Sate Tuna Produk Terbaru Usahawan Sate Tempatan


Bismillah,

Bosan dengan sate daging atau ayam? Apa kata kali ini korang cuba sendiri keenakan sate ikan berasaskan isi tuna pula? Pasti menjanjikan kelainan kerana kali ini sate yang korang rasa dituai daripada hasil laut.


Sate Tuna merupakan produk inovasi terbaru yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia sewaktu berlangsungnya MAHA 2016 tahun lepas. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, ia merupakan satu produk galakan kepada usahawan tempatan bagi mempromosikan hasil tangkapan tuna yang sedang berkembang di negara ini.

Sate Tuna ini dihasilkan seratus peratus (100%) daripada ikan Tuna Sirip Kuning (Yellowfin Tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat Omega 3. Kandungan vitamin yang tinggi (42%) serta rendah kalori berbanding sate ayam dan daging dikira sesuai untuk penggemar sate yang mementingkan kesihatan.


Berasaskan nutrien dan khasiat isi ikan tuna ini, sate tuna merupakan satu lagi menu pilihan bagi pengamal diet sihat. Produk baru ini juga secara tidak langsung menyokong industri huluan dan hiliran yang berkaitan dengan tuna.

Buat masa ini, Satay Station telah memeterai perjanjian bagi mempromosikan sate tuna ke seluruh Malaysia. Menjadikan sate tuna sebagai salah satu menu terbaru di dalam menu yang sedia ada, ia memberikan pelanggannya lebih pilihan sate untuk dicuba. Mereka percaya sate tuna akan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dalam tempoh terdekat kerana rasanya yang unik dan sedap.


Francais Sate Tuna dari Labuan akan membekalkan bahan mentah seperti ikan tuna bagi dijadikan sate tuna kepada 11 rangkaian perniagaan Satay Station di Lembah Klang dan cawangan yang terbaru adalah di KLIA2. Pembukaan cawangan baru di KLIA2 ini diyakini mampu memperkenal sate tuna ini bukan sahaja kepada warga tempatan, tetapi juga pelancong asing di mana KLIA2 merupakan salah satu pintu masuk utama ke dalam negara.

Bantuan daripada pihak kerajaan juga turut disalurkan kepada pengusaha dan usahawan yang berminat untuk menceburi hasil tangkapan tuna berbentuk sate ini melalui kemudahan pembiayaan di bawah TEKUN Nasional bagi memulakan perniagaan Sate Tuna melalui skim TemanNita dan TEMAN TEKUN.


Sebarang maklumat dan pertanyaan berkenaan produk dan bantuan pinjaman, sila hubungi :

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

No. Tel​: 03 – 8870 4234
No. Faks​: 03 – 8881 0343

Email​: ukk@dof.gov.my ; pro@dof.gov.my


0 Comments