Kemeriahan Hari Peladang Penternak Dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK) di MAEPS Serdang

3:26 PM


Bismillah,

Weekend ni korang ada ke mana-mana tak? Kalau tak ada apa-apa plan lagi, apa kata korang bawa keluarga dan kengkawan ke Hari Peladang Petani dan Nelayan Kebangsaan yang bertempat di tapak MAEPS Serdang. Event ni berlangsung dari 28 September (Khamis) 2017 sehingga 1 Oktober 2017 (Ahad), dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.


Event ni tak sebesar event MAHA yang berlangsung 2 tahun sekali tu tapi konsepnya tetap sama dan masih meriah. Ia mempromosikan produk, servis dan hasil keluaran tempatan, peladang dan nelayan kepada masyarakat khususnya. Selain produk keluaran tempatan, di HPPNK 2017 ini turut memperkenalkan beberapa tarikan baru para pengunjung yang hadir selama 3 hari ni.


Antaranya Food Empire di mana di sini korang boleh melihat berpuluh puluh gerai yang menjual pelbagai jenis hidangan dan juadah dari seluruh pelusuk tanah air. Antaranya Mee Kolok, Laksa Sarawak, Mee Udang, Asam Pedas Melaka, Nasi Beriyani, Sup Utara, Kambing Grill, Nasi Goreng Penang, Char Kuey Teow, Western, Umai, Kelapa Leleh Kampor, Koropok Losong dan pelbagai lagi menu lain.


Selain daripada itu korang boleh pergi ke tapak pameran yang terletak bahagian parkir terbuka kerana ada banyak jenis pokok yang dijual di situ. Di situ juga korang boleh makan durian sepuas kerana ada disediakan stall untuk kendurian. Korang hanya perlu bayar certain harga dan makanlah korang sampai muntah hijau haha. Durian pun bukan calang-calang. Durian D24 dan durian Musang King. Korang juga boleh mencuba menu-menu lain yang ada disediakan di tapak tersebut. Yang menariknya semua menu yang diperkenalkan di sini berkonsepkan Bakar iaitu Food & Fire. Ada jagung bakar, kelapa bakar, ubi bakar dan keledek bakar. Bila berada di sini korang kena cuba Burger Jagung Bakar, Jus Mangga dan Juicy Bucket.


Bila korang ke Hall A korang boleh temui lebih banyak produk hasil tempatan di sana. Antaranya sambal dan kari keli yang ditinkan, Kuro Prawn, Fish Churros, Bob Jus Nenas, ada bunga orkid, Hasil Laut Paksu, rendang Tok, Sabak Daging Lembu Salai, Apam Johol, produk daripada Peladang, sate tuna di booth Jabatan Perikanan dan banyak lagi. Booth pameran ini dibahagikan mengikut negeri jadi lebih mudah untuk korang dapatkan produk-produk yang korang cari.


Untuk hari ini dan esok (30-1 Oktober 2017) sahaja, booth Jabatan Perikanan mengadakan promosi di mana korang boleh dapatkan hasil laut dan ikan-ikan segar pada potongan harga sebanyak 50%. Promosi ni berlangsung selama 2 hari ni saja ye. Korang boleh ke booth perikanan di Hall A MAEPS Serdang. Selain daripada itu, korang boleh dapatkan juga produk Sate Tuna di sana. 10 batang Sate Tuna dijual pada harga RM12 sahaja. Kalau korang pernah makan Sate Tuna, korang akan tau macamana rasanya.


Kebanyakan pengunjung yang datang merasa Sate Tuna di booth perikanan terkejut dan tak percaya kerana mereka beranggap sate yang mereka makan adalah sate ayam. Serius rasa macam sate ayam, cuma dagingnya lebih pejal dan lembut. Korang kena cuba kalau korang belum pernah merasainya.


Dah aku tak nak cakap banyak lagi sebab terlalu banyak nak diceritakan. Korang kena datang dan tengok sendiri apa yang ada di sini. Cuma tinggal hari ni dan esok sahaja ye. Datang awal pagi untuk elakkan kesesakan lebih-lebih lagi esok kerana lebih banyak acara dan persembahan artis menanti pengunjung yang hadir. Masuk percuma ye!



You Might Also Like

5 comments

  1. Teringin nak pergi tapi malas nak bersesak..huhu

    ReplyDelete
  2. Nak pergiii tapi huaaaaaa xde siapa nak bawa.. Tengok makanan yang dijual, sedap sedap belaka

    ReplyDelete
  3. Untung la dapat pi sini..akak x dapat jemputan pun...geram tgok ikan bawal emas tu..RM10 seekor

    ReplyDelete
  4. Mesti geram jer bila tengok pameran ni kan, semua barang nak diborong

    ReplyDelete