Penangan Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium, D'Pulze Cyberjaya


Bismillah,

Siapa di sini peminat menu ayam kampung? Kalau korang berada di Cyberjaya, apa kata korang singgah di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium yang terletak di pusat membeli belah D'Pulze, Cyberjaya.


Sebelum ni aku dengar daripada mulut kawan-kawan je, tapi kali ni aku pergi untuk rasai sendiri dan buktikan apa benarkah cakap-cakap kengkawan aku tu. Tak susah pun nak cari Restoran Ayam Kampung Velodrome  Premium ni  sebab ia terletak di bahagian luar bangunan. Aku diberitahu yang dahulu ia merupakan tapak parkir VIP. Kalau korang cari di dalam mall memang takkan jumpa.


Restoran ini beroperasi seawal 10 pagi sehingga 10.30 malam setiap hari tanpa cuti. Jadi korang boleh datang bila-bila masa sahaja. Aku datang hari tu pun seawal 11 pagi, tapi aku lihat sudah ada pelanggan yang berada di restoran berkenaan. Aku diberitahu yang kebanyakan pelanggan-pelanggan yang datang merupakan pelanggan tetap dari pelbagai bangsa.


Ruang restoran terbahagi kepada bahagian. Korang boleh pilih ruang berhawa dingin atau ruang luar (open air). Bahagian dapur sengaja dibuka agar pengunjung dapat lihat dan dengar bunyi hidangan disediakan. Itu sekadar ingin memaklumkan yang menu yang mereka sediakan adalah segar dan dimasak seusai pesanan diambil.


Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium ini ada menyediakan beberapa hidangan berupa set, set sarapan pagi, alakat dari pagi sehingga malam dan menu masakan barat bermula pada sebelah petangnya. Aku memesan beberapa hidangan antaranya Set Ayam Kampung Butter dan Set Ayam Kampung Goreng. Kemudian aku pesan juga Gulai Kawah Daging Tetel, Pucuk Ubi Masak Lemak, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Bakar Tilapia, Ikan Bakar Keli, Satay dan Jus Buah Naga.


Aku cadangkan korang cuba Set Ayam Kampung Butter. Serius sedap! Butter nya sangat creamy dan pekat. Gulai Kawah Daging Tetel pun sedap. Daging tetelnya lembut. Difahamkan daging tetel tersebut dimasak selama 6 jam sebelum dihidang kepada pelanggan. Siput sedutnya juga besar-besar belaka. Siput sedut yang disajikan di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium ini diimport dari seberang dan saiznya adalah L ke XL.


Jusnya juga pekat-pekat belaka. Bukan sahaja jus buah naga, tetapi bila aku cuba jus durian belanda kawan aku rasa seperti minum pati buah durian belanda. Pekat gila. Aku boleh anggarkan nisbah air kepada durian belanda adalah 2:8. Memang pekat, korang kena cuba sendiri kalau nak tau macamana rasanya.


Untuk pengetahuan korang, sepanjang bulan Ogos 2017 ini Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium mengadakan promosi yang mana potongan 50% diberikan kepada pelanggan restoran yang memesan menu set yang berharga RM10 dan ke atas. Contohnya set menu Nasi Ayam Kampung Goreng berharga RM12.90 pada hari biasa, korang boleh dapat pada harga RM6.50 sahaja. Tapi korang kena datang awal la sebab promosi ini bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari setiap hari.

Bagi pelajar-pelajar yang singgah makan di sini juga, korang boleh dapatkan potongan sebanyak 10% bagi menu yang korang pesan. Hanya bawa kad pelajar korang dan tunjuk sewaktu ingin membuat bayaran di kaunter pembayaran.

So kepada korang yang ingin mencuba keenakan dan kelainan menu yang ditampilkan di Restoran Ayam Kampung Velodrome Premium ini, bolehlah rujuk maklumat yang tertera di bawah.


Premium Outlet Restoran Ayam Kampung Velodrome
Lot EX-GW-01
D'Pulze Shopping Centre
63000 Cyberjaya

Telefon
010-3003077

Waktu Operasi
10 am - 10.30 pm (setiap hari)


3 Comments

  1. Very nice review. I will give it a try soon. :)

    ReplyDelete
  2. dekat dengan umah nie. boleh ah try
    thanks afzal

    ReplyDelete
  3. Ya ampun... sedapnya tengok gambar-gambar ni.. T.T

    ReplyDelete