Nasi Lemak RM1 Dan Sedap Di Taman Delima, Kajang

10:44 AM


Bismillah,

Nasi Lemak RM1 Dan Sedap Di Taman Delima, Kajang | Aku dah perasan dari hari Isnin haritu lagi tapi aku tak ada la rasa nak berhenti. Yela orang meniaga ni macam cendawan tumbuh. Tapi tetiba hari ni aku ada meeting, so singgah la nak beli nasi lemak.


Anak muda je. Umur dalam lingkungan 20an, meniaga pun sendirian. Dia guna satu payung pasar. Senang je nak cam kalau korang lalu di Taman Delima tu. Aku tengok nasi lemak dia comel-comel.

Bau nasi lemak dia, macam bau nasi lemak kampung. Korang biasa tak? Nasi lemak bungkus yang ada kat warung-warung kampung tu. Sambal dia pun dah menyucuk-nyucuk hidung aku. Ada telur rebus, ikan bilis dan nasi lemak semangkuk, dibungkus dalam daun pisang.


"Sebungkus ni berapa ek?", tanya aku. Aku agak harga dia dalam RM1.50 atau RM2. Duit aku dah seluk dari poket seluar awal-awal.

"RM1 bang", jawabnya. Terkejut gak aku sebab susah dah nak jumpa nasi lemak harga RM1 kat area Kajang ni. Kalau ada pun RM1.20 atau RM1.50 untuk saiz macam tu.


Rasanya sedap. Sambal pedas sikit, dimasak dengan belacan kalau aku tak silap. Kalau korang nak nasi lemak murah, sedap dan nak dibeli banyak aku syorkan kat sini. Best!

Jangan lupa singgah Nasi Lemak RM1 di Taman Delima, pin point Sekolah Menengah Agama Kajang (SMAP Kajang) atau Jalan Impian Makmur. Ada satu payung dan seorang je budak bujang.


You Might Also Like

3 comments

  1. ada lagi nasi lemak seringgit telur separuh ke tu ?

    ReplyDelete
  2. semoga dimurahkan rezeki abg tu amin
    susah nak dpt nasi lemak RM1 ada telur lak tu huhu

    ReplyDelete
  3. Meniaga ala-ala kadar cukup mslan dannpusing modal.

    Nasi Lemak Pandan Mieeza yang aku jual RM2.00.

    Afzal pernah singgah dan beli. Dah di post kat blog ini jugak.

    ReplyDelete