Promosi Buffet Ramadhan 2017 | Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur


Bismillah,

Kali ini aku nak kongsikan lokasi ke 8 buffet Ramadhan yang boleh menjadi pilihan korang tahun ini. Lokasinya masih lagi di sekitar Kuala Lumpur iaitu Flavors Restaurant, Swiss Garden Kuala Lumpur. Hotel ini terletak tak jauh daripada Plaza Rakyat kira-kira dalam 500 meter sahaja. Jadi korang punya pilihan sama ada nak naik kereta ataupun naik LRT dan turun di Plaza Rakyat.


Buffet Ramadhan di Swiss Garden Hotel ini bermula pada 27 Mei 2017 sehingga 24 Jun 2017 dan bertempat di Flavors Restaurant yang terletak di tingkat 1 hotel. Tema buffet Ramadhan Swiss Garden Hotel pada tahun ini adalah Citarasa Kampung dimana lebih 100 jenis menu terkenal masakan Melayu dan tempatan akan disajikan sepanjang bulan Ramadhan ini.


Menu-menu buffet Ramadhan yang disajikan di Swiss Garden Hotel pada tahun ini merupakan idea daripada Chef Yusoff Salleh iaitu Hotel's Malay Sous Chef. Kepakarannya dalam menu masakan Melayu dan tempatan terbukti dengan menghasilkan beberapa menu-menu popular masyarakat Malaysia antaranya Nasi Kerabu, Gulai Tulang Rusuk Lembu, Ikan Patin Masak Tempoyak, Asam Pedas Melaka, Sambal Udang Petai, Kerabu Tembikai, Bubur Lambuk Burung Unta, Rendang Tok, Puyuh Goreng Berempah dan pelbagai lagi.


Selain daripada itu, beberapa gerai juga turut dibuka yang mana menyajikan menu makanan lain antaranya seperti Arabic Roasted Lamb, Chicken Shawarma, Noodle Stall, Cendol Tapai Pulut, Nasi Bukhari, Satay, Grilled Fish, Ayam Goreng Berempah dan banyak lagi. Dengan 20 tahun pengalaman menyajikan menu masakan Melayu, aku percaya yang Chef Yusoff Salleh mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk merasai sendiri menu-menu yang diketengahkannya.


Selain itu menu utama yang biasa kita jumpa di pamerkan di hotel-hotel dalam bulan Ramadhan iaitu Kambing Golek turut memenuhi list menu untuk buffet Ramadhan Swiss Garden Hotel tahun ini selain beberapa signature dish yang sememangnya dikenali di hotel ini seperti Rendang Tok, Ikan Jenahak Adam Pedas, Ayam Percik dan beberapa lagi menu lain yang mana resepinya diwarisi turun temurun daripada nenek moyangnya.


Harga yang ditawarkan adalah RM118 bersih untuk dewasa dan separuh harga untuj kanak-kanak. Bagi yang ingin membuat tempahan early bird sehingga 26 Mei 2017 ini, harga yang ditawarkan cuma RM70 bersih untuk dewasa dan RM35 bersih untuk kanak-kanak.


Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan promosi buffet Ramadhan Swiss Garden Hotel ini, korang boleh lah rujuk maklumat yang disediakan di bawah :



Email :

Contact :
+603-27851190

**********

Buffet Ramadhan 2017 Bangi Golf Resort Restaurant

Buffet Ramadhan 2017 Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2017 Bangi Golf Resort Restaurant

2 Comments

  1. terliur tengok ayam panggang percik tuh. hehe

    ReplyDelete
  2. Your post is very helpful and information is reliable. Thank you so much for posting this wonderful post. Deskgram- sponsored app displaying ads next to its claims to be a desktop Instagram version. Deskgram is the website that claims to be.

    ReplyDelete