contest duit raya

Jus Lutox DNars Mampu Merawat Penyakit Gout Dan Sakit Lutut

11:34 AM


Bismillah,

Baru ni ada tengok kawan share contest menang duit raya dari DNARS dekat facebook DNARS JUS LUTOX (Link http://bit.ly/2siHxm3). Cuma LIKE, KOMEN, SHARE & TAG dan HASTAG #DuitRayaDnars. InsyaAllah ada rezeki tak kemana. 1 Syawal ni keluar result lepas tu, 2 Syawal terus dapat duit raya untuk pemenang. Kalau korang nak join tu cepat-cepat la sebelum hari raya. Ada rezeki tu ada la kan. InsyaAllah.


Sebenarnya pernah dengar tentang Jus Lutox Dnars ni. Tapi tak pernah tau sangat untuk apa, so dah kebetulan join contest Duit Raya ni terus baca mencari info Jus Lutox ni. Not bad juga la produk ni. Tengok testimoni pengguna Lutox ni pun boleh kata positif ja semua. Alhamdulillah kan..


Aku bukan apa, dalam bulan puasa ni banyak juga beraktiviti. Siang kerja, malam solat Terawih dan kadang-kadang kemas rumah rumah. Biasalah mood nak raya. Dekat-dekat nak raya ni lenguh badan sebab dok shopping. Ehhh.. tak banyak pun. Tapi dah memang sesak kan. Kereta sesak sampai asyik tekan brek, dalam butik lenguh berdiri test baju. Rasa berotot pulak tangan ni.


Nak dijadikan cerita dah kebetulan baca tentang Jus Lutox Dnars ni. Aku kongsikan ada 12 kebaikan utama Jus Lutox Dnars ni dengan korang;

  1. Kaya dengan antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan sel tubuh.
  2. Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan.
  3. Menguatkan sistem imunisasi bagi melindungi tubuh badan daripada jangkitan penyakit.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Melancarkan proses penghadaman.
  6. Membantu mengawal tekanan darah dan paras kolestrol.
  7. Menyingkirkan toksin dari tubuh badan.
  8. Meningkatkan tahap metabolisme tubuh badan.
  9. Membantu mengatasi masalah angin dalam badan.
  10. Membantu mempercepatkan pemulihan luka luaran dan dalaman.
  11. Jus Lutox Dnars memelihara sistem saraf.
  12. Memelihara kesihatan tubuh badan secara menyeluruh


Tapi kan.. mulanya risau juga la, sebab tak tau apa kandungan Jus Lutox Dnars ni. Terus tanya contact FB Dnars tu sebab nak cuba tapi risau apa la yang ada dalam Jus Lutox ni. Lepas di terangkan Jus Lutox ni hanya guna bahan semula jadi. Antara kandungan utama yang ada macam Kurma, Madu, Lemon, Halia, Pegaga, bayam, Markisa, garam bukit dan Delima. Tengok kandungan pun dah jadi yakin sangat dengan khasiat yang InsyaAllah kita boleh dapat.


Alhamdulillah yang lebih meyakinkan bila Jus Lutox Dnars ni mendapat Sijil Pengiktirafan HALAL daripada JAKIM. Tak da la bila minum dengan saudara atok dengan opah ni ditanya pulak halal ke kan. Nak balik kampung nak juga kongsi dengan dorang.

Mostly bila baca review pengguna yang dah minum Jus Lutox Dnars ni ada yang kongsi seronok sebab dah tak rasa sakit lutut lagi. Ada juga yang kongsi dah lama sakit sendi tapi alhamdulillah lepas minum Jus Lutox Dnars memang membantu memulihkan. Makin tak sabar lak nak cuba minum ni.

Kiranya kalau minum bulan-bulan puasa ni memang lagi bertambah la tenaga. Hujung nak dekat raya ni tak la rasa lemau sangat badan kan. Jadi aku pun apa lagi. Tengah tunggu jus Lutox Dnars sampai rumah ja ni. Jus Lutox Dnars boleh diambil setiap hari dan sesuai untuk seisi keluarga. Jadi balik raya bukan minum sorang tau. Minum satu keluarga, atok, opah, saudara, sepupu, dan ada lebih boleh la kongsi dengan tetamu yang datang.

Jadi kalau korang nak info dan nak order Jus Lutox ni boleh terus secara atas talian dekat  :



Website :



cara buat soto ayam sedap

Resepi Soto Ayam Mudah Dan Sedap Menggunakan Rempah Mak Siti

10:49 AM


Bismillah,

Hari ni aku nak reveal cara membuat menu Soto Ayam yang mudah dan sedap. Ye la selama ni pun aku asyik makan je, tapi baru kali ni aku dapat korek resepi dari mak aku cara membuat Soto Ayam yang sedap. Senang je rupanya haha. Kalau tau la senang macam ni, hari-hari lah aku makan Soto Ayam.



Puan isteri pun ada bagi cara-cara nak buat menu Mee Soto yang sedap dan mudah. Aku rasa menu Soto Ayam dan Mee Soto puan isteri ada persamaan kerana mereka menggunakan Rempah Soto Mak Siti. Serius sedap bak hang!

Ok kita mulakan dengan penyediaan bahan-bahannya. Bahan-bahan ini adalah untuk 6 - 8 orang makan :

  1. Seekor ayam (dipotong beberapa bahagian)
  2. Bawang besar 3 biji
  3. Bawang putih 1 labu
  4. Halia sebesar 2 jari
  5. 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, biji pelaga, bunga lawang)
  6. Kacang tanah
  7. Bawang goreng
  8. Nasi himpit
  9. Soo Hoon
  10. Minyak masak
  11. Cili api
  12. Kicap
  13. Garam
  14. Gula
  15. Serbuk Rempah Sup Soto Mak Siti
  16. Daun sup


Bahagian 1 : Rebus Nasi Himpit
Rebus nasi himpit ready made yang boleh korang dapati di pasaraya-pasaraya atau kedai berhampiran. Tunggu sehingga setengah ke satu jam sebelum nasi himpit boleh ditos dan disejukkan pada suhu bilik.

Bahagian 2 : Cara Penyediaan Kuah Kicap
Kisar atau tumbuk cili api dan sebiji bawang besar. Kuantiti cili api tu bergantung sepedas mana yang korang mahukan. Tambahkan sedikit gula dan kicap. Korang tak perlu tambahkan gula sekiranya korang menggunakan kicap manis.

Bahagian 3 : Goreng Kacang Tanah & Soo Hoon
Goreng kacang tanah dan soo hoon. Korang boleh menggoreng kacang tanah menggunakan minyak masak ataupun korang boleh langai sahaja kacang tanah di dalam kuali.

Bahagian 4 : Air Rebusan Ayam & Ayam Carik
Masukkan beberapa ketul ayam ke dalam air. Panaskan dan tunggu sehingga mendidih. Jangan buang airnya kerana air rebusan ayam itu akan digunakan untuk membuat kuah soto. Asingkan ayam dan dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dicarik.

Bahagian 5 : Penyediaan Kuah Soto

*Bahan (1)
  Kisar bawang putih, bawang besar, halia dan sedikit air.

Cara-cara penyediaan
  1. Panaskan minyak masak.
  2. Tumiskan 4 sekawan sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan *bahan (1) tadi dan tumus sehingga naik bau.
  4. Masukkan air rebusan ayam tadi dan 1/2 paket besar Serbuk Rempah Soto Mak Siti. Tambahkan air jika perlu.
  5. Kemudian masukkan baki ayam yang dipotong tadi.
  6. Masukkan 5 sudu garam (secukup rasa)
  7. Masukkan 1 sudu gula (secukup rasa)
  8. Tunggu sehingga kuah soto mendidih sebelum dihidang bersama nasi himpit, kacang tanah, soo hoon dan kuah kicap. Tabur daun sup yang dicincang halus ke atas hidangan.

**********


Aku suka dengan Rempah Sup Soto Mak Siti ni sebab rasanya kaw. Kalau korang biasa makan sup tulang, haa macam tu la rasanya kerana ada rasa serdak sum-sum tulangnya. Lagi satu dalam paket besar Rempah Sup Soto Mak Siti ni memang dah disediakan sup bunjut. Jadi tak hairanlah Rempah Sup Soto Mak Siti memang lengkap dan mudah cara penyediaannya.

Aku sangat sarankan rempah-rempah Mak Siti ni digunakan oleh surirumah yang sibuk dengan tugas harian, katerer dan juga mereka yang bujang tetapi mahu merasai menu yang sedap, cepat dan mudah. Kena lah dengan slogan produk Mak Siti itu sendiri iaitu Ingat Masakan Mak, Ingat Mak Siti. 

**********


Terbaru Rempah Ratus Mak Siti telah melancarkan produk-produk rempah ratus dalam bentuk botol yang mana ia merupakan inovasi terkini Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd dalam memastikan produk-produknya lebih relavan dan mendapat tempat di hati pengguna-pengguna di Malaysia. 


Antara produk rempah ratus Mak Siti yang boleh didapati dalam bentuk botol adalah seperti Emping Cili, Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit.


Korang tak perlu bimbang kerana kesemua produk rempah ratus Mak Siti yang dihasilkan oleh Nasuha Enterprise Sdn Bhd selama 42 tahun ini adalah asli, tanpa bahan pengawet dan kandungan MSG. Produk-produk keluaran Mak Siti kini boleh didapati di kedai-kedai runcit, pasaraya-pasaraya besar dan hypermarket seperti TESCO, Giant, Aeon Big, Jusco dan Mydin di seluruh negara. 


Baru-baru ini juga Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Majlis Pelancaran Semula Produk Rempah Ratus Mak Siti yang bertempat di Restoran Rempah Kari Mak Siti, Bandar Tun Razak


Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengurus Besar Nasuha Enterprise Sdn Bhd , Puan Siti Khawa Jannah Nasuha dan turut dihadiri juga oleh beberapa selebriti tanah air, pengusaha-pengusaha produk dan wakil-wakil media tempatan. Disepanjang majlis tersebut, tetamu dihidangkan dengan menu-menu yang berasaskan dari rempah ratus Mak Siti. Semua menu-menunya sedap lebih-lebih lagi menu Kari Daging Kambing dan Soto Ayam.


Majlis diakhiri dengan pemberian duit raya kepada kesemua anak-anak yatim yang hadir. So kalau korang nak dapatkan sebarang info berkenaan produk atau sebarang pertanyaan, boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah.

Nasuha Enterprise Sdn. Bhd. 
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh
84500 Muar, Johor. 

Tel : 06-9737508 / 509
Whatsapp : 017-3309330

Website

Facebook

Instagram


IJM Land

Jom Meriahkan Sambutan Riuh Raya 2017 Di IJM Land Seremban 2

9:36 AM


Bismillah,

Please save the date! IJM Land Seremban 2 akan mengadakan sambutan Riuh Raya 2017 pada 15 Julai 2017 akan datang. Lokasinya adalah di tapak galeri jualan IJM Land di Seremban 2. Boleh aku katakan ia adalah rumah terbuka hari raya yang dianjurkan oleh IJM Land dan seluruh masyarakat setempat dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.


Majlis tersebut bermula pada pukul 3 petang sehingga pukul 6 petang. Ada banyak acara disediakan kepada pengunjung yang hadir selain menu dan juadah hari raya yang ditampilkan secara bufet. Selain menjamu selera, pengunjung juga boleh melakarkan detik indah bersama keluarga dengan mengambil gambar di photobooth yang disediakan hari itu.


Antara acara lain yang turut disediakan kepada pengunjung yang hadir adalah seperti "Spin The Wheel" di mana pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik sekiranya bertuah. Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang hadir pada hari itu juga akan turut mendapat duit raya sumbangan IJM Land Seremban 2 pada majlis tersebut.


Di sepanjang majlis Riuh Raya 2017 berlangsung, pengunjung-pengunjung akan dihiburkan dengan penampilan istimewa daripada artis dan selebriti tanahair seperti Akim & The Majistret, Stacy di samping kehadiran Adam AO dan Zulin Aziz sebagai hos majlis itu nanti. Aku pasti dengan penampilan artis-artis tersebut, ia menjadi satu tarikan kepada masyarakat dan penduduk-penduduk setempat untuk sama-sama datang dan memeriahkan majlis Riuh Raya 2017.


IJM Land bukan hanya nama yang gah dalam sektor hartanah malah mereka juga terkenal menyatukan komuniti dan masyarakat dalam acara-acara sebegini. Matlamat mereka adalah untuk merapatkan hubungan antara keluarga dan masyarakat dengan pelbagai aktiviti yang sihat. Dalam mengejar cita-cita dan impian, masyarakat perlu ada masa untuk keluarga, keluar melakukan aktiviti bersama-sama dan dengan cara inilah hubungan dapat dibina dan dipulihkan kembali.


Justeru itu jangan lupa, balik sahaja dari beraya di kampung kita akan turun ke Galeri Jualan IJM Land Seremban 2 bagi memeriahkan Majlis Riuh Raya 2017 pada 15 Julai 2017. Jangan lupa bawa sahabat handai, keluarga dan sanak saudara bersama. Majlis tersebut pasti lebih meriah dengan kehadiran korang nanti.

buffet ramadhan budget

Promosi Buffet Ramadhan 2017 : Philea Mines Beach Resort

1:33 PM


Bismillah,

Kali ini aku nak ajak korang berbuka di Philea Mines Beach Resort plak. Lokasi buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort ini adalah di Serdang-Balakong, sekitar Mines Shopping Mall dan bersebelahan MIEC (Mines International Exibitionist Center). Kalau korang menggunakan aplikasi Waze, korang boleh waze Mines Beach Resort.



Ini merupakan cawangan Philea yang terbaru, yang mana dahulunya merupakan bangunan Mines Spa & Wellness. Untuk tahun pertama ini Philea Mines Beach Resort cuba memperkenalkan buffet Ramadhan dan pada masa juga mempromosikan Philea Mines Beach Resort kepada masyarakat setempat.


Buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort ini bermula 29 Mei 2017 sehingga 22 Jun 2017 dan bertemakan Sajian Nostalgia yang bertempat di restoran Abdul & Charlie. Sajian buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort ini menyajikan menu-menu tradisi masyarakat tempatan dan juga diselitkan menu-menu kegemaran Asia dari ulam-ulaman, pelbagai jenis makanan berasaskan sup, makanan laut, live action stall dan menu pencuci mulut yang cukup menyelerakan.


Antara menu-menu yang ada di hidang bersempena buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort adalah Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Ikan Masak Asam Pedas Johor, Gulai Tulang Rusuk Lembu, Sup Tulang Rawan, Nasi Kempuli, Serawa Durian, Satay, Kambing Golek bersama Nasi Arab Mandy dan banyak lagi.


Di buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort juga turut menyediakan menu masakan panas yang ada ditempatkan di beberapa gerai antaranya Gerai Mee Sup, Mee Hailam dan Laksa, Gerai Keropok Lekor dan Pisang Goreng, Gerai Spaghetti dan Carbonara, Gerai Roti John, Murtabak dan Roti Canai dan pelbagai lagi juadah yang lain | Senarai Buffet Ramadhan 2017



**********
Buffet Ramadhan 2017 Bangi Golf Resort Restaurant

Buffet Ramadhan 2017 Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2017 Bangi Golf Resort Restaurant


**********
Tempatnya luas, parkir pun percuma. Ada disediakan juga surau bagi kemudahan pengunjung yang ingin menunaikan solat. Yang menariknya sempena buffet Ramadhan ini, pihak pengurusan Philea Mines Beach Resort ada menyediakan Aiskrim Malaysia kepada pengunjung yang menikmati hidangan berbuka di sana. Selain daripada itu mereka juga menyediakan pelbagai jenis air sama ada yang sejuk dan panas. Pada aku menu yang dihidangkan mereka juga lazat dan memenuhi selera aku dan keluarga.


Di buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort ini juga korang menjamah pelbagai jenis menu pencuci mulut yang berwarna warni, dari puding, pelbagai jenis kek dan biskut. Jadi kepada mereka yang masih mencari-cari lokasi buffet Ramadhan di sekitar Selangor, Serdang dan Balakong aku syorkan korang untuk mencuba menu-menu yang ditampilkan pada buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort ini.


Harga yang ditawarkan hanya bagi dewasa adalah RM75 bersih dan RM40 bersih untuk kanak-kanak dari 5 hingga 12 tahun dan juga warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas. Untuk maklumat lanjut berkenaan Philea Mines Beach Resort atau tempahan buffet Ramadhan, boleh la rujuk maklumat yang tertera di bawah :


Philea Mines Beach Resort
Jalan Dulang, Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor

Email

RSVP
0196001558