Promosi Buffet Ramadhan | Berjaya Times Square Hotel, KL


Bismillah,

Salah satu destinasi yang boleh korang jadikan lokasi untuk berbuka puasa dengan keluarga tersayang adalah di The Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel KL. Restoran ini berada di tingkat 14, Berjaya Times Square Hotel dan korang tak perlu bimbang tentang masalah parkir kereta kerana parkir keretanya banyak. Jika tak mahu bersesak dengan keadaan trafik yang tak menentu, korang juga boleh menaiki monorel kerana ia berhenti betul-betul di hadapan Berjaya Times Square.


Tahun ini bertemakan bazaar themed buffet feast, mereka bakal menyajikan lebih daripada 200 hidangan menu berbuka puasa kepada para tetamu yang hadir. Ruang dan persekitarannya yang luas mampu menampung sehingga 200 hingga 250 orang pengunjung dalam satu-satu masa.


Apa yang menarik perhatian pada promosi buffet ramadhan pada kali ini adalah Claypot Kari Kepala Ikan yang disediakan oleh Hotel Sous Chef, Chef Yusoff menggunakan resepi istimewa turun temurun nenek moyangnya yang berasal daripada Kedah. Aku dah rasa sendiri Claypot Kari Kepala Ikan tersebut yang menggunakan ikan merah. Memang terbaik dan pekat. Ikan yang digunakannya juga sangat segar. Kalau korang tak mahu makan dengan nasi, korang boleh cicah dengan lempeng ataupun roti. Superb!


Antara menu-menu yang boleh didapati di bazaar sempena promosi buffet ramadhan di Berjaya Times Square Hotel pada tahun ini adalah seperti Briyani Kambing, Lempeng Kelapa, Ikan Keli/ Cencaru Bakar, Otak-Otak Muar, Murtabak Istimewa, Ayam Goreng Uncle Bakri, Satay dan macam-macam lagi.


Tidak dilupakan juga buffet ramadhan ini juga turut menyediakan menu barat dan Asia seperti Pizza, Pasta, Shwarma, Thai Beef Noodles, Stir Fried Tiger Prawn With Salted Egg Yorks & Oats, Fried Mussel With Chilli & Hot Bean Sauce, Mini Beef Steak With Mushroom Ragout, Salmon Roll Filled With Seafood Mousse On Creamed Spinach, Stir Fried Crab With Basil Leaf dan macam-macam lagi. Kalau nak di list kan memang tak menang tangan sebab banyak sangat.


Sambil korang menjamu hidangan berbuka puasa, korang turut disajikan dengan permainan alat muzik dan dendangan lagu daripada Angklung Balle Balle Band di mana keistimewaan band ini adalah mereka turut memainkan Anglung sebagai salah satu alat muzik mereka.


Promosi Buffet Ramadhan di Berjaya Times Square Hotel ini bermula pada 29 Mei 2017 sehingga 27 Jun 2017, dari 6.30 petang hingga 10.30 malam setiap hari.

Minggu Pertama & Keempat
Dewasa : RM128 nett
Kanak-kanak : RM58 nett

Minggu Kedua & Ketiga
Dewasa : RM138 nett
Kanak-kanak : RM68 nett

*Baucer RM100 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak bagi early bird RSVP

Bagi yang ingin membuat tempahan melebihi 10 meja, harga yang ditawarkan pula hanyalah RM118 nett untuk seorang. Bukan itu sahaja malahan akan diberi satu meja PERCUMA bagi setiap tempahan 10 meja. Bagi yang ingin mengambil tempahan Pakej Mesyuarat, harga bagi setiap seorang adalah RM148 untuk satu hari penuh dan RM158 untuk separuh hari.


Bagi mereka yang berminat untuk mengambil pakej penginapan, harga yang ditawarkan adalah RM428 nett untuk setiap seorang. Pakej itu termasuklah buffet breakfast, satu hari mesyuarat 2x coffee breaks, 1 buffet makan tengahari atau makan malam beserta bilik dan kemudahan mesyuarat yang ada.

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms


Untuk tempahan berkenaan buffet ramadhan dan sebarang pertanyaan, boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah :


Rsvp : +603 21178000

2 Comments