Nikmati Breakfast Dan Lunch Di Food Truck RE: Fuel On Wheels, Aloft KL Sentral


Bismillah, 

Baru-baru ini Hotel Aloft, KL Sentral telah melancarkan RE: Fuel On Wheels, food truck pertamanya dan merupakan satu-satunya food truck yang diperkenalkan oleh hotel di Kuala Lumpur. RE: Fuel On Wheels ini menyajikan menu jalanan mudah dan sihat kepada warga kota yang berada di sekitar KL Sentral. Dengan adanya RE: Fuel On Wheels ini, ia memberi kemudahan kepada pekerja-pekerja sekitar dan juga orang awam yang tidak punya cukup masa mendapatkan sarapan pada awal pagi dan sibuk untuk keluar makan tengahari.


RE: Fuel On Wheels menyediakan menu sarapan pagi dan juga menu makan tengahari yang mana konsepnya adalah take away. Sarapan pagi akan disediakan seawal 7 pagi hingga 9 pagi manakala 11 pagi hingga 3 petang untuk makan tengahari. Food truck ini hanya akan berada di ruang legar hadapan Hotel Aloft KL Sentral pada hari bekerja Isnin hingga Jumaat sahaja ye. Sabtu dan Ahad cuti.


Aku tertarik dengan packaging nya kerana bagi aku ia mesra take away gitu haha. Kuah dan main dish tak bercampur sekali jadi ia dapat mengelakkan makanan menjadi basi dan rosak. Kalau bungkus sarapan, still boleh makan untuk tengahari dan aku yakin menu tengaharinya juga boleh disimpan hingga petang. Mana la tau ada antara korang yang terpaksa OT sampai lewat petang kan.


Antara menu-menu yang ada disajikan di RE: Fuel On Wheels di Aloft KL Sentral adalah :

Sarapan
  • Mee Goreng, Bubur Ayam, Nasi Lemak Ayam Goreng, Burger & Toast, Sandwich Tuna, Sandwich Telur, Chicken Tortilla Roll, Vegetarian Ciabatta Sandwich, Granola Yogurt, fruit juices dan kopi. 

Makan Tengahari
  • Laksa Sarawak, Nasi Ayam, Nasi Lemak & Rendang Daging, Dry Wanton Noodle, Basil Pesto, Spaghetti Bolognaise, Pulled Beef Burger, Grilled Chicken Sandwich, Tuna Sandwich, Smoked Salmon Sandwich, buah-buahan, Caesar Salad dan Rojak Buah. 

Harga-harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan rasa dan portion nya, sekitar RM3 sehingga RM10. Untuk sarapan pagi aku cadangkan korang cuba Nasi Lemak nya kerana sambal yang ditampilkan oleh chef Mohd Faizal Bin Mohd Saiful Bahari memang awesome. Lagi satu Laksa Sarawak Aloft KL Sentral ni memang cukup terkenal kerana rasanya yang asli dan kuahnya yang pekat. Korang wajib cuba tau nanti sebab hidangan Laksa Sarawak ni ada dalam menu makan tengahari mereka. 

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan menu hidangan atau sebarang  pertanyaanboleh berkenaan RE: Fuel On Wheels bolehlah rujuk maklumat yang tertera di bawah :


Laman Web :

Facebook :

Instagram :

1 Comments

  1. Oh, ada ye kat Aloft Hotel. Dekat je tu dgn hopis akak.

    ReplyDelete