6 Tip Penting Sebelum Membeli Aircond Rumah



Bismillah,

Sebelum ini memiliki penyaman udara di rumah dianggap satu kemewahan. Tapi kini penyaman udara sudah dikategorikan sebagai salah satu keperluan untuk kebanyakkan rumah di Malaysia. Terutama sekali untuk rumah yang mempunyai anak kecil dan warga emas.


Dengan lumrah cuaca panas sepanjang tahun di negara kita ini, kadangkala agak mustahil untuk kita berehat dengan selesa, walaupun kipas siling telah dipasang pada kelajuan maksimum. Oleh itu untuk memberi keselesaan kepada seisi keluarga, memasang penyaman udara di ruang tamu dan bilik tidur merupakan idea yang terbaik.

Walau bagaimanapun, tidak ramai pemilik rumah mempunyai maklumat yang jelas tentang cara untuk memilih penyaman udara seperti jenis yang sesuai untuk kegunaan dirumah, kapasiti kuasa kuda (HP) yang bersesuaian untuk saiz ruangan yang berbeza dan sebagainya. Di sini saya kongsikan tip dan garis panduan untuk anda pilih penyaman udara yang terbaik untuk rumah anda.

#1 | Kuasa Kuda (HP) - Apakah Kapasiti HP Yang Diperlukan?

Secara asas, ruangan yang lebih besar akan memerlukan penyaman udara dengan kapasiti HP yang lebih tinggi. Faktor lain yang perlu diambil kira ialah jumlah matahari yang masuk ke ruangan itu pada waktu siang. Bilik yang mendapat banyak pencahayaan terus kebiasaanya akan memerlukan penyaman udara dengan HP yang lebih tinggi untuk menurunkan suhu di ruangan itu dengan efektif.Ini adalah garis panduannya:


Sebelum membeli penyaman udara, dapatkan nasihat daripada pakar dalam bidang penyaman udara. Mereka akan bantu anda untuk melakukan penilaian dan memberi cadangan tentang pilihan dan kapasiti penyaman udara yang terbaik untuk setiap ruangan di rumah anda.

#2 | Jenis Penyaman Udara Apa Yang Sesuai Untuk Rumah Anda?

Penyaman udara jenis unit pisah (split unit) yang digantung di dinding sering digunakan di kebanyakkan rumah. Setiap set penyaman udara jenis ini akan datang dengan satu unit luar (kompresor) dan satu unit dalam. Unit dalam haruslah dipasang pada ketinggian 7-8 kaki bagi bilik yang mempunyai ketinggian siling 10 kaki. Jadi, untuk bilik yang mempunyai ruang di bahagian atas dinding, penyaman udara jenis ini ialah pilihan yang terbaik.

Penyaman udara jenis kaset juga sesuai untuk kegunaan rumah, terutama sekali untuk rumah yang mempunyai kawasan yang jarak antara lantai ke siling melebihi 10 kaki. Setiap set penyaman udara jenis kaset akan datang dengan satu unit luar (kompresor) dan satu unit dalam. Unit dalam akan digantung di siling rasuk (ceiling beam), iaitu di bahagian belakang siling plaster dan hanya panel yang nipis sahaja akan kelihatan. Bahagian yang tersorok dibelakang siling plaster biasanya setebal 700mm. Oleh sebab itu, penyaman udara kaset ini sesuai dipasang di ruang tamu yang mempunyai kawasan ‘void’ yang sangat tinggi atau di bilik loteng.

Selain itu, anda juga perlu tahu tentang perbezaan antara penyaman udara jenis “inverter” atau “non-inverter”. Unit jenis “inverter” akan beri lebih penjimatan untuk jangka masa panjang.


#3 | Adakah Cara Penggunaan Akan Mempengaruhi Jenis Penyaman Udara Yang Akan Dibeli?

Sudah tentu!

Untuk rumah yang sentiasa kosong pada waktu siang, tidak ada salahnya jika anda melabur untuk penyaman udara yang mempunyai HP yang lebih tinggi. Ini adalah kerana penyaman udara dengan 2HP akan mengambil masa yang lebih singkat untuk menyejukkan sesuatu ruang berbanding penyaman udara dengan 1.5HP. Jadi, anda dapat berasa selesa dengan lebih cepat setiap kali pulang dari kerja.

Bagi rumah yang sentiasa mempunyai orang di rumah pada waktu siang, ciri utama yang perlu diberi perhatian adalah tahap kecekapan tenaga (energy efficiency) untuk penyaman udara itu menyejukkan sesuatu ruang. Suhu yang selesa bukanlah terlalu sejuk sehinggakan anak anda perlu pakai selimut semasa tidur petang, tapi cukup selasa untuk dia melakukan aktiviti di dalam rumah. Ciri lain yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada penyaman udara tersebut mempunyai kualiti penjimatan elektrik yang tinggi. Ini adalah kerana penyaman udara tersebut akan dipasang lebih 12 jam setiap hari.

#4 | Apakah Cara Untuk Memastikan Yang Penyaman Udara Itu Jimat Tenaga?

Semak bilangan bintang yang tertera pada penyaman udara itu!
                                                   Dipetik daripada laman web Suruhanjaya Tenaga

All manufacturers and importers of the following products: television, refrigerator, domestic fan and air conditioner, must affix the Energy Efficiency Label onto the products before it can be sold to the customer.”

 Ini adalah contoh “Energy Efficiency Label”


Sebelum membuat pembelian, semak bilangan bintang yang tertera pada label tersebut. Lebih banyak bintang bermaksud lebih penjimatan elektrik.

#5 | Apakah Fungsi Yang Paling Berguna Pada Alat Kawalan Jauh Penyaman Udara?

Fungsi yang paling penting sudah tentu butang ON/OFF. Jika alat kawalan jauh tersebut tidak mempunyai fungsi ini, anda terpaksa menggunakan tangga untuk panjat dan tekan butang ON/OFF secara manual pada unit dalam penyaman udara tersebut (dan sesetengah jenama penyaman udara tidak mempunyai butang manual ini!).

Kini terdapat terlalu banyak jenama dan versi penyaman udara yang sentiasa diperbaharui dengan pelbagai jenis fungsi baru. Tetapi secara asasnya, ini adalah senarai ringkas fungsi pada alat kawalan jauh yang perlu anda ketahui:

Kawalan Suhu (Temperature setting)
Fungsi ini digunakan untuk set suhu yang sesuai. Suhu yang paling rendah ialah 16°c dan paling tinggi  30°c.

Kelajuan Kipas (Fan speed)
Tentukan kelajuan kipas sama ada perlahan, sederhana, laju atau automatik, bergantung kepada suhu bilik serta suhu yang telah disetkan pada penyaman udara tersebut.

Pemasa (Timer) ON/OFF
Setkan waktu penyaman udara tersebut untuk ON atau OFF secara automatik. Fungsi ini amat berguna jika anda mahu pulang ke rumah yang nyaman setelah terperangkap dalam kesesakan lalulintas selama dua jam!

Mod Tidur (Sleep mode)
Tukar ke mod ini sebelum anda tidur dan penyaman udara itu akan ON dan OFF secara automatik apabila ruang tersebut sudah mencapai suhu yang dikehendaki.

#6 | Berapa Kerap Penyaman Udara Perlu Diservis?

Jika anda telah pun membeli penyaman udara, semestinya ianya perlu dijaga dengan baik supaya dapat tahan lebih lama dan untuk mengelakkan pembaziran. Servis berkala akan dapat meningkatkan kadar kecekapan (efficiency) penyaman udara. Menurut pakar, setiap tahun kadar kecapan penyaman udara akan turun 5% jika tidak diservis. Jika penyaman udara itu tidak diservis selama tiga tahun, kadar kecekapannya akan turun 15% dan seterusnya akan memberi kesan pada prestasi dan jangka hayatnya.

Selain itu servis berkala juga akan memastikan penyaman udara itu sentiasa berada dalam keadaan balik. Sebarang kerosakan kecil boleh dibaiki dengan segera sebelum menjadi lebih teruk dan lebih mahal untuk dibaiki. Menurut kajian, servis berkala dapat memastikan penyaman udara tersebut berada pada kadar kecekapan 95% seperti asal dan membantu untuk menyahlembapkan (dehumidify) rumah anda.


Di Recommend.my, anda boleh mendapatkan perkhidmatan daripada lebih 170 pakar untuk kerja membaikimemasang dan melakukan servis untuk alat penyaman udara. Hantar borang permohonan dan kongsi maklumat tentang perkhidmatan yang anda perlukan dan pihak Recommend.my akan dapatkan pakar yang sesuai untuk anda.


26 Comments

  1. umah cik timm ni klau psang aircond memang xsejuk sejuk la umah ni, byk lubang, hehe..

    ReplyDelete
  2. nice sharing info afzal...jemput blogwalking www.blogaqiem.com

    ReplyDelete
  3. Tq atas sharing yg berguna ni

    ReplyDelete
  4. Sy baru pasang aircond York inverter 1.5 dlm bilik..tp Sgt lmbt sejuk.dn rasanya mmg x mcm yg sy jangkakan.x sejuk mcm Kita nak. Alasan org yg buat tu, paip sedia ada besar Sgt.sesuai utk aircond 2.5. Ye ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk jugak... time siang matahari pnya cahaya asik tembak ke bilik...mmg lmbt sejuk.. bilik tu selalu kena cahaya matahari ke? Panggil balik installer yg pasang tu.. baru lg.. ade waranty... cari no fon dia.. kalau tk jmp... pergi kedai masa mula2 beli tu.. suruh org kedai tu bg no fon installer yg pasang aircond awk tu.. suruh dia tgk.. jgn la diamkan hal ni.. kita ade hak... surat waranty pon mesti ade simpan kn? Bnda tu baru lg... kalau ptot tukar paip... suruh dia tukar...kalau dah setel nanti masa on aircond tekan suhu sampai 20.. biarkan running dlm stengah jam atau sejam... check balik aircond tu.. ada yg tk kena tu... jgn diamkan... saya pakai aircond samsung triangle inverter 1.5hp... dah 3 tahun 4 bln pakai... start dari beli hari2 on taw.. 18 jam running hari2.. kdng2 tk ttop sampai 3 hari.. bill elektrik srbulan baru 80 atau 100

      Delete
    2. jimat la klo mcm tu...aircond ape awk pki?sye x brni nk pki aircond tkut bill byk.

      Delete
  5. Check btol2.. kalau bnda baru ade waranty.. suruh dia buat btol2... check btol2.. kalau ptot tukar paip..suruh dia tukar baru.. nak cpt sejuk pakai mode turbo.. setkan suhu 20... biarkan running 1 jam.. pastu tekan butangcturbo.. mmg sejuk kaw2.. inverter ok.. mmg jimat elektrik.. jaga servis.. 1 tahun kalau kerap guna.. kena 2,3 kali servis.. kalau bilik atau kawasan pasang aircond tu byk habuk.. mmg cpt kotor.. filter cpt kotor.. blower dlm yg pusing bg angin kuar tu cpt kotor... ini pengalaman saya la.. kalau time hujan petir dentam dentum.. baik ttop aircond.. mcm midem internet streamyx la.. kena tmbk petir rosak wwwooooo.. aircond kena petir naya wwwooooooo.... PC BOARD rosak.. mahal wooooo... receiver board.. control board.. mahal... tkot tk blh klaim waranty.. naya ja.. melayang duit poket.. servis biasa1.5HP dlm 70,80..kalau cuci overhaul servis guna chemical dia barai satu2 harga dlm 180 ke 220 tgk tmpt.. tgk orang la

    ReplyDelete
  6. Artikle ini dari - recommend.my/blog/6-air-conditioner-tips

    ReplyDelete
  7. Klu ruang tamu saya tggi 10kaki..lebar 20kaki brp hp yg ok

    ReplyDelete
  8. Jika saiz ruang tamu 10kaki tggi dan lebar 20kaki..brp hp yg sesuai

    ReplyDelete
  9. En..maaf..tumpang tye..ad x air cond yang disekalikan dengan air purifier?

    ReplyDelete
  10. As salam.. jika panjang ruang tamu 39f, lebar 14f , tinggi 10f , berapa HP kah aircond yang perlu di gunakan ? Thank you in advance.

    ReplyDelete
  11. Betul ke sekiranya aircond sesekali saja buka boleh cepat rosak...
    Saya ada bina rumah di kg, tetapi 3@4 minggu sekali balik baru nk on aircond....boleh bg penjelasan...tq

    ReplyDelete
  12. Nak tanya..betul ke inverter mahal/payah sparepart kalau rosak?..plan nak yg pasang yg inverter tapi ada kwn bgtau camtu

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing. Sangat informative. Jemput blog walking di sini ye : sakinahms.blogspot.my

    ReplyDelete
  14. Thanks for this great post, i find it very interesting and very well thought out and put together. I look forward to reading your work in the future. See Instagram photos and videos from 'Gramho' hashtag.

    ReplyDelete
  15. Inverter dgn 5☆ sama fungsi ke ??? Kdng² keliru ..

    ReplyDelete
  16. wahhhh maklumat yang terbaik, terima kasih bang.. kalau nak servis yang terbaik dan mmurah tekan la sini Servis Aircond Murah Shah Alam

    ReplyDelete
  17. Baru faham apa fungsi hp tu. Terima kasih kerana bagi ilmu yg berguna

    ReplyDelete
  18. Aircond electrolux rosak..naik pada screm aircond F2..dimana sy bole baiki aircond electrolux 2.0

    ReplyDelete
  19. Sebelum membeli Acond kita kena faham fungsi sebenar Acond Rumah ini sebab dia berbeza Acond Portable dan Acond Kereta.. ibarat pepatah Melayu berkata kata..menang membeli puas menguna kan nya..Terimakaseh di atas info yg berguna ini..☺👍

    ReplyDelete
  20. Thank you Afzal share info yang sangat bermanfaat 😍

    ReplyDelete