Kisah Raya Jasmeen : Seratus Je?

1:50 PM


Bismillah, 

Tak macam tahun-tahun sebelum, tahun ni merupakan tahun pertama Jasmeen keluar kutip duit raya sendiri. Sebelum ini kerja aku dan puan isteri tolong kutipkan untuknya. Jadi bila kutip sendiri tu, nampak la macam dia dah besar sangat kan. Besar tang perut je boleh la. 



Macam biasa sorang demi sorang datang menghulur duit raya kepada Jasmeen sampai dia sendiri tak menang tangan. Siap cakap tak nak bila orang bagi duit raya. Dah pe hal? Jangan macam-macam kalau tak nak, pass je kat babah hahaha. 

"Nah Jasmeen", sapa Pak Su nya sambil hulur sampul duit raya berwarna hijau. Jasmeen terus menyambutnya dengan ucapan terima kasih. Aku tak harap pun sebab tau Pak Su dia tu pun baru mula bekerja. 

Aku tengok Jasmeen buat muka meme. "Apsal seratus je ni?", sambil layang-layang kan not RM5 yang Pak Su dia baru bagi tadi. Muka tak puas hati macam orang dapat duit singgit. Ni pesen carut sopan ke hape ni? 

Hahaha tepuk dahi aku. Tatau nak kata. Mujur la dia kecik lagi, so alasan tak kenal duit tu boleh di terima. Takde la terasa sangat. 

Kalau dah tingkatan 8 cakap cenggini, rasa time tu gak dah kena tomoi ngan Pak Su dia hahaha. Maafkan la dia ye Pak Su, geng budak raver baru nak up memanh macamni hahaha. 

Terima kasih ye untuk not RM100 tu Pak Su huhuhu (tangan di bahu mata di atas)

You Might Also Like

4 comments

  1. janji konfident tauuu!!! hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Banyak tu rm 100... Hehhehee...

    ReplyDelete
  3. Hahahaha....janji duit kannnn betul x jasmeen..kot di katanya alaaa seribu jee...sure menoleh semua org

    .

    ReplyDelete
  4. untunglah dia dapat seratus..kalau dah 10 orang bagi seratus...wahhh...hehehe...

    ReplyDelete