Senarai Promosi Buffet Ramadhan Yang Patut Anda Cuba


Bismillah,

Menjelang bulan Ramadhan ni, berpusu-pusulah hotel dan restoran merebut peluang untuk mengadakan promosi buffet Ramadhan. Buffet Ramadhan sememangnya sangat sinonim tatkala tiba bulan Ramadhan kerana rakyat Malaysia termasuklah yang berlainan agama juga tururt mengambil peluang untuk merasai menu-menu yang dihidangkan di hotel-hotel dan restoran. Ini kerana ada sebilangan menu yang hanya boleh ditemui sewaktu bulan Ramadhan sahaja dan ia menjadi lebih meriah bila dapat berbuka bersama-sama keluarga dan sahabat handai.

Jadi di sini aku nak senaraikan beberapa buah lokasi yang ada menyediakan promosi buffet Ramadhan sepanjang tahun ini. Jadi dengan senarai ini aku harap dapat mempermudahkan lagi urusan korang dalam mencari lokasi berbuka puasa yang menepati selera dan bajet korang lebih-lebih lagi bila melibatkan ramai peserta.

********************

Promosi Buffet Ramadhan 2017 | Nook, Aloft Hotel KL Sentral


Jadi kepada yang tengah riki lokasi berbuka puasa tahun ini, apa kata aku cadangkan lokasi pertama iaitu Nook yang terletak di tingkat satu di bangunan Aloft Hotel KL Sentral. Menariknya lokasi yang aku cadangkan ini kerana ia terletak betul-betul bersebelahan KL Sentral dan NU Sentral. Jadi kepada sesiapa yang tidak mahu bersesak-sesak menghadapi trafik, boleh menaiki KTM, Putra LRT dan ERL.


Tema : Menu Masakan Melayu & Tempatan
Harga dewasa : RM135
Harga kanak-kanak : RM67.50
RSVP : +603 27231188

Promosi Buffet Ramadhan 2017 | The Royale Bintang Kuala Lumpur


Pada tahun ini, The Royale Bintang Kuala Lumpur akan menyediakan menu masakan kampung yang bertemakan Selera Nostalgia. Apa yang menariknya pada aku tentang Selera Nostalgia ni kerana menu-menu yang bakal dihidangkan sewaktu buffet Ramadhan nanti merupakan menu yang rare dan jarang sekali kita jumpa sejak akhir-akhir ini.


Tema : Selera Nostalgia
Harga dewasa : RM108
Harga kanak-kanak : RM54
RSVP : +603 21479848


Promosi Buffet Ramadhan 2017 | Berjaya Times Square Hotel, KL



Salah satu destinasi yang boleh korang jadikan lokasi untuk berbuka puasa dengan keluarga tersayang adalah di The Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel KL. Restoran ini berada di tingkat 14, Berjaya Times Square Hotel dan korang tak perlu bimbang tentang masalah parkir kereta kerana parkir keretanya banyak. Jika tak mahu bersesak dengan keadaan trafik yang tak menentu, korang juga boleh menaiki monorel kerana ia berhenti betul-betul di hadapan Berjaya Times Square.


Tema : Bazaar Themed Buffet Feast 
Minggu Pertama & Keempat
Harga dewasa : RM128, Harga kanak-kanak : RM58
Minggu Kedua & Ketiga
Harga dewasa : RM138, Harga kanak-kanak : RM68 
RSVP : +603 21178000


Promosi Buffet Ramadhan 2017 | Dorsett Kuala Lumpur



Lokasi menu berbuka puasa kali masih lagi di sekitar Kuala Lumpur yang mana tak jauh daripada Berjaya Times Square, di sekitar Jalan Imbi iaitu Dorsett Kuala Lumpur. Setelah hampir 2 tahun membuat refurbishing cafe nya, tahun ini Dorsett Kuala Lumpur kembali untuk menyajikan menu hidangan buffet Ramadhan dengan tema Citarasa Malaysia.


Tema : Citarasa Malaysia
Harga dewasa : RM99
Harga kanak-kanak : RM49.50
RSVP : +603 27161010

Promosi Buffet Ramadhan 2017 | Kota Seriemas Golf & Country Club


Bergerak kita ke lokasi ke-5 seterusnya, kali ini aku jangkakan kelainan kerana menu yang ditampilkan oleh Kota Seriemas Golf & Country Club bukan seperti menu cliche seperti mana lazimnya dihidang sewaktu menjelang bulan Ramadhan. Kali ini aku dapat lihat perbezaan kerana tema buffet Ramadhan di Kota Seriemas Golf & Country Club tahun ini adalah 'Laluan Sutera - Menu Dari Lagenda Silam'.

Untuk makluman Kota Seriemas Golf & Country Club terletak di Nilai, Negeri Sembilan dan anggaran jaraknya dari Kajang adalah sebanyak 35KM. Korang boleh menggunakan lebuhraya LEKAS untuk tiba ke sini dan ianya mengambil masa sekitar 20 hingga 30 minit perjalanan.


Tema : Laluan Sutera - Menu Dari Lagenda Silam
Harga dewasa : RM74.20
Harga kanak-kanak : RM37.10
RSVP : 017-7292129

Promosi Buffet Ramadhan 2017 | AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


Untuk kali ini aku nak review promosi buffet Ramadhan di salah sebuah hotel di sekitar ibu negara Kuala Lumpur. Lokasinya tak jauh dari Plaza Rakyat, boleh dikatakan sebelah sahaja dan berada setentang dengan Plaza Kotaraya. Jadi boleh korang agak di mana kan? Tak susah nak cari AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ni sebab memang berada di pusat tumpuan orang ramai.


Tema : Selera Desa Kembara Iftar di Kuala Lumpur
Harga dewasa : RM68
Harga kanak-kanak : RM40
RSVP : 03-20266060 samb. 7703

Promosi Buffet Ramadhan 2017 | Bangi Golf Resort Restaurant


Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant akan bermula dari 29 Mei 2017 sehingga 23 Jun 2017. Kali ini sebanyak lebih kurang 200 jenis menu akan diperkenalkan dan sentiasa berubah-ubah setiap hari. Tahun ini tema yang ditampilkan oleh Bangi Golf Resort Restaurant adalah ala Melayu, Timur dan Barat jadi korang akan dapat lihat beberapa variasi makanan sewaktu berbuka puasa nanti.


Tema : Selera Masakan Melayu
Harga dewasa : RM58
Harga kanak-kanak : RM28
RSVP : 1-700-81-8557

Promosi Buffet Ramadhan 2017 | Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur


Buffet Ramadhan di Swiss Garden Hotel ini bermula pada 27 Mei 2017 sehingga 24 Jun 2017 dan bertempat di Flavors Restaurant yang terletak di tingkat 1 hotel. Tema buffet Ramadhan Swiss Garden Hotel pada tahun ini adalah Citarasa Kampung dimana lebih 100 jenis menu terkenal masakan Melayu dan tempatan akan disajikan sepanjang bulan Ramadhan ini.


Tema : Selera Masakan Melayu
Harga dewasa : RM118
Harga kanak-kanak : RM59
RSVP : +603-27851190

Promosi Buffet Ramadhan 2017 | Cyberview Resort And Spa, Cyberjaya


Gunakan kod ZENXAFZAL untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 20% bagi mana-mana cawangan hotel Zen Rooms

Hari ni aku nak kongsikan salah sebuah lokasi berbuka puasa yang boleh menjadi pilihan seisi keluarga korang nanti. Lokasi yang aku maksudkan ialah Verandah Restaurant, Cyberview Resort & SpaCyberview Resort & Spa terletak di Cyberjaya dan lokasinya berhampiran dengan tapak belon panas. Sebelum ini aku pernah buat review berkenaan hotel dan fasiliti yang ada di sana. Jika korang nak tau serba sedikir berkenaan Cyberview Resort & Spa ini, korang boleh KLIK DI SINI.


Tema : Live-On-The-Wok
Harga dewasa : RM138 (weekdays) / RM100 (weekends)
Harga kanak-kanak : RM69 (weekdays) / RM50 (weekends)
RSVP : 03-8312 7091 / 7092


5 Comments

  1. Ada yang dah cuba dan ada yang menarik ni kena pergi juga nanti thanks..

    ReplyDelete
  2. buffet ni memang boleh simpan untuk sahur esoknya dalam perut hahaha

    ReplyDelete
  3. seronok dapat makan secara buffet ni. boleh makan macam-macam menu.

    ReplyDelete
  4. Great post i must say and thanks for the information. Education is definitely a sticky subject. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do with your source for the web's best reviews and travel ...

    ReplyDelete