Muat Turun Aplikasi Pantau Harga Barang Dan Aduan Penipuan Melalui Aplikasi KPDNKK


Bismillah,

Muat Turun Aplikasi Pantau Harga Barang Dan Aduan Penipuan Melalui Aplikasi KPDNKK | Sekarang dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, kita sebagai pengguna terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak ditipu secara sewenangnya oleh peniaga-peniaga yang cuba meraih untung sesuka hati. Baru-baru ni aku terbaca status kawan aku di Facebook mengadu pisang goreng sebesar ibu jarinya berharga RM0.50 seketul. Allahu nak cepat ke Mekah gamaknya peniaga tu. Tapi apa boleh dia lakukan hanya mengadu sahaja di laman Facebooknya. Dua tiga hari orang akan lupa dan lebih ramai lagi yang akan ditipu oleh peniaga terbabit.


Jadi solusi kepada masalah seperti di atas telah ditemui di mana KPDNKK telah membangunkan aplikasi yang mana pengguna sendiri boleh menjadi pemantau dan memaklumkan kepada KPDNKK secara atas talian sekiranya didapati ada unsur penipuan atau tidak mematuhi undang-undang melanggar akta kawalan harga. Melalui aplikasi ini pengguna tidak perlu lagi ke pejabat KPDNKK untuk membuat laporan malah laporan hanya perlu dihantar secara online melalui aplikasi ini. Zaman sekarang ni semuanya hanya di hujung jari sahaja.

aplikasi yang mana pengguna sendiri boleh menjadi pemantau dan memaklumkan kepada KPDNKK secara atas talian sekiranya didapati ada unsur penipuan atau tidak mematuhi undang-undang melanggar akta kawalan harga

Aplikasi ni selain memudahkan pengguna, ianya juga memudahkan kerajaan dalam mengemaskini data dan laporan yang diterima. Selain daripada itu, ia dapat membantu KPDNKK mengenalpasti premis-premis yang melanggar peraturan dan membuat pemantauan ke premis tersebut secara berkala.


Kita secara tak langsung menjadi mata-mata kepada KPDNKK dan tidak bergantung harap 100% kepada penguatkuasa. Yela banyak kot tempat nak dipantau jika nak dibandingkan dengan bilangan penguatkuasa yang ada. Yang paling penting aplikasi ini dibangunkan untuk semua peranti supaya setiap masyarakat khususnya pengguna dapat menggunakannya pada bila-bila masa sahaja.


Korang boleh ikut langkah-langkah di bawah memuat turun dan mendaftar Friends Of KPDNKK.


  1. Cari Friends Of KPDNKK di Google Play Store. Muat turun dan install aplikasi berkenaan. 
  2. Selesai install, tekan butang BUKA dan tekan butang DAFTAR BARU
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Tekan butang DAFTAR SEBAGAI AHLI BARU dan tekan butang OK
  5. Kemudian taip ALAMAT EMEL yang didaftarkan tadi sebelum tekan butang LOG MASUK
  6. Masukkan NO. KAD PENGENALAN yang didaftarkan tadi
  7. Pada skrin akan dipaparkan KAD MAYA yang membuktikan korang telah berjaya mendaftar sebagai Friends Of KPDNKK. 

Selain daripada aplikasi Friends Of KPDNKK, korang juga boleh memuat turun aplikasi KPDNKK yang lain di Google Playstore seperti Aplikasi PAPARAN HARGA dan juga Aplikasi EZ ADU KPDNKK. Aplikasi PAPARAN HARGA bertujuan untuk membantu pengguna di luar sana mendapatkan produk dengan perbandingan harga yang ditawarkan di pasaran. Ia sedikit sebanyak dapat membantu pengguna berjimat dan membuat pilihan dengan lebih bijak. 



aplikasi ini dibangunkan untuk semua peranti supaya setiap masyarakat khususnya pengguna dapat menggunakannya pada bila-bila masa sahaja

Aplikasi EZ ADU pula membolehkan pengguna membuat aduan secara terus kepada KPDNKK secara atas talian terhadap sebarang penipuan dan pencatutan harga barang. Pengguna hanya perlu melakukan 4 langkah mudah untuk membuat aduan iaitu :



  • Memasukkan butiran aduan
  • Laporan aduan
  • Memasukkan koordinat / geo-tagging
  • Memasukkan gambar sebagai bukti

Korang boleh dapatkan maklumat lanjut berkaitan aplikasi ini di laman web yang tertera di bawah. 


Korang boleh muat turun aplikasi FOK, PAPARAN HARGA & EZ ADU di bawah melalui peranti IOS ataupun Android. 

----------Friends Of KPDNKK----------

ios
https://itunes.apple.com/my/app/friends-of-kpdnkk/id1231336846?mt=8

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kpdnkk.fokv2


------------ Paparan Harga ------------

ios
https://itunes.apple.com/my/app/paparan-harga/id1249619299?mt=8

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.opensoft.paparanhargaandroidv2

---------------- Ez Adu ----------------

ios
https://itunes.apple.com/my/app/ez-adu-kpdnkk/id1012529241?mt=8

Android
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.kpdnkk.ezaduforandroid


6 Comments

  1. tq pengkongsian ni nanti boleh muat turn la

    ReplyDelete
  2. Semua rakyat Malaysia kena ada apps ni kat mobile senang nak buat aduan janga tahu nak viralkan jer betul tak...

    ReplyDelete
  3. Kita memang sepatutnya tahu tentang hak kita. So bagus ada apps mcm ni bagi memudahkan kita utk semak harga. TQ share

    ReplyDelete
  4. okeh.

    gi usha kejap kat google play.

    ReplyDelete
  5. Dah download. heee. Memang berguna apps ni.

    ReplyDelete
  6. Bagus lah ada apps macam ni. Elakkan di tipu!

    ReplyDelete