'> Makan dan Pengsan di Gula Petite, IOI City Mall Putrajaya | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Monday, May 1, 2017

Makan dan Pengsan di Gula Petite, IOI City Mall Putrajaya


Bismillah,

'Aku kat mana ni? '

Aku pandang sekeliling. Ada bangunan kek di sebelah kanan, sungai coklat di bawahnya dan ada hutan pastri di hadapan aku. Aku cubit pipi. Rasa sakitnya. Aku tak mimpi.


Aku turun ke dataran muffin. Melantun-lantun aku sekejap sebab gebu ya amat. Aku nampak dinding brownies, nampak sedap dan menyelerakan. Bila aku gigit terus melimpah keluar coklat dari dalamnya. Aku terkejut. Aku cuba tutup dengan tangan tapi tak mampu. Aku cecepat jerit minta tolong.

'Tolong!! Tolong!!'

Tiba-tiba..


'Eh abang dah kenapa? Abang ok tak?', sapa puan isteri. Aku terkejut. Rupanya aku mengelamun. Aku masih lagi berdiri di hadapan Gula Petite Cafe dan memegang sepotong brownies.


Efek gigitan brownies aku tadi dah serupa macam jalan cerita komik Yakitake dah hahaha. Kalau korang ikuti komik tu mesti korang tau dan faham bila mana kek atau pastri yang dihasilkan sangat-sangat sedap.


Eh serius lah Afzal. Yeah, what can I say. This is magnificient! Apsal sedap sangat. Rasa nak nangis. Korang boleh bayangkan rapuhnya luar brownies tu, tetapi dalamnya melting dengan coklat. Aduhai..


Actually aku hadir untuk rasai sendiri kek dan pastri yang ada dijual di Gula Petite Cafe yang terletak di Tingkat 1, IOI City Mall Putrajaya sempena majlis perasmian Gula Petite Cafe dan pelancaran Buku Nota Resepi. Kafe ini betul-betul terletak di hadapan ice ring IOI City Mall Putrajaya.


Gula Petite Cafe telah dirasmikan oleh Dato' Husni Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU pada 30 April 3017. Menurut pengasas dan pemilik Gula Petite Cafe Nor Areini Adriena Binti Mohd Ritzal, Gula Petite Cafe berkonsepkan mini kafe yang memberi fokus kepada jualan aneka jenis kek, pastri, sandwich serta minuman panas dan sejuk.


Ini merupakan cawangan kedua selepas setahun enam bulan kafe Gula Cakery beroperasi di Kota Kemuning. Bukan setakan kek dan pastri sahaja malahan pengunjung juga diberikan beberapa menu pilihan lain antaranya Nasi Tomato Ayam Merah, Creamy Carbonara dan Grilled Chicken Chop. Jadi korang boleh pilih sama ada nak makan kek atau menu berat. Terpulang tapi yang penting kedua-duanya best!


Setiap hari sebanyak 13 jenis kek disajikan di Gula Petite Cafe dan setiap kek akan ditukar setiap minggu untuk memberi kepelbagaian kepada pengunjung yang hadir. Antara killer menu yang terkenal adalah Kek Pandan Gula Melaka, Double Chocolate Nutella, Pavlova dan Choux Pastries. Pada acara pembukaan kafe ini juga telah dilancarkan buku Nota Resepi istimewa yang turut memuatkan beberapa jenis resepi 'signature' kafe tersebut. Harganya cuma RM85 sahaja tetapi korang boleh dapatkannya pada harga RM75 sekiranya menjadi pembeli terawal.


Jangan risau kerana pengunjung juga boleh mendapatkan harga promosi dan diskaun sekiranya membeli pada hari-hari tertentu. Bawa keluarga dan kengkawan untuk mencuba sendiri penangan kek dan pastri yang ada di Gula Petite Cafe, IOI City Mall Putrajaya. Pada aku kek dan pastrinya memang terbaik. Masakan Vivy Yusof pon recommend keknya di ruangan IG dan kerana itu salah satu pastrinya diberikan nama Vivy hehe.


Kalau nak cuba rasa dan pengsan, boleh datang ke Gula Petite Cafe, IOI City Mall Putrajaya ye. Jangan mengigau dah la ye hahaha.





4 comments:

  1. Sedapnya tgk smua dessert tu yummm

    ReplyDelete
  2. Afzal pakai kamera apa..cantik2 la gambar..Beli DSLR ke?

    ReplyDelete
  3. Adoi.. yang baca nie pun meleleh air liur dibuatnya... semuanya nampak sangat ohsem..

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com