kerabu Bunga Telang. Nak tau macamana rasanya? Korang boleh cuba rasa di buffet Ramadhan Dorsett Kuala Lumpur nanti. Memang terbaik. Di sana juga mereka ada menyediakan menu seperti Burung Puyuh Goreng Kunyit Istimewa, Paru Goreng Berlada dan beraneka jenis kerabu.


Apa yang menarik di dalam menu hidangan buffet Ramadhan Dorsett Kuala Lumpur kali ini adalah ada beberapa jenis menu yang dihidangkan panas-panas dan di masak sebaik sahaja mendapat pesanan dari pelanggan seperti Satay, Kambing Bakar dan Yong Tau Fu. Aku suka rasa Satay yang ada di Dorsett Kuala Lumpur. Rasa satay nya tak kosong, ada rasa rempah dan diperap lama. Memang sedap rasanya walaupun tanpa dicicah dengan kuah kacang.


Pencuci mulut yang ada juga beraneka jenis. Anak aku berulang alik ke meja hanya membawa kek, puding dan manisan sahaja. Jangan tak tau di buffet Ramadhan Dorsett Kuala Lumpur ini juga ada menyediakan Serawa Durian. Perghh memang marvellous. Siap ada dodol lagi. Ni bukan dodol keras tu tau. Ni dodol yang boleh tarik memanjang. Tu memang feberet aku, susah nak jumpa melainkan korang ke Melaka.


Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan harga promosi buffet Ramadhan di Dorsett Kuala Lumpur ini, korang boleh membuat tempahan bermula hari ini sehingga 25 Mei 2017 kerana harga yang ditawarkan hanya RM79 nett sahaja untuk dewasa. Manakala selepas tarikh tersebut sehingga 23 Jun 2017, harganya kembali ke asal iaitu RM99 nett sahaja untuk dewasa. Pada aku harganya masih murah dan berbaloi jika hendak dibandingkan dengan lain-lain hotel yang ada menyajikan buffet Ramadhan sekitar Kuala Lumpur.


Jadi untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai menu buffet Ramadhan, sebarang tempahan persendirian atau berkumpulan bolehlah rujuk maklumat yang tertera di bawah.



Dorsett Kuala Lumpur
172, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur

Contact : +603 27161010

You Might Also Like

2 comments

  1. Perghh makanannya semua walla walla wehhh! Memang rugi la kalau tak berbuka kat sini... nyumnyummmm

    ReplyDelete
  2. Perghh... Thorbaek... Suka paru masak belado tu...burung puyoh...kuih muih dia wahhh!!

    ReplyDelete