4 Fakta Kenapa Produk Himalaya Menjadi Pilihan Backpacker Dan Traveller


Bismillah,

4 Fakta Kenapa Produk Himalaya Pilihan Backpacker Dan Traveller | Sebenarnya aku dah kenal produk Himalaya ni since aku belajar di IPTA dulu. Kebanyakan rakan-rakan perempuan aku mengesyorkan produk ini kepada yang lain tetapi bila aku tengok harganya pula, adoi terus letak balik. Almaklumlah masih berstatus pelajar kan? Dulu pencuci muka pun guna sabun wangi tu haha.


Tapi baru-baru ini kawan aku mengingatkan aku kembali pada produk Himalaya ini. Tapi kali ni aku nampak dia menjinjit beg kecil yang berisi 6 produk Himalaya bersama. Wah menarik ni sebab saiznya pun tak begitu besar. Aku yakin yang ramai akan bertukar dan menggunakan produk Himalaya lebih-lebih lagi ia memenuhi ciri-ciri keperluan seorang traveller dan backpackers. Kenapa?

1 | Bersaiz Kecil & Mudah Bawa
Kini produk Himalaya didatangkan dalam beberapa saiz untuk memberi kemudahan kepada backpacker dan traveller bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Contohnya seperti Neen Face Wash 15ml. Sangat kecil dan sesuai untuk mereka yang sibuk dengan urusan harian. Aku pula akan bawa Neem Face Wash 15ml di dalam poket sahaja kerana aku tau aku sangat perlukannya.

Neem Face Wash juga diperbuat khas untuk mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat. Ia tidak mengandungi sabun jadi bila korang mencuci muka, tak banyak buih yang akan keluar. Ia juga tiada bahan kimia, bahan peluntur, paraben, hidrokinon (ditemui dalam kebanyakan pencuci muka untk memutihkan wajah) dan SLS. Ia didatangkan dalam 6 saiz iaitu 15ml, 50ml, 100ml, 150ml, 200ml dan 300ml. Jadi ia amat sesuai untuk aku lagi-lagi bila aku banyak keluar bertugas di lapangan.


2 | Kesan Drastik Dan Pantas
Aku dah mencuba beberapa produk keluaran Himalaya ini dan kesannya memang jelas dan pantas. Contohnya bila aku keluar di lapangan atau bercuti dalam keadaan cuaca panas dan berpeluh, aku akan pakai Neem Face Wash. Walaupun tak banyak buih tapi ia mampu melembutkan dan menegangkan kulit wajah aku. Lagipun keadaan itu boleh kekal dalam tempoh yang lama. Kulit aku pun kurang berminyak akibat peluh.

Lagi satu korang patut cuba Himalaya Koflet Lozenge. Himalaya Koflet Lozenge adalah formulasi pelbagai bahan yang diperkaya dengan madu, yang bermanfaat dalam menguruskan batuk yang berterusan. Himalaya Koflet Lozenge menawarkan pelbagai tindakan untuk mengurangkan batuk, sakit tekak dan cepat meredakan kerengsaan tekak. Ia mempunyai antitussive (batuk melegakan), tindakan antiseptik dan anti-radang. Di samping itu, ia juga mampu bertindak sebagai antimikrobial, analgesik, dan antihistamin yang bermanfaat.


Ia juga mampu memulihkan batuk dalam jangkitan oropharyngeal seperti tonsillitis, pharyngitis, dan laringitis dan juga batuk yang dikaitkan dengan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) atau disebabkan rokok. Korang akan rasa lega bila berdepan dengan keadaan cuaca dan peralihan suhu di negara orang.

3 | 100% Bahan Semulajadi
Produk-produk kesihatan dan kecantikan Himalaya diasaskan daripada 100% sumber semulajadi tanpa bahan-bahan kimia yang mudah merengsa pada mereka yang mempunyai alahan dan kulit sensitif. Ia diperbuat daripada Aloe Vera, Madu, herba dan Neem. Neem ni sebenarnya merupakan daun semambu yang mana kebiasaan kita menggunakannya untuk merawat anak-anak yang terkena penyakit campak, cacar air atau chicken pox.

Tanpa kita sedari sebenarnya daun semambu ini mempunyai banyak khasiat yang kita sendiri tak tahu antaranya :

  1. Mengurangkan berat badan
  2. Mengawal kandungan gula dalam badan
  3. Menghalang pertumbuhan sel kanser (terdapat sel protein asli di dalam daun semambu yang dipanggil Neem Leaf Glycoprotein’ atau NLGP)
  4. Mandungan ‘nimbidol’ dan ‘gedunin’ yang terkandung dalam pokok semambu bertindak sebagai anti-kulat dan mampu untuk membunuh kulat yang tumbuh pada kulit
  5. Membunuh kutu kepala
  6. Menghalau nyamuk
  7. Membantu merawat hepatitis
  8. Mencegah dan merawat penyakit mulut, gigi dan gusi.
  9. Mencegah penyakit ameobasis
  10. Dan pelbagai penyakit kulit yang lain.
Jadi tak perlu rasa risau dan was-was dengan produk Himalaya ini lebih-lebih lagi jika melibatkan tuntutan fardhu. Kalau ia dah diformulasikan dengan pelbagai kebaikan dan perawatan, untuk apa lagi kita pilih yang lain kan?

4 | Sesuai Untuk Lelaki Dan Wanita
Kesemua produk daripada Himalaya ini sangat sesuai digunakan baik lelaki atau wanita kerana ia tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan pada sesetengah pemakai. Ia juga boleh digunakan pada ibu yang hamil, mereka yang mempunyai kulit sensitif dan yang ada alahan pada ubat.

Jadi produk ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah-masalah tersebut dan boleh dibawa bersama sewaktu melancong atau berkerja di luar. Ye la bila dah berada di negara orang, kita pun tak pasti apakah bahan-bahan yang ada di dalam produk di sana. Salah pakai, salah makan yang menanggung akibatnya pasti diri kita sendiri. Dah nak kena fikir plak kos rawatan. Nak apa lagi? Ubat sakit tekak ada, ubat masalah rambut ada, pencuci muka ada, ubat gigi ada dan macam-macam lagi.


**********

Jadi aku pasti 4 fakta di atas akan meyakinkan lagi bahawa produk-produk Himalaya akan menjadi pilihan dan mampu menambat hari backpacker dan traveller di luar sana. Penting bagi aku sekiranya aku nak menggunakan produk, aku akan pastikan yang produk tersebut adalah halal dan selamat digunakan. Korang juga tak perlu bimbang kerana pengasas produk Himalaya juga adalah seorang muslim. (rujuk artikel disini)

Korang boleh dapatkan kit mudah bawa dengan pembelian 6 jenis produk daripada Himalaya. Korang juga boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan produk dan harga seperti yang tertera di bawah :


2 Comments

  1. Kena try produk himalaya ni. Nak try ubat giginya. Part muka ena tak berani sangat nak tukar2 sebab muka ni memang sensitip tarap gaban

    ReplyDelete