Variasi Menu Yang Awesome Di Street Churros


Bismillah,

Ada kalanya aku perlukan sesuatu untuk dikunyah, tak rasa pun nak makan berat-berat seperti nasi atau mee. Cukup sesuatu yang ringan dan mengenyangkan. Kalau aku berada di sekitar IOI City Mall Putrajaya atau MyTown Cheras, pasti aku akan memilih churros daripada Street Churros sebagai menu pilihan aku.


Siapa yang tak kenal churros kan? Churros merupakan sejenis pastri yang berasaskan doh, digoreng rangup dan dijadikan hidangan pencuci mulut dan menu ringan. Di bahagian negara Eropah dan Amerika Latin, churros ini dihidang sebagai menu sarapan pagi, di mana ia dimakan dengan cara mencelup ke dalam coklat panas dan diminum bersama cafe con leche (kopi susu).


Street Churros merupakan salah satu rangkaian kafe yang menawarkan menu churros terbesar di dunia dan ia mula diperkenalkan dari negara Korea. Street Churros mahu memastikan yang pelanggannya memperolehi churros yang berkualiti dan sedap walaupun dijual di jalanan.


Apa yang menariknya churros dari Street Churros ni, bahagian dalamnya lembut manakala bahagian luarnya pula sangat rangup. Ia didatangkan dengan 3 perisa utama iaitu Cinnamon (kayu manis), coklat dan keju. Perisa cinnamon merupakan best seller jika korang berkunjung di Street Churros ini. Street Churros tidak hanya menyediakan menu churros biasa sahaja malahan mereka juga ada menyediakan pelbagai jenis variasi churros dan minuman.


Antara menu-menu yang boleh didapati di Street Churros adalah seperti Street Churros dengan pilihan rasa cinnamon, choco dan cheese yang mana korang boleh pilih chocolate, cream cheese, bluberry dan butterscotch sebagai sos pencicah, Filling-Chu, yang mana churros di tuang dengan chocolate cream, cream cheese dan custard sebagai inti, Ah-Chu iaitu aiskrim churros dengan pilihan rasa Choco-choco, Choco-Berry dan Mango. Selain daripada itu, pelanggan Street Churros juga boleh memesan menu air lain antaranya O'My Mango dan O'My Coconut, jus Lemon, Passionfruit, Korean Citron, Caramel Macchiato, Chocolate, Green Tea Latte dan Milk Tea.


Baru-baru ini Street Churros baru melancarkan dua menu terbarunya iaitu Stick Churros dengan pilihan rasa Choco, Cinnamon dan Cheese dan juga Churros Fries dengan pilihan rasa Sour Cream, Tomato dan Seaweed. Aku sukakan aku sukakan Churros Fries sebab ia rangup dan sangat sedap lebih-lebih lagi dengan pilihan rasa sour cream. Percayalah tak cukup kalau makan berkongsi haha.


Selain itu Street Churros juga ada menyajikan hidangan kombo di mana korang boleh pilih salah satu menu hidangan churros bersama iced latte contohnya seperti Street Churros bersama Latte, Filling Churros bersama Latte dan Stick Churros bersama Latte. Aku rasa berbaloi kerana harganya mampu milik dan rasanya cukup awesome.


Jadi kalau korang berminat untuk mencuba sendiri rasa variasi churros yang ada di Street Churros ini, korang boleh terus pergi ke cawangan-cawangannya di alamat yang tertera di bawah:


One Utama Mall
Lot LG319A Lower Ground Floor, 
1 Utama Shopping Centre 1,
Lebuh Bandar Utama, 
Bandar Utama City Centre, 
Bandar Utama, 
47800 PJ
Contact : 03-89592110

------------------------------------------------------

IOI City Mall
LG-66A Lower Ground Floor IOI City Mall, 
62500 IOI Resort City, 
Putrajaya. 
Contact : 03-76810710

------------------------------------------------------

Sky Avenue
Lot No. T2-12, Level T2, Sky Avenue, 
Genting Highland Resorts, 
69000 Genting Highland, 
Pahang Darul Makmur. 
Contact : 03-61013110

------------------------------------------------------

Berjaya Times Square
Lot LG-36, Lower Ground Floor,
Berjaya Times Square, 
No. 1 Jalan Imbi, 
55100 Kuala Lumpur. 
Contact : 03-21106210

------------------------------------------------------

MyTown
Lot No. B1.046, Basement 1 Floor,
MyTown Shopping Centre 6,
Jalan Cochrane, Seksyen 90,
Taman Maluri, Cheras, 
55100 Kuala Lumpur. 
Contact : 03-92011099

------------------------------------------------------

Facebook

Instagram

Website



3 Comments

  1. adoi.. kakai pegi IOI Mall, tak pernah plak terfikir nak beli churos nih.. tapi tengok entri ni terliur plak.. hee~

    ReplyDelete