Resepi Soto Ayam Mudah Dan Sedap Menggunakan Rempah Mak Siti


Bismillah,

Hari ni aku nak reveal cara membuat menu Soto Ayam yang mudah dan sedap. Ye la selama ni pun aku asyik makan je, tapi baru kali ni aku dapat korek resepi dari mak aku cara membuat Soto Ayam yang sedap. Senang je rupanya haha. Kalau tau la senang macam ni, hari-hari lah aku makan Soto Ayam.



Puan isteri pun ada bagi cara-cara nak buat menu Mee Soto yang sedap dan mudah. Aku rasa menu Soto Ayam dan Mee Soto puan isteri ada persamaan kerana mereka menggunakan Rempah Soto Mak Siti. Serius sedap bak hang!

Ok kita mulakan dengan penyediaan bahan-bahannya. Bahan-bahan ini adalah untuk 6 - 8 orang makan :

  1. Seekor ayam (dipotong beberapa bahagian)
  2. Bawang besar 3 biji
  3. Bawang putih 1 labu
  4. Halia sebesar 2 jari
  5. 4 sekawan (kulit kayu manis, cengkih, biji pelaga, bunga lawang)
  6. Kacang tanah
  7. Bawang goreng
  8. Nasi himpit
  9. Soo Hoon
  10. Minyak masak
  11. Cili api
  12. Kicap
  13. Garam
  14. Gula
  15. Serbuk Rempah Sup Soto Mak Siti
  16. Daun sup


Bahagian 1 : Rebus Nasi Himpit
Rebus nasi himpit ready made yang boleh korang dapati di pasaraya-pasaraya atau kedai berhampiran. Tunggu sehingga setengah ke satu jam sebelum nasi himpit boleh ditos dan disejukkan pada suhu bilik.

Bahagian 2 : Cara Penyediaan Kuah Kicap
Kisar atau tumbuk cili api dan sebiji bawang besar. Kuantiti cili api tu bergantung sepedas mana yang korang mahukan. Tambahkan sedikit gula dan kicap. Korang tak perlu tambahkan gula sekiranya korang menggunakan kicap manis.

Bahagian 3 : Goreng Kacang Tanah & Soo Hoon
Goreng kacang tanah dan soo hoon. Korang boleh menggoreng kacang tanah menggunakan minyak masak ataupun korang boleh langai sahaja kacang tanah di dalam kuali.

Bahagian 4 : Air Rebusan Ayam & Ayam Carik
Masukkan beberapa ketul ayam ke dalam air. Panaskan dan tunggu sehingga mendidih. Jangan buang airnya kerana air rebusan ayam itu akan digunakan untuk membuat kuah soto. Asingkan ayam dan dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum dicarik.

Bahagian 5 : Penyediaan Kuah Soto

*Bahan (1)
  Kisar bawang putih, bawang besar, halia dan sedikit air.

Cara-cara penyediaan
  1. Panaskan minyak masak.
  2. Tumiskan 4 sekawan sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan *bahan (1) tadi dan tumus sehingga naik bau.
  4. Masukkan air rebusan ayam tadi dan 1/2 paket besar Serbuk Rempah Soto Mak Siti. Tambahkan air jika perlu.
  5. Kemudian masukkan baki ayam yang dipotong tadi.
  6. Masukkan 5 sudu garam (secukup rasa)
  7. Masukkan 1 sudu gula (secukup rasa)
  8. Tunggu sehingga kuah soto mendidih sebelum dihidang bersama nasi himpit, kacang tanah, soo hoon dan kuah kicap. Tabur daun sup yang dicincang halus ke atas hidangan.

**********


Aku suka dengan Rempah Sup Soto Mak Siti ni sebab rasanya kaw. Kalau korang biasa makan sup tulang, haa macam tu la rasanya kerana ada rasa serdak sum-sum tulangnya. Lagi satu dalam paket besar Rempah Sup Soto Mak Siti ni memang dah disediakan sup bunjut. Jadi tak hairanlah Rempah Sup Soto Mak Siti memang lengkap dan mudah cara penyediaannya.

Aku sangat sarankan rempah-rempah Mak Siti ni digunakan oleh surirumah yang sibuk dengan tugas harian, katerer dan juga mereka yang bujang tetapi mahu merasai menu yang sedap, cepat dan mudah. Kena lah dengan slogan produk Mak Siti itu sendiri iaitu Ingat Masakan Mak, Ingat Mak Siti. 

**********


Terbaru Rempah Ratus Mak Siti telah melancarkan produk-produk rempah ratus dalam bentuk botol yang mana ia merupakan inovasi terkini Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd dalam memastikan produk-produknya lebih relavan dan mendapat tempat di hati pengguna-pengguna di Malaysia. 


Antara produk rempah ratus Mak Siti yang boleh didapati dalam bentuk botol adalah seperti Emping Cili, Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit.


Korang tak perlu bimbang kerana kesemua produk rempah ratus Mak Siti yang dihasilkan oleh Nasuha Enterprise Sdn Bhd selama 42 tahun ini adalah asli, tanpa bahan pengawet dan kandungan MSG. Produk-produk keluaran Mak Siti kini boleh didapati di kedai-kedai runcit, pasaraya-pasaraya besar dan hypermarket seperti TESCO, Giant, Aeon Big, Jusco dan Mydin di seluruh negara. 


Baru-baru ini juga Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Majlis Pelancaran Semula Produk Rempah Ratus Mak Siti yang bertempat di Restoran Rempah Kari Mak Siti, Bandar Tun Razak


Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengurus Besar Nasuha Enterprise Sdn Bhd , Puan Siti Khawa Jannah Nasuha dan turut dihadiri juga oleh beberapa selebriti tanah air, pengusaha-pengusaha produk dan wakil-wakil media tempatan. Disepanjang majlis tersebut, tetamu dihidangkan dengan menu-menu yang berasaskan dari rempah ratus Mak Siti. Semua menu-menunya sedap lebih-lebih lagi menu Kari Daging Kambing dan Soto Ayam.


Majlis diakhiri dengan pemberian duit raya kepada kesemua anak-anak yatim yang hadir. So kalau korang nak dapatkan sebarang info berkenaan produk atau sebarang pertanyaan, boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah.

Nasuha Enterprise Sdn. Bhd. 
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh
84500 Muar, Johor. 

Tel : 06-9737508 / 509
Whatsapp : 017-3309330

Website

Facebook

Instagram


17 Comments

  1. soto tu mcm teruja pulak sedap. hehh kalo makan panas2 memang best lah

    ReplyDelete
  2. Suka soto yang diorang hidangkan hari tu...cukup segala rasanyaa...sedap..nak mintak tambah malu plak..

    ReplyDelete
  3. Selalu dengar rempah mak siti nie. Tapi susah betul nak jumpa. Erm sedapnya kalau dapat berbuka makan soto hari nie

    ReplyDelete
  4. Bila tengok gambar kau dengan produk Mak Siti tu aku ingat kau adalah chef serius....

    ReplyDelete
  5. Terbuka selera bila tengok soto ayam tu.. sedap2.. rempah ratus Mak Siti ni mmg best! :)

    ReplyDelete
  6. Memang favourite soto ayam ni. sebelum ni nk msk soto kne sangai rempah bagai. tapi ada rempah ni nampak mcm senang je nak gune. nampak menarik. boleh cuba raya nnti.

    ReplyDelete
  7. meh dtg beraya kt kuantan mak aku buay soto sekali bergedil power haha

    ReplyDelete
  8. boleh bagi no phone tak? nak oder katering untuk open house nanti

    ReplyDelete
  9. Macam nyummy2 je resepi soto ni :)

    ReplyDelete
  10. Tak sabar plak nak tunggu raya bila tengok soto nih! hehe.

    ReplyDelete
  11. ari raya nnt blh masak tak kt umah saya hahahahaha..dapnyerrr

    ReplyDelete
  12. Mee soto memang mudah nak dihasilkan.. hopefully raya nanti dapatlah cuba sendiri masakan afzal and.kak radhia

    ReplyDelete
  13. Pernah try buat tapi tak menjadi, sebab tak rasa sangat kuah soto tu. Tapi nak cuba dengan rempah ni nanti. hehehe thanks for sharing. hehehe

    ReplyDelete
  14. Bila abam suka suki mula memasak, memang mengagumkan!

    ReplyDelete
  15. ade sambal kicap lagi win kan.. hihi

    ReplyDelete
  16. Senang nya! Dia buat sedap air rebusan ayam tu...

    ReplyDelete