Siemens Melabur 100 Juta Euro di Malaysia


Bismillah,

Siemens yang merupakan syarikat gergasi global dalam rangkaian elektronik kini berhasrat untuk meningkatkan semula kemahiran dan memantapkan urusniaga di rantau Asia dalam bidang digital dengan membuat pelaburan sebanyak 100 juta Euro di Malaysia.


Pengumuman itu dibuat dalam sidang akhbar dan media pada 14 April 2017 yang lalu bertempat di Eastin Hotel oleh Presiden juha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Siemens AG Mr. Joe Kaeser. Turut hadir bersamanya adalah Presiden dan CEO Siemens Malaysia, Mr Prakash Chandran.

Pelaburan tersebut bertujuan untuk meningkatkan keupayaan latihan kepada bakal jurutera dari universiti dan kolej tempatan dalam usaha memastikan pembangunan digital yang dipelopori Siemens dapat diperluaskan dalam negara.

Menurut Mr. Joe Kaeser, Siemens menawarkan urusniaga perkhidmatan dalam menghasilkan perisian untuk perindustrian internet berhalaju tinggi yang akan digunapakai dalam bidang pembuatan contohnya seperti Industrie 4.0. Sumbangan sebanyak 100 Juta Euro juga diagihkan kepada universiti dan kolej tempatan dalam memastikan yang generasi muda dapat belajar, mensimulasikan dan mengaplikasikan dalam dunia maya pembuatan.

Menurutnya lagi Malaysia merupakan negara yang bagus bagi pelabur-pelabur yang berminat untuk mengembangkan sumber-sumber yang ada pada masa yang sama beliau berhasrat Siemens dapat mengorak langkah kehadapan dalam bidang pembuatan dan kemahiran perisian. Justeru itu menjadi harapan syarikat terkemuka Siemens untuk menjadi rakan kongsi pelanggan dan memacu hala tuju universiti dan kolej tempatan dalam mengembangkan teknologi rangkaian internet menggunakan Siemens sebagai branding.

Mr Prakash, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Siemens Malaysia memaklumkan yang setiap tahun Siemens telah melaburkan sekurang-kurangnya 6% dalam penyelidikan dan pembangunan negara setiap tahun sama ada dalam teknologi pengangkutan awam terkini LRT dan MRT. Menurutnya lagi Siemens sentiasa mencari inisiatif dan alternatif lain bersama kerajaan dalam memastikan pembaharuan dapat dilaksanakan dalam setiap bidang menerusi era ekonomi digital.

Gambar sumber isaactan.net

Malaysia beruntung kerana peluang sebegini jarang sekali ada lebih-lebih lagi tumpuan utama Siemens memberi bantuan adalah memberi pendedahan kepada para pelajar universiti dan kolej dalam mempelajari dan menginovasikan rangkaian yang sedia menjadi lebih dinamik dan sistematik di bawah nama Siemens.


0 Comments