Sky Mirror | Tempat Pelancongan Unik Dan Menarik Di Kuala Selangor

12:57 PM


Bismillah,

Sky Mirror Tempat Pelancongan Unik dan Menarik Di Kuala Selangor | Tak ramai yang tau tentang tempat ini malah aku sendiri terpinga-pinga bila diberitahu ada tempat tumpuan pelancong yang terletak di tengah-tengah laut Selat Melaka. Bila aku Google, rupa-rupanya lokasi tersebut dah dihebahkan melalui blog-blog berbahasa cina. Patutlah aku tak tau. Jadi kali ini aku berpeluang untuk menyertai trip ke lokasi pelancongan terbaru yang terletak di Sasaran, Kuala Selangor yang dipanggil Sky Mirror.


Sky Mirror diberi nama hasil daripada kesan pantulan langit di atas permukaan dataran pasir di tengah-tengah laut Selat Melaka. Aku tak sangka di tengah-tengah laut tersebut wujudnya dataran pasir sebesar padang bola. Jadi bila dataran tersebut ditenggelami air laut, kita akan dapat melihat seolah-olah kita sedang berdiri di atas lautan. Permandangannya sangat cantik sesuai bagi mereka yang sukakan fotografi atau kepada mereka yang ingin membuat photoshoot gambar perkahwinan mahupun majalah.


Aku bergerak dari Damansara bersama travel agent Adventuro dengan menaiki bas menuju ke Kuala Selangor. Perjalanan kami mengambil masa sekitar satu jam sebelum sampai ke Jeti Penambang, Kuala Selangor. Di sana kami menunggu ketibaan bot yang akan membawa kami terus ke Sky Mirror. Dalam satu-satu masa pelancong yang mahu ke Sky Mirror itu mampu mencapai seramai 1000 orang lebih-lebih lagi pada hari cuti hujung minggu dan cuti pelepasan am. Perjalanan menuju ke Sky Mirror pula memakan masa selama 20 minit.


Setibanya di sana korang boleh melihat sekeliling seolah-oleh korang terdampar di sebuah pulau pasir landai yang terletak di tengah-tengah lautan, jauh dari daratan. Jika korang datang bersendirian, travel agent akan menawarkan khidmat mengambil gambar menggunakan prop yang mereka bawa bersama. Jadi tak usah risau kalau korang tak bawa prop sendiri. Kami juga diberi masa selama satu jam untuk mengambil gambar di Sky Mirror sebelum mula bertolak ke destinasi seterusnya.


Destinasi berikutnya adalah di Pulau Angsa yang terletak tidak jauh daripada Sky Mirror. Ia merupakan pulau yang penuh dengan sejarah sewaktu ketibaan Bugis suatu masa dahulu dan kini merupakan tempat rekreasi dan menjadi lokasi pembiakan tiram. Kami berhenti untuk berehat di Pulau Angsa sambil menikmati panorama sekitar pulau tersebut. Di sini kami diberikan kudapan sekadar mengalas perut. Pada ketinggian 100 kaki dari aras laut, puncak Pulau Angsa ini terdapat sebuah rumah api yang membantu nelayan dan bot-bot yang ada disekitar tentang lokasi mereka berada. Di sini juga kami diberi tempoh selama satu jam sebelum berangkat pulang ke Jeti Penambang.


Di sepanjang perjalanan pulang aku dapat lihat beberapa hidupan liar mencari makan di kawasan air surut di sekitar hutan paya bakau. Antaranya monyet, pelbagai jenis bangau, burung helang, ketam, lala, siput, kerang-kerangan, umang-umang dan spesis ikan seperti belacak. Perjalanan pergi dan balik dari Jeti Penambang aku anggarkan memakan masa lebih kurang 4 jam. Ia merupakan satu pengalaman yang menarik kerana Sky Mirror merupakan keindahan alam semulajadi yang mana ia juga dipanggil Salar De Uyuni, salah satu keajaiban alam semulajadi yang sama ditemui di Bolivia.


Kepada korang yang belum pernah tiba di Sky Mirror, Kuala Selangor ni boleh la membuat tempahan dengan menghubungi Adventoro seperti maklumat yang tertera di bawah.

Oh ye jangan lupa kepada pembaca setia blog aku ni, dapatkan diskaun sebanyak 10% dengan memasukkan kod promo 'sukasuki' ke dalam link pendaftaran untuk tempahan ye.


Emel
info@adventoro.com
ken@adventoro.com

Contact
03-7660 6241 / 03-7660 6242
(Monday to Friday, 10am to 6pm)


You Might Also Like

9 comments

  1. SubhanaAllah cantiknya ciptaAn Allah ni. Nanti boleh la pergi sini. Nak bergambar sebenarnya. Ehhhh hehehe

    ReplyDelete
  2. memang cantik la tempat ni!! tak sangka Malaysia ada tempat menarik macam ni!

    ReplyDelete
  3. Teringin lah nak pergiii! Mesti tempat ni dh ramai orgg hahaha

    ReplyDelete
  4. menarik.. lawati juga blog saya.. https://zeck-anythingscool.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    nti nak singgah lau turun sanaaaaaaaa

    ReplyDelete