6 Tips Kurus Sebelum Menjelang Hari Raya

11:16 AM


Bismillah,

Pejam celik tak sampai sebulan lagi bakal masuk bulan Ramadhan. Selain bulan untuk beribadat dan menambahkan amalam, sesetengah masyarakat menganggap bulan Ramadhan sebagai bulan untuk merealisasikan misi kurus mereka. Tapi jangan tak percaya jika aku katakan rata-rata kenaikan berat badan berpunca daripada bulan Ramadhan juga. Mana taknya setiap hari dok beli pelbagai jenis juadah di bazaar Ramadhan macam tak pernah jumpa makanan.

ihsan Google

Jadi untuk tahun ini aku mengambil langkah awal bagi mengelakkan berat badan aku naik sewaktu menjelang Ramadhan yang bakal tiba nanti. Ini sebagai latihan dan persediaan. Mana lah tau bila berdepan dengan juadah berbuka yang pelbagai, aku jadi lupa diri haha. Jadi kat sini aku kongsikan beberapa tips supaya korang mampu mendapatkan berat badan ideal sebelum raya nanti.

#1 | Sangkut Baju Raya
Memandangkan aku dah beli kurta dan saiznya muat-muat badan aku je, jadi aku harap ia dapat beri semangat dan sentiasa guide aku sekiranya aku lupa diri (makan sampai lupa diri). Bila rasa berat badan dah naik, cuba kawal pemakanan. Kurangkan makan malam dan tidak mengambil makanan secara berlebihan. Almaklumlah badan aku sangat mudah naik.

#2 | Banyakkan Minum Air Masak



Pentingnya pengambilan air masak ni adalah kerana ia mampu melarut dan menukarkan lemak tepu dalam badan. Lagipun secara tak langsungnya ia dapat melancarkan fungsi organ dalam badan seperti usus dan jantung.

Air masak mudah diserap masuk terus ke salur darah dan mampu mengimbangi kepekatan darah dalam tubuh. Almaklumlah kita ni bukan jenis yang kuat bersenam, jadi perbanyakkan lah meminum air masak ya. Boleh minum air manis tapi selang-selang lah dengan pengambilan air masak.

#3 | Makan Dalam Kuantiti Yang Sedikit



Bila tiba bulan Ramadhan nanti, tolong ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Kita mungkin lapar dan haus tapi jangan lupa kita punya tempoh 30 hari dalam bulan puasa.

Jika korang nak rasa pelbagai jenis makanan, pastikan setiap jenis diambil dalam kuantiti yang kecil. Maka dalam pinggan korang mampu mengumpul 5 ke 7 jenis makanan sekaligus. Lagipun kalau dengan pengambilan yang kecil, korang boleh makan berulang ulang kali. Tak gitu?

#4 Kurangkan Minum Minuman Berais

Aku tak pasti korang macamana, tetapi pada aku minuman berais memang menggemukkan aku. Tak tau sebab apa. Minuman berais yang aku maksudkan ialah minuman dangan ais batu, bukan minuman sejuk. Perut aku mudah mengah dan dalam sekelip mata aku rasa perut aku jadi berlipat atau kembung. Kalau haus sangat, ambil saja air sejuk tanpa ais ye.

#5 | Pengambilan Supplement Tambahan



Untuk mereka yang tiada masa untuk bersenam sewaktu bulan Ramadhan nanti, aku cadangkan korang untuk ambil supplement tambahan. Ada banyak supplement tambahan untuk kurus yang ada dijual di farmasi atau online. Tetapi korang kena pastikan yang supplement tambahan yang korang ambil tu disahkan selamat oleh KKM dan mendapat pengiktirafan Halal oleh JAKIM ye.


Macam aku sekarang aku tengah ambil supplement Apple Fiber Plus sebab aku lihat banyak testimoni daripada pengguna yang mengatakan keberkesanan produk ni. Lagi satu produk ni ada pengesahan Halal dari JAKIM dan disahkan selamat oleh KKM.

Sebotol Apple Fiber Plus cukup untuk sebulan, sebiji pagi dan sebiji malam. Bila aku amalkan Apple Fiber Plus ni, aku kerap buang air kecil dan selera makan aku berkurang. Dalam tempoh 2 minggu memang nampak perbezaannya lebih-lebih lagi bila aku ambil sekali dengan losyen Apple Fiber Plus. Tapi losyen ni aku pakai sebelah malam je sebelum tidur. Losyen ni lebih panas berbanding losyen yang pernah aku cuba di pasaran.

Jadi kesannya memang jelas ketara pada bahagian yang korang sapu. Kalau aku, aku sapu di bahagian pinggang. Lagipun berat badan aku turun sebanyak 1 ke 3 kg sejak aku amalkan pengambilan Apple Fiber Plus ni walaupun aku tak exercise macam orang lain.

Ye la bulan Ramadhan kan, siang kerja malam tarawih. Nak buat petang kang haus plak. Jadi pengambilan supplement tambahan untuk kurus macam Apple Fiber Plus ni amat wajar.

#6 | Jangan Tidur Atau Baring Selepas Makan

Kebiasaan bila kita dah terlalu kenyang, mula lah kita nak bertukar jadi ular sawa. Melingkar depan tv. Jangan buat macamtu. Pastikan makanan turun dahulu. Duduk dalam tempoh 15 ke 30 minit dahulu selepas makan. Jika kita baring atau tidur dalam kekenyangan, tak mustahil makanan yang belum sempat dihadam akan dimuntahkan kembali.


Ok itu sahaja antara tips kurus yang boleh aku kongsikan. Sebenarnya ada banyak lagi tips lain, mungkin lain kali. Tak semua orang perlu amalkan tips ini untuk kurus. Malah ada je orang yang makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. Itu kerana faktor keturunan dan tahap metabolisme badan masing-masing.

Jadi bagi kita yang senang naik tetapi susah nak turun berat badan, jom la kita sama-sama amalkan tips yang aku kongsikan tadi. Yang penting hati kena kuat, sama ada korang nak kurus bergaya time raya nanti atau gembira melihat gambar sendiri makan ruang yang besar di dalam photo keluarga dan rakan-rakan.

Oh yang pasal supplement yang aku cerita dekat atas tadi korang boleh dapatkan di website applefiberplus.com atau korang whatsapp Wanda. Wanda ni ok kalau korang nak tanya apa-apa tips atau cara nak kuruskan badan dengan cepat Wanda akan tolong. Ini nombor Wanda untuk korang


Yakin dan percaya, insyaAllah kita boleh kurus menjelang raya tahun ni.


You Might Also Like

4 comments

  1. i like tips #1.
    tapi tu la, baju lom siap :)

    ReplyDelete
  2. ais susah la nk tinggal..nk2 cuaca panas hehe

    ReplyDelete
  3. Yang no3 dan 4 tu yang susah nak kawal.. hehehe
    Supplement tu okay ke Afzal?

    ReplyDelete