Pengalaman Glamping Di Lost World Of Tambun, Perak


Bismillah,

Glamorous Camping Dan Sixth Miles Tunnel Antara Tarikan Yang Ada Di Lost World Of Tambun, Perak | Bila sebut pasal Lost World Of Tambun, pengunjung akan membayangkan taman tema air, kolam air panas, taman tema kanak-kanak, banyak haiwan seperti di kebanyakan zoo, ada rumah hantu, persembahan tarian api dan banyak lagi. Tu pun ada lagi yang tak disebut tetapi tahukah korang yang Lost World Of Tambun ada menyediakan tapak khemah yang dipanggil glamping iaitu singkatan bagi glamorous camping? Haa ni aku nak cerita.


Seperti kebanyakan pengunjung yang hadir, aku juga membayangkan perkara yang sama seperti di atas. Tak terfikir langsung yang Lost World Of Tambun turut menyediakan aktiviti lain yang pada aku merupakan antara tarikan baru kepada mereka yang gemar berkhemah dan mencuba sesuatu yang lebih ekstrim.


Glamorous Camping (Glamping) | Tak semua tempat ada menyediakan kemudahan seperti ini. Glamorous camping sama seperti perkhemahan yang biasa kita lihat cuma peralatan dan kemudahannya jauh lebih lengkap dan lebih baik. Ia disediakan oleh pihak pengurusan Lost World Of Tambun jadi korang hanya perlu bawa diri sahaja. Di dalam khemah tersebut ada katil, ada rak baju, tilam, bantal, ada kemudahan bilik air dan bilik mandi, ada tempat unggun api, kipas dan ada sesetengah pengurusan ada menyediakan penghawa dingin. Kawasan tempat perkhemahan juga dijaga selia oleh pengawal bertugas 24 jam sehari.


Menariknya Glamping Di Lost World Of Tambun | Di Lost Word Of Tambun ada menyediakan 4 buah khemah di tapak glamping dan satu lagi di atas tasik. Aku berkesempatan menginap tapak yang ada di atas air. Ia merupakan satu pengalaman yang baru bagi aku. Khemah tersebut dilengkapi dengan kelengkapan untuk empat orang. Rasa dan suasananya seperti korang menaiki criuse. Yang menariknya bila malam korang dapat melihat keindahan malam di atas air dan tiada nyamuk pun. Aku sendiri hairan tetapi aku dimaklumkan yang kawasan sekitar ditanam dengan serai wangi dan kawasan itu dikelilingi kawasan batu kapur.


Bezanya tapak glamping di darat dan atas air ialah tapak di darat menyediakan tempat untuk unggun api manakala di air tidak. Korang tak perlu risau pasal bilik air atau bilik mandi kerana ia terletak tak jauh daripada tapak glamping tersebut. Bilik mandinya luas, dibina berhampiran bukit batu kapur dan cantik. Korang patut cubanya sendiri apabila korang datang ke Lost World Of Tambun.


Jadi kalau korang nak tahu harga pakej glamping ini serta pakej-pakej lain yang disediakan di Lost World Of Tambun, boleh lah rujuk maklumat atau hubungi pihak pengurusan seperti yang tertera di bawah :



3 Comments

  1. Bestnyaaa. Back to nature! I loike la. Tak pernah camping macam ni

    ReplyDelete
  2. Lama dah teringin nak ke eorld of tambum di perak. Insya Allah, jika berkesempatan nak glamping kat situ.

    ReplyDelete