Promosi Buffet Ramadhan | Cyberview Resort And Spa, Cyberjaya


Bismillah,

Hari ni aku nak kongsikan salah sebuah lokasi berbuka puasa yang boleh menjadi pilihan seisi keluarga korang nanti. Lokasi yang aku maksudkan ialah Verandah Restaurant, Cyberview Resort & Spa. Cyberview Resort & Spa terletak di Cyberjaya dan lokasinya berhampiran dengan tapak belon panas. Sebelum ini aku pernah buat review berkenaan hotel dan fasiliti yang ada di sana. Jika korang nak tau serba sedikir berkenaan Cyberview Resort & Spa ini, korang boleh KLIK DI SINI.


Belum habis teruja dengan menu sarapan yang pernah disajikan sewaktu kami sekeluarga menginap di sana sebelum ini, kali ini bertambah teruja bila mengetahui yang Cyberview Resort & Spa turut mengadakan promosi buffet Ramadhan yang pastinya lebih banyak menu yang menarik akan dihidangkan kepada pengunjung yang hadir.


Berlatar belakangkan persekitaran taman dan permandangan dari kolam yang berdekatan, ia pasti lebih menarik di samping keenakan sajian yang dihidang sepanjang bulan Ramadhan ini. Hidangan yang bertemakan 'live-on-the-wok' bakal disajikan oleh Chef Imran dan tim nya nanti yang mana dia dan tim nya akan memasak menu yang berasaskan daripada makanan laut secara live antaranya seperti udang harimau, ketam dan banyak lagi.


Selain daripada itu, terdapat sebanyak 23 gerai hidangan yang akan dipamerkan sepanjang bulan Ramadhan ini yang terdiri daripada pelbagai jenis menu tempatan antaranya Warung Masak Lemak, Gulai Kawah Daging, Ayam dan Itik, Ikan Salai, Siput Sedut dan pelbagai jenis menu menarik yang lain. Dianggarkan lebih 222 jenis menu tempatan yang akan dihidangkan sepanjang buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa pada tahun ini.


Bagi keluarga yang ada membawa anak-anak kecil pula, ada tarikan khas untuk mereka sepanjang promosi buffet Ramadhan ini berlangsung di mana di bahagian Kidz Zone ada menyediakan beberapa menu untuk kanak-kanak seperti Chocolate Fountain, pelbagai jenis aiskrim, kaunter gula-gula, popcorn, cupcake dan cookies. Di sana juga ada menyediakan taman mini untuk kanak-kanak bagi mereka yang ada membawa anak kecil bersama. Bukan itu sahaja, buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa juga ada menyediakan kemudahan surau yang selesa bagi lelaki dan wanita dan juga ruangan parkir kereta yang luas dan banyak. Jadi usah risau kerana segala kemudahan ada disediakan di sana.


Aku tertarik dengan beberapa menu rare yang telah aku cuba di sana antaranya Aiskrim Rendang Ayam. Mesti korang pelikkan bagaimana rendang ayam boleh diimprovisasikan menjadi aiskrim? Bila aku cuba, teksturnya memang aiskrim cuma korang akan rasa sedikit pedas dengan rasa ayam pada hujung tekak nanti. Sedap! Korang kena cuba juga nanti ye. Bukan setakat aiskrim Rendang Ayam sahaja, malah ada pelbagai lagi jenis aiskrim yang akan dihidangkan di buffet Ramadhan Cyberview Resort & Spa.


Salah satu signature menu yang menjadi kegilaan aku di sana iailah Crispy Durian Rolls. Luaran macam roti jala tapi rangup manakala inti dalamnya adalah durian Musang King. Perrggghh memang awesome. Aku tak pasti berapa banyak aku makan tapi apa boleh aku katakan Crispy Durian Rolls ni memang terbaik. Recommended!


Selain daripada menu Melayu, Cina, India dan menu tempatan yang lain, promosi buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa ini juga ada menampilkan beberapa menu barat dan Asia yang lain antaranya Pizza, Sushi & Soba, Teppanyaki & Okonomiyaki, Marinated Minute Steak, Marinated Lamb Shoulder, Dim Sum dan banyak lagi. Di sini juga aku dapat lihat ada pelbagai jenis air disediakan seperti Soya Bean, Cincau, Fruit Juice, Iced Lemon Tea? Ice Barley, Chrysanthemum Tea, Iced Longan dan Iced Bandung. Banyak kan? Bukan setakat air sejuk malah kaunter air panas juga disediakan bagi pengunjung yang hadir.


Jadi harga yang ditawarkan untuk dewasa adalah RM138 bersih pada hari biasa dan RM100 bersih pada hujung minggu. Harga untuk kanak-kanak adalah separuh harga. Jadi kalau korang berminat untuk mencuba sendiri pelbagai jenis juadah yang hebat dan sedap-sedap di buffet Ramadhan Cyberview Resort & Spa ini, korang boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah.

Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms



Cyberview Resort & Spa

The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7
63000 Cyberjaya
Selangor, Malaysia

Koordinat GPS
Latitude: N 2 55.440
Longitude: E 101 40.020

Hubungi
03-8312 7091 / 7092

**********









3 Comments

  1. Aiskrim rendang Ayam.. Unik tu.. 1St time dgr..menu2 lain pn meriah

    ReplyDelete
  2. bukan main meriah lagi hidangan

    ReplyDelete
  3. Oh my goodness, you got to experience all these? Lucky you! Ternyata, berdasarkan daripada gambar yang diambil memang nampak sedap belaka (especially ALL the meats - so juicy!). But the price? Have to think twice. Maybe once for a month boleh try, inshaAllah.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete