Tempat Makan Menarik Di Perak

7:33 AM


Bismillah,

Bila tiba di negeri orang, tak sah kalau kita tak singgah ke beberapa destinasi tumpuan pengunjung dan terkenal. Dari situlah kita nak mengenal negeri orang. Nak datang bukan selalu, kadang-kadang peluang yang ada sekali seumur hidup.


Jadi kali ni aku nak berkongsi tempat makan menarik yang boleh korang kunjungi sekiranya korang melawat negeri Perak. Sebenarnya ada banyak lagi tetapi ini sahaja yang sempat aku terokai. Mana tau kalau korang ada jumpa tempat makan lain yang menarik, boleh la dikongsikan di sini.

Mee Kari Ramli Bidor
GPS (4.106483, 101.295312)


Apabila korang keluar Tol Bidor, ambil simpang ke kanan dan di situ terletaknya Mee Kari Ramli Bidor di bahu jalan. Mee Kari Ramli Bidor antara menu yang terkenal di Bidor yang mana kita boleh tentukan bahan apa yang kita mahukan di dalam mee kari kita. Bahan-bahannya terdiri daripada ramuan Yong Tau Fu. Bila bersebati dengan kuah karinya yang pekat, memang betul-betul menyelerakan.

Mee Rebus Abdullah Mastan Ghany
GPS (4.024713, 101.021171)



Jika korang tiba di Teluk Intan pula, apakata korang singgah pekena Mee Rebus Abdullah Mastan Ghany. Lokasinya di pekan Teluk Intan, kedai paling hujung sebelum simpang. Dikatakan Mee Rebus yang dihasilkan di sini paling sedap penuh dengan rasa udang. Malahan rata-rata rakan aku yang menetap di sekitar Teluk Intan pun mengesyorkan aku untuk makan di sini.

Hawaii Ice
GPS (4.025491, 101.022674)


Masih di Teluk Intan, tak jauh dari kedai Mee Rebus Abdullah Mastan Ghany adalah lokasi terletaknya warung Lo Han Kuo nombor satu di sana. Kedai ni dah beroperasi lebih daripada 25 tahun, merupakan menu yang berasakan ais, Lo Han Kuo dan jeli Wan Tau Long. Ada pelbagai pilihan yang boleh korang nikmati di sini seperti cendol, ABC, fruit punch dan menu hidangan berat seperti rojak dan mee rebus. Sangat sesuai dinikmati lebih-lebih lagi ketika cuaca panas.

Apam Balik Malindo
GPS (4.024757, 101.019697)


Lokasinya terletak berhampiran dengan Menara Condong Teluk Intan, dan telah lama diusahakan di situ. Sangat sesuai jika korang perlukan kudapan ringan sementara jalan-jalan dan mencari tempat menarik di Perak. Harganya pula hanya RM0.70 untuk saiz kecil dan rangup rasanya. Penuh dengan kacang dan gula.

Laksa Tebuk Yan
GPS (4.416558, 100.641243)


Warung yang diusahakan sendiri ini terletak terpencil sedikit ke dalam kampung. Harganya hanya RM3.50 berbaloi dengan rasanya yang kaw dan pekat dengan isi ikan. Jika korang mahukan lebih, boleh pesan laksa bersaiz besar (pinggan) mungkin harganya sekitar RM4-RM5. Kalau korang penggemar laksa, korang boleh rasa laksa di sini.

Mee Hailam Parit
GPS (4.476701, 100.908688)


Dipanggil Mee Hailam Parit kerana lokasinya terletak di Medan Selera Parit, Perak. Ok yang ni korang patut cuba. Mee Hailam dia kaw giler, pekat dan sangat sedap. Portion dia pun besar dan dihidangkan bersama sos istimewa. Korang boleh pilih sama ada nak daging atau ayam. Tapi kedua-duanya sedap. Pada aku untuk satu pinggan tu, boleh makan untuk dua orang. Mee Hailamnya simple saja tapi penuh dengan rasa dan kicap yang sedap.

Bubur Perak
GPS (4.361526, 100.845997)


Di warung ini korang boleh temui 12 jenis bubur untuk dipilih. Sesampainya aku di sini terus rambang mata. Ye la tak tau bubur apa yang hendak di makan. Ada bubur nasi, pengat pisang, bubur jagung, bubur durian, pengat ubi keladi, pengat ubi keledek, bubur lambuk, bubur pulut hitam dan macam-macam lagi. Kiranya semua jenis bubur ada di sini. Lokasinya betul-betul di tepi jalan berhadapan dengan Taman Binjai Jaya. 

Jagung Manis
GPS (4.361526, 100.845997)


Bagi mereka yang nak beli buah tangan, aku cadangkan korang dapatkan jagung manis di sini. Harganya sangat murah dan korang boleh dapatkan 10 ketul jagung pada harga RM5 sahaja. Bagi kualiti jagung yang lebih baik korang boleh daparkan 12 ketul pada harga RM10. Lokasinya betul-betul seberang jalan berhadapan Taman Binjai Jaya, bersebelahan dengan Bubur Perak. 

Mr. Cendol
Lumut, Perak


Kalau korang singgah di Lumut, selain korang beli barang makanan dan cenderahati yang ada di sana korang juga boleh singgah pekena cendol popular yang ada di Lumut iaitu Mr. Cendol. Ada pelbagai jenis cendol yang disediakan antaranya cendol pulut, cendol aiskrim, cendol special dan cendol cawan. Yang menariknya kuah gula merahnya ada disediakan pada setiap meja dan kita letakkan sendiri mengikut citarasa masing-masing.

Warung Mee Udang Kak Zai
Sungkai, Perak


Aku sempat singgah warung Mee Udang Kak Zai sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur ikut laluan dalam (Jalan kampung). Kalau korang exit Tol Sungkai Selatan, ambil selekoh kiri dan jalan terus sehingga korang jumpa lampu trafik simpang tiga. Di bahu jalan sebelah kanan itulah lokasi Mee Udang Kak Zai.

Kuah mee udangnya terbaik. Jelas rasa udangnya dan terdapat 7-8 ekor udang untuk satu hidangan. Selain mee udang, ada juga menu lain yang dihidangkan antaranya mee rebus, meehun sup, laksa, cendol dan air kelapa.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harga Mee Udang Kak Zai ni boleh baca di dalam artikel yang dah aku tulis sebelum ini di bawah :

http://www.afzalsukasuki.com/2017/01/warung-mee-udang-kak-zai-sungkai-perak.html

Itu sahaja lokasi yang sempat aku singgah. Sebenarnya ada banyak lagi tempat makan menarik yang boleh korang kunjungi apabila berada di Perak. Mungkin lain kali jika berkesempatan ke sana lagi, aku akan jelajah lebih banyak tempat makan menarik dan kongsikan di sini.

Nak lagi senang mudah, korang booking je hotel korang dengan mudah di Traveloka bila berada di sana haha. Pelbagai hotel dengan rate terbaik dan terendah boleh korang dapatkan di sini.


You Might Also Like

8 comments

  1. Dh kenapa semua makanan je...huwaaaaaa.....kejam....kejammmmmm.....

    ReplyDelete
  2. wahhh banyaknya tempat makan best-best kat perak ni. selama ni pergi sana selalu tanya nak pergi makan kat mana. okay! lepas ni dah tau dah tempat makanan best2! hehe :D


    www.fatinamdzfr.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. alamak...sedap2nya ... klaau pi sana leh singgah ni

    ReplyDelete
  4. lapar pulak tengok gambar makanan ni..hehe

    ReplyDelete
  5. mmg habis diet yang tak pernah konsisten mcm sy ni..tengok pun dh buat lapar..huhu

    ReplyDelete