Pengalaman Meneroka Sixth Miles Tunnel di Lost World Of Tambun, Perak


Bismillah,

Pengalaman Meneroka Sixth Miles Tunnel di Lost World Of Tambun, Perak | Kali ini aku nak berkongsi pula salah satu aktiviti ekstrim yang boleh korang lakukan ketika berada di Lost World Of Tambun, Perak. Lost World Of Tambun bukan sahaja terkenal dengan taman tema airnya malah korang boleh mencuba beberapa aktiviti yang jauh lebih menarik dan mencabar di sana. Jadi kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku sendiri meneroka Sixth Miles Tunnel yang boleh korang temui di Lost World Of Tambun.


Panjang terowong ini adalah 6 batu, 3 batu pergi dan 3 batu balik. Ia terletak di bawah bukit batu kapur. Pada asalnya pelombong menjadikan terowong ini jalan pintas untuk ke sebelah lain bukit di samping melombong bijih timah dan akhirnya ia dijadikan sebagai tempat persembunyian tentera komunis dan tempat strategik untuk menyerang hendap askar Melayu mahupun masyarakat setempat. 

Persediaan Mental Dan Fizikal | Sebelum korang memulakan perjalanan, korang akan diberikan taklimat tentang keselamatan oleh marshal yang bertugas. Korang dibekalkan dengan topi keselamatan, lampu kepala, vest keselamatan, sebotol air mineral dan chocolate bar. Perjalanan pergi dan balik akan mengambil masa selama 4 jam. Korang akan dibawa merentasi tasik sehingga tiba di sebuah kawasan perumahan.



Dari sana korang akan menuju ke tapak aktiviti Xtreme yang mana terletaknya Sixth Miles Tunnel tersebut. Tapak tersebut juga menyediakan chalet untuk para pengunjung, bilik air dan tapak aktiviti untuk wall climbing. Jarak dari tasik ke tapak aktiviti Xtreme tersebut dianggarkan dalam 300 meter. Aku nasihatkan agar korang memakai pakaian yang bersesuaian, kasut getah seperti Crocs, tidak membawa telefon bimbit, dan peralatan-peralatan lain yang tidak kalis air. 



Pengalaman Menelusuri Terowong Sepanjang 6 Batu | Korang terpaksa melintasi paya sebelum memasuki terowong. Korang akan diajar cara-cara untuk mengapungkan diri di dalam paya tersebut kerana dasar paya tersebut dipenuhi selut. Jika korang memijak selut, berkemungkinan kaki korang akan tersangkut dan sukar untuk bergerak. Jadi satu-satunya cara untuk korang melintasi paya tersebut adalah adalah dengan cara mengapungkan diri. Jangan bimbang kerana di sepanjang paya tersebut telah disediakan tali bagi memudahkan korang untuk bergerak. 



Bila aku tiba di hadapan terowong, aku dapat melihat spesis-spesis ikan bermain-main di kaki aku. Besar mereka adalah seperti tapak tangan. Antara ikan yang aku kenal adalah seperti lampam. Aku juga diberitahu selain ikan lampam, terowong tersebut turut menjadi habitat kepada spesis-spesis haiwan lain seperti keli, kelawar, ular, katak dan macam-macam lagi. Jadi perlu diingatkan agar korang sentiasa fokus dan berhati-hati terutamanya apabila melihat lubang-lubang yang ada di dinding gua. Kemungkinan itu merupakan habitat atau lubang ular. 



Di awal perjalanan, paras air adalah di bahagian lutut sehingga peha. Kemudian ia akan beransur-ansur cetek dan mula berbatu-batu. Marshal akan menasihatkan korang agar tidak sesekali menyentuh sesetengah bahagian dinding gua kerana dikhuatiri akan merosakkan pertumbuhan dan perkembangan kristal. Korang juga boleh melihat dinding gua yang berkaca yang dipanggil stalagtite dan stalagmite. Di sepanjang terowong tersebut ada ketikanya korang akan melihat batu-batu disusun cantik tersusun pada dinding gua. Ia adalah hasil kerja masyarakat lama sewaktu menggali terowong berkenaan dan memastikannya lebih kukuh dan kuat dari dalam. Korang juga kena banyak bertahan apabila memijak batu-batu di dasar terowong seperti batu akupuntur. 



Di hujung terowong hanya ada hutan belantara dan dikhabarkan tidak jauh dari situ ada air terjun. Cuma aku tak berkesempatan untuk melihat sendiri air terjun yang dikhabarkan itu kerana hari pun semakin lewat petang. Aku dapat melihat peninggalan dan barang-barang lama seperti pasu dan bikar di sekitar terowong. Setelah berehat dan mengambil gambar permandangan sekitar, kami bergerak pulang mengikuti jalan yang sama kami lalui pada awalnya tadi. 



Ia merupakan satu pengalaman yang berharga bagi aku memandangkan ini adalah kali pertama aku menelusuri terowong seumpama ini di Malaysia. Jangan bimbang kerana korang akan dibimbing oleh instruktor yang berpengalaman dan bertauliah di sana. Alang-alang korang dah sampai ke Lost World Of Tambun ini, apa salahnya korang mencuba salah satu aktiviti ekstrim yang ada disediakan di sini. 



Jadi kepada korang yang ingin mencuba sendiri meneroka dan melihat khazanah alam di Sixth Miles Tunnel, boleh lah rujuk atau layari maklumat yang tertera di bawah :




Kredit gambar : www.penaberkala.com

4 Comments

  1. Menarik...akak suka aktiviti ekstrem..

    ReplyDelete
  2. Best gillaxxx dapat buat aktiviti macam ni. ENa suka nature. Bosan tgok bangunan je. Huaaaa bila dapat buat aktiviti camni.

    ReplyDelete
  3. lama x buat aktiviti macam ni, best giler weii

    ReplyDelete
  4. Syoknye dapat buat aktiviti macam ni. entahlah bila nak melakukanya.

    ReplyDelete