Kaisar Thai Restaurant Khas Untuk Penggemar Menu Hidangan Thailand


Bismillah,

Kaisar Thai Restaurant Khas Untuk Penggemar Menu Hidangan Thailand | Kali ini aku nak bawa korang ke satu lagi tempat makan menarik di sekitar Taman Maju Jaya, Petaling Jaya iaitu di Kaisar Thai Restaurant. Aku dapat tahu pun daripada kawan aku. Dia kata ada banyak menu Thai di Kaisar Thai Restaurant ni. So memang rambang mata la kalau nak buat pilihan tu.


Kaisar Thai Restaurant ni berhadapan dengan Matahari Mall, Petaling Jaya. Restoran ini mampu menempatkan sehingga 200 orang dalam satu-satu masa. So memang lokasi terbaik jika korang nak buat majlis makan-makan atau sebarang majlis keraian la. Restoran ini juga berhawa dingin, ada tandas dan juga kemudahan surau bagi mereka yang ingin menunaikan solat.


Jadi aku dan kengkawan yang lain memesan beberapa menu yang dikatakan best seller di Kaisar Thai Restaurant ini. Antaranya ialah Sotong Stim Limau, Telur Goreng Kaisar, Tomyam Seafood, Tomyam Poktek, Ikan Siakap Dua Muka, Brokoli Sos Tiram, Daging Bakar Kaisar, Udang Butter, Seafood Longgok (Shell Out), Pulut Mangga dan aiskrim sebagai pencuci mulut. Haha banyakkan?


Untuk minuman pula kitorang pesan Air Durian Belanda, Air Buah Naga, Air Mangga Special, Hot Green Tea, Green Tea Iced dan teh tarik panas. Aku nak bagitau selain menu alakat, mereka juga ada menyajikan menu hidangan set bagi mereka yang membawa keluarga atau kawan-kawan dalam kuantiti yang ramai. Portion yang disediakan juga besar. Aku cadangkan korang kongsi-kongsi je la untuk satu menu.


Apa tu Tomyam Poktek? Sedap ke? Sedap! Tomyam Poktek mempunyai kuah berwarna putih berbanding Tomyam Seafood yang mempunyai kuah berwarna merah. Kalau Tomyam Seafood hanya ada sotong dan udang tetapi Tomyam Poktek bukan setakat udang dan sotong malahan ada lala, ketam, kupang dan sesetengah restoran turut melatakkan ikan. Tapi aku suka kedua-duanya cuma nak lebih puas hati aku cadangkan Tomyam Poktek la.


Dalam banyak-banyak menu yang kami pesan tu, aku suka Sotong Stim Limau. Sotong saiz XL yang dimasak stim, disumbat bersama isi ayam dan soo hoon dan di stimkan bersama air limau dan sayur sayuran. Adoyai sedapnya. Aku ingatkan sotong stim kosong je. Kalau korang ke Kaisar Thai Restaurant jangan lupa untuk pesan menu ni ye.


Selain daripada itu korang kena cuba Telur Goreng Kaisar jugak. Korang biasa makan Laksa Telur Bersarang tak kat Perak? Haa telur dia tu macam telur laksa tu. Rupanya macam sarang cuma Telur Goreng Kaisar ni dimasak bersama cebisan ayam. Memang sedap dan rangup. Aku sememangnya peminat telur, jadi untuk menu Telur Goreng Kaisar tu aku rasa tak cukup kalau dikongsi bersama hahaha.


Menu Seafood Longgok (Shell Out) pula hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Untuk harga promosi cuma RM45 sahaja termasuk Seafood Longgok 2 orang makan, 2 pinggan nasi dan 2 air jus. Jadi bawak keluarga dan kawan-kawan untuk menikmati Seafood Longgok di sini sementara promosi berlangsung. Yang menariknya kuah Seafood Longgok ni memang terbaik. Pada aku tak pedas sangat so sesuai dinikmati oleh kanak-kanak.


Air Hot Green Tea juga sedap. Selama ini aku order yang sejuk je. Tak tau plak Green Tea boleh diminum panas. Ada pelbagai jenis air yang boleh menjadi pilihan korang. Korang juga boleh memesan Aiskrim Kelapa yang terkenal di Thailand di sini. Harganya juga berpatutan setanding dengan portion dan rasa yang dihidangkan.


Aku lihat kebanyakan pelanggan yang datang menjamu selera di sini semuanya datang bersama keluarga dan kawan-kawan. Mungkin aku rasa lebih berbaloi jika memesan secara set.


Jadi untuk korang yang ingin mencuba sendiri keenakan menu masakan Thai, bolehlah membuat tempahan ataupun walk in ke Kaisar Thai Restaurant.

Kaisar Thai Restaurant
Lot 22-1 & Lot 23-1
Jalan PJS 2/16A, Taman Maju Jaya
46000 Petaling Jaya, Selangor


Waktu Operasi
Isnin - Jumaat (2pm - 1am)
Sabtu & Ahad (12pm - 12am)

Telefon
03-77734216 / 016-2058714

Emel


3 Comments