Filem Malaysia -TERBALIK Bakal Dibikin Semula Untuk 34 Buah Negara


Bismillah,

Siapa sangka filem arahan Yasu Tanaka dari Malaysia akan dibikin semula oleh penerbit-penerbit filem daripada 34 buah negara tidak lama lagi. Yasu Tanaka yang juga pernah menghasilkan filem Nota, telah memenangi Anugerah Skrin Terbaik di Festival Filem Malaysia 2016 (FFM28) tahun lalu. Filem arahannya juga telah membuktikan pelakon Maya Karin layak merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik untuk Anugerah Skrin 2016.


Ivanhoe Pictures, merupakan salah sebuah syarikat yang melibatkan penerbitan filem, pembiayaan siaran televisyen serta entiti pengeluaran yang mana ia berfungsi sebagai entiti pengeluaran yang membangun, menghasilkan dan mendapatkan kandungan serta jalan cerita untuk pasaran global.


Sewaktu di Forum Pembiayaan Hongkong Asia, Ivanhoe Pictures telah membaca skrip filem TERBALIK/UPSIDE DOWN dan berminat untuk mendapatkan hak pembikinan semula filem tersebut untuknya di 34 buah negara seperti Amerika Utara, Perancis, United Kingdom, China, Korea Selatan, Sepanyol, Amerika Latin, India dan Vietnam. Amerika Syarikat bakal mengambil langkah awal memulakan pembikinan filem TERBALIK pada tahun 2018 dengan mengekalkan senario seperti jalan cerita asal.


John Penotti, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Ivanhoe Pictures memberitahu yang beliau gembira untuk bekerjasama dengan 42nd Pictures untuk filem TERBALIK. Beliau yang ditemui baru sahaja menghabiskan masa selama setahun di Malaysia bagi menyiapkan penggambaran filem Crazy Rich Asian.


Filem TERBALIK arahan Yasu Tanaka yang dibintangi oleh pelakon hebat tanahair, Bront Palarae ini pada aku mempunyai jalan cerita yang unik dan menarik. Kalau korang pernah menyaksikan filem BURIED arahan Rodrigo Cortes, korang boleh agak plot dan jalan cerita filem TERBALIK ini. Filem berdurasi 80 minit ini bergenre psycho thriller, mengisahkan tentang seorang pelakon terkenal negara yang mengalami masalah rumahtangga terlibat dalam kemalangan jalanraya di sebuah kawasan peegunungan sewaktu dalam perjalanan ke lokasi penggambaran. Keretanya terbalik dan dia sendiri terperangkap di dalamnya, di dalam hutan.

Tiada air, tiada makanan dan kehilangan banyak darah dia terdesak meminta pertolongan. Tiada signal telefon, hon kereta yang tak berfungsi dan enjin kereta yang tidak boleh dihidupkan menyukarkan lagi untuknya meloloskan diri. Seorang budak datang cuba memberikan bantuan tetapi dia tak tahu yang nyawanya bakal menjadi taruhan dan permainan skrip yang dilakonkannya sendiri.

Nak tahu kesudahan filem ini. Jangan lupa saksikannya nanti di pawagam-pawagam berhampiran di seluruh negara.


1 Comments

  1. lau si bront ni berlakon mmg hebat lah..suka tgk lakonan dia..

    ReplyDelete