Gaya Untuk Berjaya : Buku Tatacara, Protokol Dan Penjagaan Imej

11:09 AM


Bismillah, 


Baru-baru ini bertempat di CuteCarry Sdn Bhd, Seri Kembangan Selangor berlangsungnya Majlis Hari Raya dan Pelancaran Buku Gaya Untuk Berjaya oleh Tuan Hafiz Mustapha, Pakar Perunding Imej yang terkenal di Malaysia. Aku rasa teruja bila mengetahui yang beliau juga merupakan Naib Presiden of Image Professional International (FIPI) Malaysia. Jadi aku pasti bukunya juga mengandungi ilmu dan fakta yang super awesome tentang cara kita menjaga penampilan diri di khalayak ramai. 


Aku diberitahu yang Tuan Hafiz Mustapha merupakan seorang bekas blogger satu ketika dahulu dan juga pernah menjawat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. Tetapi kerana minat yang mendalam terhadap penjagaan imej, beliau mengambil keputusan untuk membuka syarikat sendiri dan menjadi konsultan tentang tatacara penampilan dan protokol ketika menghadiri sesuatu majlis. Beliau juga sangat peramah dan mudah mesra, jadi mudah untuk orang mengenalinya secara lebih dekat. 


Majlis Pelancaran Buku Gaya Untuk Berjaya itu bermula seawal 5 petang dengan ucapan daripada Tuan Hafiz Mustapha dan disusuli dengan pemotongan riben dan tandatangan perasmian pada plat. Buku Gaya Untuk Berjaya ini merupakan buku pertama di Malaysia yang menggabungkan (4) empat elemen imej, ABCD iaitu :


  • A = Appearance (Penampilan)
  • B = Behavior (Kelakuan/Protokol & Etika)
  • C = Communication (Komunikasi)
  • D = Development (Pembangunan Diri & Motivasi)
Buku ini berdasarkan pengalaman Tuan Hafiz Mustapha sendiri bermula daripada bawah untuk mengembangkan kerjaya sebagai seorang penceramah dan perunding imej yang berjaya. Buku ini mengandungi 9 bab, dilengkapi dengan halaman-halaman yang bercetak dan penuh dengan ilustrasi berwarna. Sangat santai penceritaannya dan mudah difahami. Aku pasti korang juga akan suka lebih-lebih lagi kepada mereka yang masih tercari-cari buku rujukan yang sesuai tentang tatacara penjagaan dan penampilan diri. 


Harganya juga mampu milik iaitu RM50 untuk Semenanjung Malaysia dan RM53 untuk Sabah Sarawak. Sekiranya korang beli buku Gaya Untuk Berjaya ini sekarang, korang berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah khas iaitu jam tangan Karl Lagerfeld daripada pereka fesyen terkemuka Chanel dan Fendi


Kalau korang nak dapatkan buku Gaya Untuk Berjaya ni atau sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh CuteCarry, boleh lah rujuk maklumat yang tertera di bawah. 

Website :

Facebook :

Instagram :

Emel :

Whatsapp :
019-3376807

Contact :
03-89406807



You Might Also Like

2 comments