Lokasi Dan Tempat Makan Menarik Di Sepanjang Jalan Persekutuan Ke Selatan


Bismillah,

Teringat masa aku kecik-kecik dulu bila time hujung puasa, abah aku mesti akan balik kampung ikut jalan persekutuan atau jalan dalam sebab kami dapat menikmati suasana kampung. Time nak raya plak tu, kompom aku boleh tengok orang kampung pasang pelita di sepanjang jalan. Boleh lihat kanak-kanak sebaya aku bermain bunga api dan jika penat memandu, abah akan singgah ke warung-warung yang ada di sepanjang jalan.


Jadi hari ni aku nak kongsikan beberapa lokasi dan tempat makan menarik di sepanjang jalan persekutuan atau lebih dikenali sebagai jalan dalam. Dulu dan sekarang banyak perbezaannya. Sekarang jalan persekutuan lebih besar dan cantik, tidak lagi seperti zaman aku dulu berliku-liku, tak rata dan kecil. Ini adalah perjalanan aku dari Kajang - Melaka - Johor.

Hari Pertama : Kajang Ke Melaka
Dari Kajang korang boleh Melaka dengan melalui Negeri Sembilan sebagai perantaraannya. Dari Kajang ke Beranang. Kemudian ke Senawang, Pedas, Rembau, Simpang Ampat, Lubok China, Masjid Tanah, Alor Gajah, Klebang dan Bandar Melaka. Di sepanjang perjalanan ini, banyak lokasi dan tempat makan yang sempat aku kunjungi.

Satay Kajang Haji Samuri


Siapa yang tak kenal Haji Samuri, pemilik francise Satay Kajang yang terkenal di Malaysia. Kalau korang singgah ke Kajang, jangan lupa untuk mencuba keenakan satay Kajang nya itu. Kuahnya pekat dan isi sataynya juga tebal.


Rembau Crystal, Rembau



Di sini korang boleh melihat sendiri bagaimana produk yang berasakan kristal dibuat. Ada pelbagai jenis bentuk dan corak boleh korang temui dan boleh juga dibeli untuk dijadikan hadiah. Rembau Crystal ini terletak di daerah Rembau, Negeri Sembilan.

Asam Pedas Melaka


Seterusnya bila tiba di negeri Melaka, tak sah kalau korang tak mencuba sendiri keenakan asam pedasnya. Melalui jalan persekutuan ini, terdapat banyak warung dan restoran yang menyediakan menu asam pedas Melaka. Aku sempat mencuba beberapa menu kombinasi setibanya aku di Melaka seperti asam pedas ikan pari, gulai lemak nangka, sambal belacan, ikan masin dan ulam-ulaman. Perghh memang terbaik.

Muzium Kapal Selam, Klebang


Dari jalan persekutuan merentasi lebuhraya AMJ, korang akan tiba di Klebang, Melaka. Di sini ada banyak lokasi menarik yang boleh menjadi tumpuan pengunjung antaranya Muzium Kapal Selam. Ia merupakan kapal selam lama dan kini dijadikan muzium untuk tontonan pengunjung yang datang. Korang boleh masuk dan melihat sendiri ke dalam kapal selam tersebut. Selain daripada itu, korang juga boleh bergambar dengan pesawat-pesawat terbang lama yang turut dipertontonkan di sana.


Coconut Shake Original, Klebang


Selain daripada Muzium Kapal Selam, korang juga boleh mencuba salah satu menu terkenal di sini iaitu Coconut Shake Klebang. Di sini sudah tak asing lagi dengan kesedapan coconut shake nya. Jadi rugilah kalau korang dah datang ke sini tetapi tidak mencuba rasa sendiri kan?

Kuih Keria Antarabangsa, Limbongan


Selain Coconut Shake Klebang, kuih keria antarabangsa yang terdapat di Limbongan juga sangat popular di sini. Aku dapat melihat sendiri orang ramai beratur panjang untuk membeli kuih keria ini. Isi dalamnya lembut manakala bahagian luarnya disalut dengan gula Melaka, sangat rapuh bila digigit.

Swiss-Garden Hotel, Melaka


Bila badan mula merasa penat, aku mengambil peluang untuk berehat du salah sebuah hotel yang terdapat di bandar Melaka iaitu Swiss-Garden Hotel, Melaka. Ia merupakan salah sebuah bangunan tertinggi yang ada terdapat di Melaka dengan tingginya mencecah 30 tingkat. Hotelnya baru dan turut menyediakan fasiliti yang menarik seperti kolam renang, gim dan banyak lagi. Selain daripada itu permandangannya juga cantik kerana aku dapat melihat Sungai Melaka dari tingkap hotel.

Ada cara lagi senang sekiranya korang ingin menempah bilik hotel bila nak travel macam aku ni. Mudah saja dengan aplikasi Traveloka kerana portal tu menyenaraikan hotel-hotel dengan rate terendah. Jom jadi bijak macam aku hahaha.


Restoran Melayu Melaka


Bila menjelang malam, aku dan rakan yang lain menjamu selera di Restoran Melayu Melaka, tidak jauh dari Swiss-Garden Hotel. Korang boleh memesan menu untuk program berkumpulan ataupun alakat. Di samping menjamu selera, korang boleh melihat keindahan malam di tepian sungai Melaka dan warna-warni bandar Melaka.

River Criuse, Sungai Melaka


Seusai menjamu selera, aku dan rakan berminat untuk mencuba menaiki River Criuse iaitu salah satu aktiviti mengelilingi Sungai Melaka. Dengan menaiki River Cruise, aku dapat melihat tapak-tapak warisan lama Melaka, Kampung Morten, rumah Melaka lama, lukisan mural pada dinding-dinding bangunan dan macam-macam lagi.

Aku kembali ke Swiss-Garden Hotel lewat 12 tengah malam dan aku perlukan rehat yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan ke Johor melalui jalan persekutuan pada keesokan harinya.

Hari Kedua : Perjalanan Dari Melaka Ke Johor


Dari Melaka, melalui jalan persekutuan atau jalan dalam aku akan melewati Umbai, Serkam, Merlimau, Muar, Batu Pahat, Parit Jawa, Kukup dan Tanjung Piai. Melalui jalan ini, aku nak kongsikan beberapa lagi tempat menarik yang ada di sepanjang jalan dalam.


Kopi 434 Tangkak



Aku diberitahu yang kopi 434 ini sebenarnya terkenal di Muar, Johor tetapi tak sangka kopi 434 ini juga boleh ditemui di daerah Tangkak, Johor. Patutlah kopi ni terkenal sebab rasanya pekat tapi tak terlalu pahit. Dapat plak cicah dengan roti bun gebu gebas macam ni. Makan time hujan memang asyik sangat ni haha.


Mee Racun, Batu Pahat


Setibanya aku di Batu Pahat, aku berhenti untuk menjamu selera kerana aku diberitahu Mee Racun sangat popular di sana. Aku nak tau adakah Mee Racun Batu Pahat sama dengan Mee Racun yang pernah aku makan di Melaka suatu masa dulu. Rupa-rupanya Mee Racun di Batu Pahat seperti mee rebus atau mee jawa, tak berapa pedas tetapi yang menariknya ada tulang gear box huhu. Bagi penggemar tulang gear box, aku sarankan korang cuba rasa Mee Racun ni ye.


Dah makan Mee Racun, sempat plak aku makan Ubi Rebus cicah sambal dan ikan masin. Perghh inilah menu paling rare dan paling superb sepanjang hidup aku hahaha.

Briyani Gam Batu Pahat
Tak sah kalau korang tiba di Batu Pahat tetapi tidak mencuba menu tradisi daerah ini iaitu Briyani Gam. Korang boleh mencuba beberapa variasi menu yang ada antaranya Ayam Madu, Ayam Masak Merah, Kari Kambing, Daging Lembu Masak Hitam dan banyak lagi. Tapi setau aku paling popular adalah Nasi Briyani Gam Kambing. Perghh marvellous!

Tanjung Piai, Johor


Aku akhirnya tiba di hujung semenanjung Malaysia iaitu di Tanjung Piai. Aku menjamu selera iaitu makan tengahari di Tanjung Pian Resort. Di sini aku dapat mencuba pula rasa asama pedas johor. Rasanya memang lain, ada rasa masam sedikit. Kalau tak salah aku asam pedas Johor mengunakan bunga kantan manakala asam pedas Melaka menggunakan daun kesum. Kalau tak silap aku la. Permandangan laut di sekitar Tanjung Piai juga cantik.


Taman Negara Tanjung Piai


Sesudah menikmati makan tengahari, aku bergerak ke lokasi seterusnya yang terletak tak jauh dari situ iaitu Taman Negara Tanjung Piai. Di sini korang boleh melihat habitat yang ada di hutan paya bakau. Di sini juga merupakan penghujung selatan tanah besar Asia jadi korang boleh nampak sendiri tanah besar Singapura dari sini.


Pisang Goreng Restoran Mawar, Johor


Menjelang petang, kami singgah minum petang di Restoran Mawar untuk mencuba sendiri menu Laksa Johor dan Pisang Goreng Sambal Kicap. Perghh sedapnya tak terkata. Lebih-lebih lagi bila mana lokasi itu sendiri terletak di hadapan stadium latihan pasukan JDT. Aku sempat lah snap beberapa keping gambar untuk simpanan sendiri. Ye la kagum melihat bentuk stadium yang megah itu.


Kami akhirnya tiba di hotel untuk makan dan berehat sebelum meneruskan perjalanan pulang pada esok hari melalui jalan persekutuan atau jalan dalam.




Hari Ketiga : Johor ke Kuala Lumpur

Untuk hari terakhir ini perjalanan kami bermula dari bandaraya Johor Bahru menuju balik ke Tangkak dengan melalui Kulai, Simpang Renggam, Ayer Hitam, Yong Peng, Muar, Tangkak dan masih mengikuti jalan dalam iaitu jalan persekutuan.

Beli Belah di Ayer Hitam


Perjalanan kami berhenti sebentar di pekan Ayer Hitam kerana di sini korang boleh membeli belah pelbagai jenis barangan, hiasan, pasu, kerepek dan bahan makanan. Kawan aku sempat membeli telur pindang yang dipesan oleh orang tuanya. Harga telur pindang di sini cuma RM1.20 berbanding RM3 yang dijual di Kuala Lumpur. Aku pula belikan kerepek dan anak patung untuk anak aku. Kerepek di sini murah-murah dan ada banyak jenis. Tentu rambang mata korang kalau tiba di sini.

Kari Kambing 40 Hari, Yong Peng


Tak jauh dari Ayer Hitam dalam lingkungan 5 ke 10 km, kami berhenti sekali lagi untuk makan tengahari. Kali ini aku taknak terlepas lagi untuk mencuba Kari Kambing 40 Hari kerana kebiasaan aku tiba di sini hari minggu, terlalu ramai orang yang datang dan beratur. Walaupun aku datang hari biasa (Selasa) orang tetap kelihatan ramai dan restoran itu memang tak putus-putus dengan pengunjung.


Menu ini dihidang di dalam dulang dan satu dulang untuk 4 orang makan. Harganya cuma RM45/dulang. Murah kan? Mereka menggunakan nasi Arab bersama kari kambing yang pekat dan 4 ketul ayam bagi mereka yang tak makan kambing. Rasanya memang terbaik dan aku akan repeat sekali lagi nanti bersama keluarga aku.


Soto, Muar


Bila tiba di Muar, kami sekali lagi berhenti di warung untuk menjamu selera. Aku pekena soto yang mana menu ini sememangnya terkenal di Johor. Kalau ikutkan Muar terkenal dengan Mee Bandung Muar nya tetapi tekak aku teringin nak makan Soto plak. Ada banyak menu lain yang boleh korang temui di sini seperti otak-otak dan juga Mee Udang.


Aku juga sempat makan durian Musang King sebagai pencuci mulut sebelum bergerak meninggalkan Johor menuju ke Kuala Lumpur. Perjalanan 3 hari itu aku rasakan sangat singkat kerana aku percaya banyak lagi lokasi dan tempat makan menarik yang boleh korang kunjungi jika korang memilih untuk mengikuti jalan persekutuan atau jalan dalam.

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms

Jadi aku cadangkan balik raya nanti apa kata korang lalu jalan dalam. Kembalikan memori kita zaman kanak-kanak dulu selain dapat mengajar anak-anak kita tentang budaya desa dan menu makanan tradisi yang ada di kampung-kampung.

Seronok sebenarnya ikut jalan persekutuan weh hahaha.


0 Comments