Value Lunch Deal Serendah RM16.90 Hanya Di Tony Roma's

8:33 AM


Bismillah, 


Siapa kata dengan hanya RM20 kita tak boleh untuk merasai set hidangan lazat daripada Tony Roma's? Malah korang siap dapat pulangan wang baki lagi dengan set menu hidangan tengahari hanya di Tony Roma's. 



Kini cawangan Tony Roma's di seluruh negara telah melancarkan set menu hidangan tengahari yang mana harga yang ditawarkannya betul-betul murah dan menjimatkan. Korang boleh menikmati hidangan menu pilihan korang pada harga serendah RM16.90 sehingga RM43.90.


Sebanyak 15 jenis menu termasuk 3 menu kombo yang boleh menjadi pilihan korang. Setiap menu akan dihidangkan bersama semangkuk sup dan minuman ringan yang boleh di-refill secara PERCUMA!


Antara menu-menu yang terdapat dalam value lunch deal di Tony Roma's ini adalah Mojo Chicken, Fish & Fries, Fire-Grilled Harvest Valley Chicken, Spicy Chicken Pasta, BBQ 1/4 Chicken, New York Steak, White BBQ Chicken, Tony's Asian Salad BBQ Chicken, Chicken Caprese Pasta, Lamb Cevapi, Chicken Caesar Salad dan Ribs 2. Bagi hidangan combo pula, 3 pilihan diberikan kepada pelanggan Tony Roma's iaitu Bountiful Beef Rib & Mojo Chicken, Bountiful Beef Rib With Fish & Fries dan Bountiful Beef Rib & Lamb Cevapi.



Aku dah cuba rasa semua menu yang dihidangkan di Tony Roma's. Memang terbaik. Portion besar dan sangat mengenyangkan. Dalam banyak-banyak menu yang ada, aku suggest korang cuba menu Bountiful Beef Ribs mereka. Mak aih lembutnya daging. Tak melekat pun pada tulang rusuknya. Lagi-lagi bila ia dicicah bersama resepi istimewa sos lada hitamnya yang pekat. Perghh awesome sangat.


Lagi satu untuk menu Fish & Fries nya, fillet ikannya rangup di luar tetapi lembut di dalam. Kebiasaan kalau aku order Fish & Chip di restoran lain, bahagian luarnya tak rangup seperti yang dihidangkan di Tony Roma's. Korang juga punya pilihan lain untuk sos pencicah iaitu Tony Roma's Original Sauce, Carolina Honey, Red Hots dan Blue Ridge Smokies. Setiap satunya punya rasa yang tersendiri. Terpulanglah pada citarasa masing-masing tapi pada aku paling sedap Blue Ridge Smokies.


Tony Roma' s mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara antaranya :

  1. NU Sentral, Kuala Lumpur
  2. Sunway Pyramid, Petaling Jaya
  3. eCurve, Damansara
  4. Pavillion, Kuala Lumpur
  5. The Gardens, Kuala Lumpur
  6. Setia City Mall Shah Alam
  7. Citta Mall Petaling Jaya
  8. Vivacity Megamall, Kuching
  9. Mahkota Parade, Melaka
  10. AEON Mall Tebrau City, Johor Bahru. 

Namun begitu terdapat dua cawangannya yang TIDAK MENYEDIAKAN PROMOSI ini iaitu di Komtar JBCC Johor Bahru dan IOI Mall Putrajaya.


Jadi jangan lupa ajak kawan-kawan ofis datang lunch di Tony Roma's. Ia hanya valid pada hari bekerja sahaja, Isnin hingga Jumaat dari jam 11 pagi sehingga 3 petang sahaja. Hari cuti umum tak termasuk ye. Weekdays sahaja. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan promosi dan menu, korang boleh rujuk maklumat seperti di bawah:

Laman web :

Facebook :

You Might Also Like

6 comments

  1. Lama betul tak makan kat sini. Fav tempat ena ni dulu sebab abg ena selalu belanja. Ahaks, sekarang ni jarang dah makan sini. Sedap2. I loike.

    ReplyDelete
  2. Alamak my fav esp beef ribs . Promo ni weekdays je ke atau weekend pun boleh

    ReplyDelete
  3. sekali sekala makan western best jugak kan. kalu nak pergi pun paling dekat 101 mall putrajaya je. huhu

    ReplyDelete
  4. Harga berpatutan, kena pergilah ini. Cawangan paling dekat NU Sentral tu.

    ReplyDelete
  5. tengok semuanya menyelerakan...harga murahnya....kenapa kat jb takde....

    ReplyDelete